SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Tuesday, March 30, 2010

TERBUKTI KAMI TIADA MASALAH DENGAN ISTANA

KOTA BHARU, 30 Mac: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, dengan berlangsungnya istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri 2010 bererti pentadbiran negeri tidak bermasalah dengan istana.

“Ini jelas apabila dilihat kejayaan istiadat pengurniaan kehormatan kebesaran negeri tahun 2010 yang baru sahaja berlangsung dengan sempurna.

“Pengurniaan istana itu merupakan ‘husnu zan’ (sangka baik) terhadap saya dan kawan-kawan, dan saya mendoakan mudah-mudahan ia berpanjangan sampai ke akhirat.

“Insya Allah malaikat bersaksi bahawa di dunia saya diberi oleh istana sangka baik (anugerah) dan mudah-mudahan Allah SWT meminta malaikat-Nya juga agar menolong saya dan kawan-kawan, insya Allah,” ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS.

Beliau juga tidak terfikir pihak istana berpandangan baik terhadapnya begitu sekali.

Tuan Guru melahirkan rasa syukur kerana istiadat yang disempurnakan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra itu berjalan lancar.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakyat di negeri ini kerana tidak menimbulkan masalah sehingga hubungan kerajaan negeri dengan istana berlangsung dengan baik.

“Hubungan baik dengan Istana Negeri, di samping rakyat menjunjung taat setianya yang tidak berbelah bagi,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis berkenaan di Istana Balai Besar hari ini.

Pada istiadat itu, Menteri Besar dianugerah gelaran Datuk Bentara Setia dengan mendahului senarai penerima pengurniaan kehormatan negeri 2010.

TUAN GURU NIK AZIZ DAHULUI TERIMA DARJAH KEBESARAN

KOTA BHARU, 30 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mendahului senarai darjah kebesaran negeri pada pengurniaan kehormatan negeri Kelantan hari ini.

Menteri Besar dianugerah gelaran Dato’ Bentara Setia oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra pada istiadat yang berlangsung di Istana Balai Besar di sini pagi ini.

Turut menerima anugerah tersebut Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria menerima Dato’ Lela Negara.

Manakala Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias dianugerahkan Dato’ Sri Setia Raja.

Sementara anugerah Darjah-Darjah Kebesaran Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K.), mendahului senarai penerima ialah isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor diikuti Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.

Mendahului senarai penerima anugerah Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K.) ialah Datuk Tengku Salwani Al-Marhum Sultan Yahya Petra, diikuti Dato’ Tengku Rozan Al-Marhum Sultan Yahya Petra dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan menerima Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K.).

Anugerah gelaran Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (S.P.S.K.), mendahului senarai penerima ialah peguambela, Datuk Sukri Mohamed, diikuti Pengelola Istana DiRaja, Datuk Abdul Halim Hamad.

Manakala penerima Anugerah Geralaran Kebesaran Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (S.P.S.K.), mendahului senarai ialah Ketua Polis Kelantan, SAC I Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Penerima Anugerah Kebesaran bagi gelaran Darjah Pahlawan Yang Amat Gagah Perkasa (P.Y.G.P.) ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Anggota Exco kerajaan negeri, Mejar (B) Md Anizam Ab Rahman mendahului senarai penerima anugerah Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.).

Selain itu, Speaker Dewan Negeri Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud, bekas pegawai Yayasan Islam Kelantan, Nik Abdul Kadir Nik Mohamad, Adun Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar dan bekas Adun Banggol Judah, Yahya Othman.

Mudir Pondok Pasir Tumboh, Tuan Guru Hashim Abu Bakar menerima gelaran Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.).

Penerima gelaran Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K.) seramai 34 orang termasuk Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam, Ahmad Mahmood dan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan, Ismail Samah.

Selain itu, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, Mohd Faudzi Che Mamat dan Pengarah Pelajaran Negeri, Mohd Ghazali Abdul Rahman.

Manakala seramai 10 orang menerima pelantikan Jaksa Pendamai (J.P.) termasuk Adun Air Lanas, Abdullah Ya’kub.

Keseluruhan penganugerahan tersebut membabitkan penerima seramai 84 orang.

Sementara itu seramai 555 lagi akan menerima penganugerahan pada Majlis Pengurniaan Kehormatan Negeri bagi Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang, Pingat-Pingat dan Surat-Surat Kepujiandian pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Tiga anggota Exco, Che Abdullah Mat Nawi, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Wan Ubaidah Omar pula disenarai penerima Ahli Yang Ketiga (Taulan) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Mulia Amat Mulia (J.M.K).

Senarai penerima tersebut diumumkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Aiseri pada sidang media di Istana Balai Besar semalam.

“Istiadat penganugerahan kali ini bukan merupakan acara perayaan ulangtahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan.

“Ia adalah semata-mata merupakan anugerah daripada Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan kepada mereka yang telah diampuni perkenan oleh baginda sendiri,” katanya.

