SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Sunday, October 18, 2009

CORAT CORET JAMUAN HARI RAYA PAS CAWANGAN KG PETALIN BARU

Ketua PAS Cawangan Kg Petalin Baru Saudara Awaludinb.Ismail sedang memberi ucapan aluan.
Beliau berterima kasih dengan kehadiran tetamu dan berbesar hati dapat menggunakan dewan untuk menganjurkan majlis ini,serta berharap apa yang ditonjolkan pada hari ini akan terus dipraktikkan demi kestabilan dan keharmonian kampong .Beliau juga berharap mereka yang baru mengenali Pas tidak takut dan malu untuk menghadiri apa jua bentuk program yang Pas Cawangan kendalikan.

YDP menerima cenderahati dari wakil DAP Sungkai,mereka hadir bersama rombongan.



YDP Pas Tapah En Rahim Cheng sedang menyampaikan ucapan di majlis itu.Beliau menerangkan juga tentang sikap keterbukaan Pas dalam mendepani apa jua isu,dan berharap PR akan dapat mentadbir negeri Perak semula serta berharap akan dapat menyalur bantuan seperti dulu lagi kepada mereka yang susah dan amat memerlukan bila memerintah semula nanti.Ini disebabkan kerajaan haram kini telah menghalang segala bentuk pemberian dan kemudahan.



Memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.


Wakil dari DAP Sungkai juga turut hadir,memeriahkan majlis .


Antara tetamu dari kaum wanita yang turut hadir.


Tetamu dan para penduduk setempat turut hadir.


Siap berposing deme ni.....sedap rendang tu...


Para tetamu mengambil hidangan yang disediakan,jangan rebut2 ya semua dapat,tak abis kite bawak bekal balik...tak membazirkan.


INFO

Alhamdullilah,petang semalam telah berlangsungnya majlis rumah terbuka Aidil Fitri Pas Cawangan Kg petalin Baru,majlis dimulakan pada pukul 3.00 petang di serikan dengan kehadiran YDP Pas Tapah Encik Abdul Rahim dan isteri ,AJK Pas Tapah serta wakil dari DAP Sungkai dan juga penduduk setempat.

Kehadiran di luar jangkaan itu,terutama dengan kehadiran ahli2 umno yang turut sama memeriahkan majlis ini.Bagi Pas cawangan juga inilah kali pertama di beri peluang dan kebenaran untuk menggunakan Dewan Serbaguna ini bagi membuat program kepartian.

Pas Cawangan ini juga berbesar hati memberi sedikit sumbangan kepada mereka yang memerlukan ,sebanyak 20 hamper disediakan iaitu keperluan dapur diberi kepada mereka tanpa mengira fahaman politik.

Sumber yang benar memberitahu bahawa ,YB Samsuddin Adun Air Kuning juga menghadiri rumah terbuka umno yang tidak jauh dari jamuan pas ini,namun sambutannya amat mendukacitakan,kehadiran yang amat buruk dan makanan terlalu banyak dari yang hadir.

Para tetamu juga dihidangkan dengan lemang,rendang,nasi impit,kuih muih,buah2an dan bermacam jenis juadah lain lagi.Program yang ditutup 5 petang itu masih dihadiri tetamu sehingga 6 petang,yang jauh juga datang bertandang,kaum India juga datang agak lewat.Namun hidangan masih mencukupi.

Kanak-kanak juga tidak dilupai apabila diberi bungkusan makanan dan minuman ,bagi menambah keceriaan .Ape pun Pas Cawangan mengucapkan terima kasih kepada JKKK yang memberi kebenaran pihak kami menggunakan dewan,kepada ahli2 cawangan yang bertungkus lumus menyediakan persiapan dan makanan,serta para penyumbang untuk majlis ini.

5 comments:

Ayid said...

Meriah mike beraya we. Maaf tak hadir

Anonymous said...

Salam dari Man Lobei,

Kenapa tak promosikan unit catering PAS cawangan Kampung Petalin.Hampeh betuiii...tolong tulis no.contact sekali.Dari pukul 4 pagi ana bangun...langsung takder orang nak hargai..

Man Lobei
Pengurus
Unit Catering
PAS Cawangan Kampung Petalin
Bidor

Anonymous said...

Salam,

Bakpo YDP PAS Tapah kecek lamo benar.Tetamu gelisah.Peruk duk gruk grak...gelepar anak cacing...

Yang benar,
Awe Kelate

Anonymous said...

Salam...
Khas buat pengurusan muslimat...
Kenapa cepat sangat membungkus makanan yang tak habis...tetamu yang lewat datang tak merasa..ada tetamu yang lewat hadir meleleh air liur tak dapat makan...

Yang benar,
Jejaka perasan

Anonymous said...

Salam...
Tahniah atas kesungguhan organisasi terutamanya kaum muslimat yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini terutamanya Ketua Muslimat Cawangan dan unit catering yang menyediakan makanan yang lazat...

Moga Allah merahamti kalian semua...

Daripada,
Tetamu yang hadir

Related Posts with Thumbnails