Monday, March 29, 2010

MEMANG TEPAT BENO DI GELAR NEGERI 'DARUL RUNTUH'

KUALA TERENGGANU, 29 Mac — Seorang buruh warga Bangladesh maut, manakala empat lagi rakannya cedera apabila para besi bagi pembinaan bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Universiti Malaysia Terengganu (UMT) runtuh dalam satu kejadian petang ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Pauzan Ahmad berkata buruh terbabit tertimbus dalam konkrit simen yang masih basah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya empat rakan mangsa dilaporkan cedera termasuk seorang cedera parah akibat dihempap dan terjatuh dari para besi yang runtuh ketika kesemua mangsa sedang melakukan kerja-kerja pembinaan konkrit tangki air dan membancuh konkrit di bangunan itu pada kira-kira pukul 5.10 petang.

Bagaimanapun, identiti kesemua mangsa belum diperolehi, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

“Ketika sedang melakukan kerja-kerja menyiapkan tangki air di tingkat empat bangunan itu iaitu di ketinggian lapan meter, para besi yang diduduki oleh beberapa pekerja tiba-tiba runtuh bersama konkrit tangki air yang masih belum keras.

“Konkrit bersama para besi itu kemudian menimpa beberapa orang lagi pekerja Bangladesh yang sedang melakukan kerja-kerja membancuh simen di bawah,” katanya.

Pauzan berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Anggota penyelamat terdiri daripada polis, bomba, dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) masih berada di tempat kejadian sehingga pukul 8 malam ini untuk menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat jika terdapat mangsa yang masih tertimbus ekoran kejadian itu.

Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur UMT setinggi empat tingkat itu mula dibina pada 15 Dis 2008 dan dijangka siap 18 Oktober tahun ini.

Seorang saksi yang juga juruperunding untuk projek berkenaan Sharif Dollah, 30-an berkata beliau berada di kawasan berhampiran apabila tiba-tiba terdengar bunyi runtuhan.

“Saya nampak beberapa orang pekerja Bangladesh terjatuh dari para besi yang runtuh itu, dan apabila menghampiri tempat kejadian saya dapati mereka telah berlumuran dengan simen yang masih basah dan ada yang berdarah,” katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian terdapat kira-kira lapan orang pekerja Bangladesh sedang melakukan kerja-kerja di situ.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said turut melawat tempat kejadian sejurus selepas menerima maklumat tentang kejadian itu.

Beliau melahirkan rasa sedih terhadap kejadian itu dan menyifatkan ia berpunca daripada kecuaian pekerja itu sendiri.

Sehubungan itu, beliau menasihati pekerja-pekerja pembinaan supaya mengutamakan aspek keselamatan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kejadian hari ini. — Bernama

"ADAKAH AKTA-AKTA INI DIPERSETANKAN" - YB SALLEHUDIN AYUB

KUALA LUMPUR, 29 Mac: "Kalau Ketua Hakim ICJ (Mahkamah Keadilan Antarabangsa) boleh terima dokumen sekecil itu sebagai bukti, apatah lagi dokumen yang kita bawa hari ini. Adakah akta-akta ini sesuatu yang diperlekehkan dan dipersetankan? Apa lagi bukti kita mahu?” ujar Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini (gambar).

Beliau menyatakan demikian dengan mengambil contoh bagaimana isu Pulau Sipadan yang hanya menggunakan bukti sekeping resit pembayar cukai oleh pengambil telur penyu yang diserah kepada Kesultanan Sulu.

"Tangan kanan menggenggam erat bersalam, rupa-rupanya tangan kiri memegang pisau di belakang yang pada bila-bila masa boleh menikam mereka yang tidak setuju ideologi politik," katanya lagi berhubung tuntutan royalti minyak Kelantan.

Sehubungan itu, beliau meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekurang-kurangnya menghormati ayahandanya berhubung hak royalti Kelantan.

Beliau sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat petang ini mengemukakan Akta Kemajuan Petroleum 1974 dengan membaca Jadual Seksyen 3(2) yang ditandatangani oleh Tun Razak Hussein pada 19 Mac 1975.

Antara lain ianya terkandung kenyataan Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 19 Mac 1975 meletakkan hak dan pengurniaan selama-lamanya Petronas menguruskan hal berkaitan petroleum di pantai dan luar pantai Malaysia.

"Saya minta YAB Perdana Menteri paling tidak, tolong hormati ayahandanya yang pernah menjadi orang pertama negara bertanggungjawab menggubal akta tersebut.

"Terlalu penting bagi dewan yang mulia ini merakam rasa kesal teramat sangat kepada Perdana Menteri pada hari ini," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Beliau juga turut mengemukakan surat daripada Petronas kepada Pegawai Kewangan Negeri Terengganu pada tahun 1979 yang bertajuk 'Anggaran Bayaran Royalti Terhadap Kerajaan Negeri Terangganu' sebagai bukti bahawa wang ehsan menggantikan royalti Terengganu pada hari ini tidak pernah wujud sebelum ini.

"Ini (wang ehsan) kita anggap satu dasar yang diubah dan diputuskan dengan hanya berdasarkan semangat dendam kesumat, tidak boleh menerima perbezaan politik, tidak boleh menerima kekalahan dalam pilihan raya," jelasnya.

Selain itu, turut dikemukakan adalah dokumen hansard Dewan Negara bertarikh 4 April 1989 merekodkan seorang Senator dari Kelantan, Tuan Hassan Harun bertanyakan kepada Perdana Menteri ketika itu, berhubung hasil yang akan dinikmati rakyat Kelantan.

Dalam jawapannya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Kasitah Gaddam pada waktu itu menjelaskan Kelantan berhak dibayar lima peratus jika minyak diperolehi di kawasan berhadapan negeri itu seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak tanpa menyentuh langsung isu tiga batu nautika.

Selain itu, Salahudin juga meminta Najib menghormati saksi-saksi yang masih lagi hidup yang juga turut menyokong hak royalti diberikan kepada Kelantan.

Menyokong cadangan Yusmadi Yusof (PKR-Balik Pulau), beliau berkata orang yang membuat perjanjian itu adalah orang yang terbaik untuk mendapatkan fakta sebenar sesuatu perjanjian dibuat.

"The maker of the contract yang masih hidup, saksi-saksi hidup seperti Yang Berhormat Gua Musang (Tengku Razaleigh Hamzah) dan Tun Salleh Abas," katanya.

Saturday, March 27, 2010

JOM HEBOH KELANTAN SANTUNI MISI EKONOMI DAKWAH-WAN NIK WAN YUSSOF

27 MAC — Penghujung tahun lalu, Karnival Jom Heboh TV3 telah diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 4,5 dan 6 Disember 2009. Seperti biasa Jom Heboh yang dimuatkan dengan acara hiburan, promosi perniagaan dan beli belah. Pun begitu, acara yang sentiasa mendapat sambutan hangat adalah biasa dikenali sebagai rancangan hiburan melibatkan pelbagai lapisan artis. Namun, tidak kurang juga sambutan ribuan orang ramai kepada konvensyen jutawan, gerai promosi Malaysian Biotechnology serta jualan pelbagai jenama perkhidmatan telefon selular.

Sehubungan itu, Jom Heboh lebih popular sebagai karnival hiburan, walaupun kandungannya bersifat berimbang antara matlamat hiburan dengan perniagaan. Dalam menangani soal ini, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria pernah menegur penganjuran Sure Heboh (lihat Malaysiakini.com, 30 Julai 2004) sebagai program hiburan yang melampau mengundang pelbagai kesan maksiat.

Dari Sure Heboh ke Jom Heboh

Mungkin atas teguran Mufti Perak, pihak TV3 telah membuat penyesuaian dengan mengurangkan unsur budaya barat dan mengutamakan orientasi hiburan berkonsepkan kekeluargaan dan perniagaan serta mempromosi mesej kerajaan.

Sensitiviti itu dijadikan sebab bagi TV3 selaku penganjur menukar nama dan konsep Sure Heboh kepada Jom Heboh. Ia boleh berlaku atas sifat TV3 sebagai saluran televisyen swasta yang dipacu oleh orientasi untung perniagaan. Maka, tidaklah pelik bagi TV3 mengambilnya sebagai pencetus bagi mendapat sambutan lebih hangat pelbagai golongan masyarakat dan tidak sahaja golongan muda yang berwatak “happy go lucky.”

Ketika Jom Heboh dikenali dengan Sure Heboh dulu, boleh dikatakan hampir semua bandar besar telah menerima penganjuran karnival TV3 itu yang dimulakan sejak tahun 2003. Sambutan di Johor Baru melebihi 200,000 orang, Melaka melebihi 300,000, di Kuantan 400,000 dan Pulau Pinang melebihi 450,000 dan paling ramai di Ipoh mencecah 500,000 orang.

Dengan persembahan baru pihak penganjur dijangka lebih berjaya menarik lebih ramai pengunjung kalangan ibu-bapa dan para pelajar, di samping golongan peniaga, usahawan dan peminat hiburan. Oleh itu, Karnival Jom Heboh Kelantan dijangka mendapat sambutan hebat seperti mana sambutan kepada beberapa konsert hiburan alternatif seperti Konsert Tautan Kasih melibat penyanyi popular Mawi satu ketika dulu.

Jom Heboh Kelantan

Kini sudah heboh pula, Jom Heboh memasuki Negeri Kelantan, bumi Serambi Mekah yang dipimpin oleh menteri besar, seorang ulamak. Apa jampi yang TV3 tiupkan kepada kerajaan Negeri Kelantan tidaklah dipastikan. Apa yang pasti, pada 26-27 Mac nanti Kelantan sebuah negeri yang meletakkan panduan syariat sebagai asas pentadbiran menjadi tuan rumah. Menteri Besarnya, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dilihat komited di dalam merealisasikan dasar hiburan berkonsepkan dakwah dan terkawal. Menerusi dasar hiburan itulah diterapkan penguatkuasaan halal dan haram, termasuklah untuk penganjuran Jom Heboh itu.

Kesemua aspek dasar hiburan itu terkandung di dalam enam prinsip dan garis panduan utama Dasar Kebudayaan Negeri Kelantan 1998. Antaranya mestilah berlandaskan Islam bagi mencapai keredaan Allah, apa-apa unsur kebudayaan luar hendaklah selaras dengan prinsip Islam, boleh diamalkan kebudayaan setiap kaum tetapi hanya untuk kaum tersebut, mengutamakan pembangunan yang mengambil kira nilai budaya setempat dan selaras dengan Islam, berlaku pengasingan lelaki dan wanita, dan amalan kebudayaan yang bercanggah dengan hukum syarak hendaklah disesuaikan dengan syarak.

Menjelaskan perkara itu (TheMalaysiainsider.com, 6 Mac 2010), Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata persetujuan kerajaan itu hasil perbincangan antara pihak Media Prima dan kerajaan negeri. Asas kawalan utama adalah tetap melarang penyanyi wanita membuat persembahan, di samping penonton hendaklah diasingkan mengikut tiga kategori iaitu berkeluarga, lelaki dan wanita.

“Keputusan itu dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baru-baru ini, berdasarkan syarat-syarat yang dipersetujui kedua-dua pihak.”

“Pihak berkenaan (TV3) memperakukan segala peraturan dan syarat-syarat pertunjukan itu, kerajaan negeri sedia menerima konsert itu tahun ini.”

“Turut diadakan sempena Jom Heboh itu ialah satu slot khas bercorak agama yang melibatkan penyertaan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” jelas Takiyuddin.

Kandungan Jom Heboh itu dipastikan memenuhi kehendak Dasar Kebudayaan Negeri Kelantan. Antaranya, pada malam 27 Mac program hiburan yang diadakan hanya menampilkan artis lelaki termasuk Jay Jay, Jamal Abdillah, Kumpulan Raihan dan Megat Nordin.

Difahamkan ketika Jom Heboh di Bukit Jalil tahun lalu, pihak Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp) turut membuka khemah pameran dan penerangan mengenai kemajuan teknologi berasaskan bio itu.

Sebelum itu, pihak BiotechCorp turut menyertai Jom Heboh di Danga Bay Johor, Petrajaya Kuching dan Batu Kawan Pulau Pinang. Sambutannya amat baik dan hangat yang sekali gus telah mendedahkan kepada golongan muda dan generasi awal mengenai teknologi baru untuk kelestarian hidup ummah sejagat. Ini kerana BiotechCorp merupakan peneraju utama industri berasaskan biotechnology yang dikenal pasti sebagai peneraju penting ke arah pembangunan masa depan negara dalam bidang ekonomi yang berkaitan.

Dalam konteks ini, ia selari dengan dasar Kerajaan Negeri Kelantan yang telah menubuhkan Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. Bagi Jom Heboh Kelantan kali ini, Kelantan Biotech difahamkan turut sama menyertai BiotechCorp bagi mempromosikan komitmen Negeri Kelantan di dalam perkembangan teknologi bio itu.

Sudah tentu, rakyat Kelantan akan dapat menyaksikan tanda-tanda kebesaran Tuhan yang menjadi misi Kelantan Biotech di dalam mempromosikan kejadian-Nya melalui sifat semula jadi serta biologinya. Sehingga kini, Kelantan Biotech telah memproses pelbagai produk menggunakan bioteknologi untuk manfaat pembangunan usahawan, perniagaan dan pengenalan produk biobahan novel (penemuan baru).

Peluang memacu ekonomi

Bukan sekadar itu, difahamkan banyak lagi pameran perniagaan dan bidang keusahawanan akan turut serta di dalam Jom Heboh Kelantan kali ini. Ia adalah peluang bagi agensi negeri menjadikan Jom Heboh sebagai pemacu ekonomi negeri dan pelancongan, kerana bersesuaian dengan cuti Keputeraan Al-Sultan Kelantan. Ia juga merupakan peluang bagi pelbagai syarikat, termasuk produk batik, kraft tangan, kesihatan dan pemakanan asli keluaran usahawan Kelantan yang begitu banyak aktif di negeri ini.

Antara yang mengesahkan penyertaan adalah produk perubatan Islam dan ubat-ubatan tradisional daripada pelbagai jenama. Di samping agensi Kerajaan Negeri Kelantan seperti Urusetia Penerangan sedia mempamerkan kemajuan dasar dan program pembangunan Negeri selama 20 tahun di bawah kepemimpinan ulamak.

Begitu juga, difahamkan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan menerusi pelbagai syarikat anak sedia mempromosi produk pembangunannya. Antaranya, menerusi Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad akan dipamerkan pelbagai produk Kelantan Best jenis makanan dan minuman; Binaraya mempromosikan produk perumahan, An-Nisa produk klinik bersalin dan Ar-Rahn dengan produk gadaian Islam.

Pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKBBRI) dimaklumkan turut memberi kerjasama bagi memastikan Jom Heboh berjalan dengan jayanya. Malah MPKBBRI turut terlibat dengan acara perlawanan bola sepak persahabatan antara Pasukan VVIP Negeri Kelantan diketuai Pengerusi Kerajaan Tempatan, Datuk Takiyudin Hassan dengan Pasukan TV3 di sebelah malamnya.

Menyampai misi dakwah

Apa yang penting diambil perhatian, peluang Jom Heboh Kelantan kali ini adalah medan pelbagai kumpulan pengunjung sedia hadir. Paling utama harus dilihat kumpulan pengunjung remaja dan ibu-bapa. Masa itulah pelbagai pihak dari agensi dakwah, Pemuda, Pasukan Amal dan Pasukan Nisa’ serta Muslimat turut menyampaikan risalah penerangan dan seruan keagamaan serta pendekatan terbaik untuk ibu-bapa dan anak-anak mereka. Sewajarnya, pihak penganjur memberi laluan kepada usaha sisipan dakwah itu demi mendapat manfaat bersama bagi keharmonian rakyat Kelantan.

Semoga Tuhan Yang Esa mengawasi dan memberkati perjalanan hidup dan pentadbir Negeri Kelantan sepanjang masa. — Harakahdaily
* Wan Nik Wan Yussof adalah setiausaha politik menteri besar Kelantan

APE DIA PENCEMARAN ROTARIX TU??????

KUALA LUMPUR, 27 Mac: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan supaya mengumumkan dengan segera kepada rakyat berhubung situasi pencemaran Rotarix di negara ini dan langkah yang diambil untuk mengawal keadaan.

Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, kelompok Rotarix di seluruh dunia telah tercemar dengan bahan genetik daripada porcine circovirus jenis 1 (PCV1) iaitu virus yang biasanya ditemui dalam babi.

Beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini turut melahirkan rasa amat terkejut dengan sikap mendiamkan diri oleh Kementerian Kesihatan dan GlaxoSmithKline Malaysia (GSK) berhubung meluasnya pencemaran Rotarix.

Ini kerana, katanya vaksin oral GSK yang diberikan kepada bayi berusia kurang daripada 12 bulan untuk mencegah rotavirus yang boleh menyebabkan gastroenteritis yang membawa kepada muntah, cirit birit dan demam.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

CAP amat terkejut dengan sikap mendiamkan diri oleh Kementerian Kesihatan dan GlaxoSmithKline Malaysia (GSK) berhubung meluasnya pencemaran Rotarix, vaksin oral GSK yang diberikan kepada bayi berusia kurang daripada 12 bulan untuk mencegah rotavirus yang boleh menyebabkan gastroenteritis yang membawa kepada muntah, cirit birit dan demam.

Kelompok Rotarix di seluruh dunia telah tercemar dengan bahan genetik daripada porcine circovirus jenis 1 (PCV1) – virus yang biasanya ditemui dalam babi.

Rotavirus adalah genus virus RNA dalam keluarga Reoviridae. Ia merupakan penyebab utama cirit birit yang teruk dalam kalangan bayi dan kanak-kanak dan merupakan salah satu daripada beberapa virus yang menyebabkan Rotavirus gastroenteritis, penyakit sederhana hingga ke peringkat yang teruk dengan ciri-ciri muntah, cirit birit berair, demam dan biasanya dikenali sebagai stomach flu, ia tidak mempunyai kaitan dengan selesema. Menjelang usia lima tahun, hampir setiap kanak-kanak di dunia ini dijangkiti dengan rotavirus sekurang-kurangnya sekali.

Bagaimanapun, dengan setiap jangkitan, imuniti akan berkembang dan jangkitan seterusnya akan menjadi kurang teruk dan orang dewasa jarang terjejas. Terdapat tujuh spesies virus ini yang dirujuk sebagai A, B, C, D, E, F dan G, kesemuanya juga menyebabkan penyakit terhadap binatang lain. Rotavirus A, yang paling biasa menyebabkan lebih daripada 90% daripada jangkitan pada manusia.

Vaksin rotavirus seperti GSK Rotarix sepatutnya untuk melindungi kanak-kanak daripada rotavirus. Laporan media menjelaskan Rotarix diperbuat daripada rotavirus manusia yang lemah yang dibesarkan di dalam sel hidup. GSK menggunakan sel buah pinggang monyet untuk tujuan ini.

Menurut Dr Margaret Hamburg, Pesuruhjaya Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA), cebisan DNA PCV1 ditemui dalam bank sel Glaxo, bermakna ia hadir daripada perkembangan awal vaksin yang pada hakikatnya vaksin sepatutnya hendaklah disteril (bersih dari kuman). Kemungkinan besar GSK tidak menyedari sesuatu yang janggal ini dalam vaksin mereka lama sebelum 2006 apabila mereka menjalankan ujian klinikal ke atas Rotarix untuk kanak-kanak.

Kami mempersoalkan kenapa GSK tidak membuat sebarang usaha untuk mengasingkan dan memusnahkan virus ganas PCV1 dalam pelbagai bahan genetik yang diperlukan untuk menghasilkan vaksin apabila ia boleh dilihat dengan jelas oleh saintis jika keselamatan diutamakan. Amat mengejutkan sekali apabila GSK membenarkan keadaan berbahaya untuk berterusan sehingga beberapa tahun sehingga ia muncul sebagai pencemar untuk vaksin bagi kanak-kanak semuda seusia enam minggu.

Pada hakikatnya, GSK hanya melaporkan penemuannya sendiri berhubung kehadiran PCV1 dalam Rotarix kepada FDA pada 15 Mac, berdasarkan kepada kerja yang pada asalnya dilakukan oleh pasukan penyelidik akademik. Diikuti oleh ujian susulan yang dijalankan bersama oleh GSK dan FDA mengesahkan penemuan pasukan itu dan mengesahkan komponen viral terdapat sejak peringkat awal perkembangan vaksin termasuk sewaktu ujian klinikal.

Terdapat dakwaan bahawa tiada bukti bahawa terdapat risiko kepada pesakit yang menerima vaksin ini, bagaimanapun FDA pada 22 Mac memutuskan untuk berhati-hati dan mengeluarkan amaran kepada pakar kanak-kanak di seluruh negara di Amerika Syarikat untuk menghentikan memberikan Rotarix kepada pesakit mereka sementara menunggu siasatan yang dijangkakan berakhir dalam masa enam minggu. Pihak FDA juga mengakui sehingga kini virus babi yang khusus ini bukanlah satu-satunya yang mereka fikirkan pembuat vaksin perlu untuk memeriksa produk mereka.

Pada hari ini (27 Mac), Kementerian Kesihatan Emiriyiah Arab Bersatu (UAE) telah mengambil isyarat daripada FDA dan telah mengarahkan pergantungan segera pengimportan, pengedaran dan penjualan Rotarix dan pengharaman sementara penggunaannya untuk kanak-kanak. Jordan melalui Pentadbiran Makanan dan Ubatan juga telah menerima pakai pendirian FDA dengan menggantung semua preskripsi Rotarix memandangkan mereka bimbangkan risiko kesan sampingan yang tidak diketahui daripada PCV1.

Lembaga Sains Kesihatan Singapura (HSA) telah meminta doktor menangguhkan vaksinasi Rotarix atau menggunakan alternatif sementara HAS bekerjasama dengan GSK untuk menentukan jika sebarang kelompok vaksin Rotarix telah tercemar. Dalam satu kenyataan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa negara yang menggunakan Rotarix supaya “berhati-hati mempertimbangkan manfaatnya untuk terus menggunakannya dalam sebarang keputusan.

Sementara itu, Pengarah Klinikal R & D dan Hal Ehwal Perubatan GSK Malaysia dan Singapura, Dr Teoh Yee Leong, berkata pembuat ubat itu memberikan jaminan kepada HAS bahawa mereka akan “terus berkongsi maklumat dengan HAS apabila ia diperolehi”, kerjasama yang sama seperti itu dilihat tidak dihulurkan kepada pihak Kementerian Kesihatan kita.

Berdasarkan kepada sikap berdiam diri Lembaga Kawalan Ubatan (DCA) Kementerian Kesihatan berhubung perkara ini, ia dilihat GSK mempunyai alasan enggan untuk mendedahkan sebarang maklumat berhubung isu kritikal ini kepada Kementerian Kesihatan walaupun sudah 12 hari sejak perkara ini dilaporkan kepada USFDA. Sementara amat bekerjasama dengan HSA Singapura, GSK Malaysia dilihat menyokong sepenuhnya di sebalik Kementerian Kesihatan yang secara terbuka menyarankan penggunaan Rotarix di Malaysia. Kami bimbang jika ini kesnya yang sebenar atau rakyat dibiarkan dalam keadaan tidak mengetahui apa-apa.

Dalam sebuah negara yang mempunyai rakyat beragama Islam sebagai majoriti seperti negara kita, amat difahami bahawa isu seperti ini boleh menjadi sesuatu yang sensitif, terutama sekali memandangkan vaksin itu tercemar daripada virus yang berasal daripada babi. Sepertimana yang kita semua tahu, pengambilan babi adalah ‘haram’ atau dilarang kepada orang Islam.

Salah satu rasional saintifik kenapa babi dikategorikan sedemikian oleh Islam memandangkan kepada kehadiran sejenis parasit seperti Taenia solium (pork tapeworm) dan Trichinella spiralis (trichina worm) dan mikroorganisma seperti procine circovirus jenis 1 yang tidak diragui lagi berbahaya kepada kesihatan manusia. Sebab itulah Rotarix yang tercemar dengan PCV1 tidak dapat diterima oleh orang Islam tetapi Kementerian Kesihatan mempunyai tanggungjawab bukan hanya kepada orang Islam tetapi juga kepada semua rakyat yang beragama lain di negara ini untuk menjelaskan situasi serta mengambil langkah segera untuk menarik balik dan menganalisis kelompok Rotarix yang sedia ada itu tercemar dan mengumumkan amaran di seluruh Negara serta menggantung vaksin itu sehingga ia terbukti selamat.

Kerajaan UAE dan Jordan di mana Islam merupakan majoriti dan agama rasmi telah menjadi contoh dalam tindak balas mereka yang proaktif dan segera terhadap ancaman pencemaran Rotarix. Mereka telah menunjukkan keprihatinan dan tanggungjawab kepada warganegara mereka memandangkan kepada keadaan ancaman iaitu membahayakan kesihatan serta mempunyai kaitan dengan agama dan mereka telah mengumumkan keputusan mereka untuk khalayak ramai.

Sama ada GSK Malaysia telah memberikan amaran atau tidak kepada Kementerian Kesihatan, kami mempersoalkan kenapa Kementerian Kesihatan masih belum mengisytiharkan amaran ke seluruh negara dan menggantung vaksin Rotarix sekarang dan menjalankan ujian keselamatan yang ketat ke atas kelompok Rotarix yang sedia ada.

Apakah yang telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan untuk memberitahu dan menyakinkan rakyat terhadap keselamatan anak-anak mereka? Apakah yang menghalang Kementerian Kesihatan daripada menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat? Rakyat mempunyai hak untuk mengetahui jika kepercayaan agama dan kesihatan mereka mungkin dikompromikan.

CAP menggesa Kementerian Kesihatan supaya mengumumkan dengan segera kepada rakyat berhubung dengan situasi pencemaran Rotarix di negara ini dan langkah yang diambil untuk mengawal keadaan.

Friday, March 26, 2010

NAK KATA......KATA LE...PAS DAN DAP BERTAUT JUGE

Macam-macam orang kata: PAS sudah diperalat DAP; PAS telah menggadai prinsipnya kerana bersekutu dengan DAP; tiada lagi PAS dihormati oleh muafakatnya dengan DAP; bahkan dengan persefahaman itu PAS dikatakan tiada lagi memperjuang Islam dan kepentingan orang Melayu.

Tiada dihirau oleh PAS. Bertambah kerap gambar kelihatan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang bersama Lim Kit Siang. Dan Tok Guru Nik Abdul Aziz pula menolak berpecah PAS dan DAP sekalipun beberapa wakil rakyat PKR meninggalkan Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Kelantan itu sangat gembira dengan hubungan yang ada kerana ia membuka ruang dakwah orang bukan Islam, malah beliau merasakan DAP sudah tidak sensitif lagi dengan pandangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Jalinan yang ada itu mulanya justeru politik yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bolehlah dikatakan peranan dan kebijaksanaan Anwarlah yang merapatkan kedua parti itu boleh berada di bawah satu bumbung.

Dikenang kejadian lampau, seolah-olah tiada lorong bagi kedua parti pembangkang itu untuk bekerjasama malah untuk berdekat-dekat.

Pernah bertempur PAS pusat dengan Dewan Pemuda PAS pusatnya atas isu kemungkinan kerjasama PAS dan DAP. Di hujung kepimpinan Datuk Asri, pernah beliau menyebut kemungkinan kerjasama kedua parti itu apabila soalan itu ditanya wartawan.

Pemuda menolak sekalipun kenyataan Datuk Asri itu berlandas kepada teori kemungkinan. Bagi kumpulan popular PAS masa itu, teori kemungkinan tidak terpakai dalam isu itu. Bahkan ia dikatakan suatu yang mustahil.

Malah DAP sendiri tidak boleh dilihat bersua dan bertemu PAS. Akan payah ia menghadapi situasi apabila masyarakat Cina menempelaknya sudah bersekongkol dengan PAS.

Dalam majlis keramaian pemimpin DAP menjauhi pemimpn PAS dan pemimpin PAS mengelak dari berdekatan dengan DAP. Pemimpin kedua pihak hanya boleh berada dalam satu pentas forum di universiti saja.

Apabila Tengku Razaleilgh Hamzah yang memimpin Semangat 46 mengadakan hubungan dengan PAS dan DAP, Ku Li mengadakan pertemuan yang berasingan.

Hubungan yang seperti itu pun menyebabkan PAS dan DAP terpaksa memahamkan orang ramai bagi menjernihkan keadaan. Terpaksa PAS mengeluarkan kenyataan menyamakan keadaan itu seperti hubungan diplomasi antara Malaysia dengan Singapura.

Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israel. Singapura ada hubungan itu dengan Israel. Tetapi ia tidak menghalang Malaysia meneruskan hubungan dengan Singapura.

DAP juga membuat penjelasan yang sama tetapi yang digunakan ialah hubungan Malaysia dengan Amerika. Boleh Malaysia mengadakan hubungan dengan Amerika sekalipun Amerika bersaudara dengan Israel.

Itulah situasai politik yang disusun oleh Umno selama-lamanya. Tetapi ia sudah berubah. Kedua-duanya sudah bersama dan ziarah menziarahi. Adalah politik yang menimpa Anwar membuka medan baru bagi kedua PAS dan DAP.

Dengan hubungan yang ada, kalau ditakdirkan PKR tidak ada seperti yang diinginkan oleh Umno, maka sudah boleh keduanya tidak menggunakan khidmat pihak ketiga.

Sekalipun yang terjadi pada Anwar itu satu musibah yang perit bagi Anwar dan ia satu tragedi kepada Malaysia, tetapi ia seperti memberi rahmat kepada PAS dan DAP. Jika Anwar tidak dibuang Tun Dr Majathir Mohamad dari Umno dan kerajaan, maka tidak diketahui apa yang memungkinkan PAS dan DAP berkawan seperti abang adik?

Apa yang ditunggu bagi mendekatkannya sedang gandingan antara DAP dan PAS itu adalah satu tuntutan yang penting bagi politik Malaysia untuk keluar dari kuasa politik satu parti?

Tidak tahu apa yang ada dalam otak Dr Mahathir, dia membuang Anwar dari kumpulannya dan menyimpannya di Penjara Sungai Buluh. Apabila Anwar ditahan serta beberapa orang lagi penyokongnya, Ustaz Fadzil Noor, Presiden PAS ketika yang berada di Jalan Pahang, Kuala Lumpur bersama Mahfuz Omar (kini datuk) memanggil saya.

Perintahnya supaya kami memanggil parti-parti politik dan individu yang terkemuka dalam masyarakat termasuk DAP. Datang Lim Kit Siang dalam satu perjumpaan di Markaz Taman Melewar. Perjumpaan itu membentuk Gerak bagi menyatakan tentangan terhadap tindakan ke atas Anwar.

Geraklah yang menggerakkan permulaan hubungan antara DAP dan PAS. Markaz Tarbiyah itulah yang memainkan peranan tempat pertemuan kedua pihak dan nasib malang Anwar yang menemukan mereka.

Tempoh berbulan madunya tidak lama. Probokasi Dr Mahathir dan Umno menyebabkan muafakat Barisan Alternatif PAS-DAP itu tidak lama. Tinggallah Barisan Alternatif dengan PAS, KeADILan dan PRM sedang Anwar terus terbelenggu di Sungai Buluh.

Setelah beberapa tahun mahkamah membebaskan Anwar. Apabila Anwar berada di luar penjara, dia memainkan peranan membawa semula DAP dan PAS dalam satu jalinan baru bersama KeADILan yang sudah menjadi PKR.

Kerjasama ketiganya memukul terus Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum 8 Mac, 2008 hingga BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen, ia gagal menawan Kelantan dan ia merudum pula di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Ia juga kecewa di Wilayah Persekutuan.

Ia masih tiga parti tetapi tidak berlawan sama sendiri dalam pilihan raya. Lepas itu baru mereka membentuk parti kumpulan kedua yang dinamakan Pakatan Rakyat dan menjadikan Anwar sebagai ketua pembangkang pemimpin de fakto Pakatan itu.

Anwar cuba dibinasakan lagi sebagai usaha membinasakan Pakatan Rakyat. Peranan Anwar itu penting dan masih penting. Teori Umno ialah jika Anwar binasa, PKR binasa dan Pakatan Rakyat juga binasa. Tetapi peranan Anwar itu sudah merapat kukuh muafakat PAS dan DAP.

Jika ditakdir Anwar dibinasakan, ia tidak lebih dari pemimpin boleh datang dan boleh pergi. Kit Siang, Ustaz Hadi, Tok Guru Nik Aziz juga boleh pergi, tetapi PAS, DAP dan PKR sudah berada pada rel yang selesa. — harakahdaily.net

TAKZIAH:MP SELANGOR KEMBALI KE RAHMATULLAH

Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.

Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.

Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.

Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.

Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.

Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.

Kerusi itu berjaya dirampasnya untuk PKR dengan hanya majoriti 198 undi.

Asal sebagai cikgu

Zainal Abidin adalah seorang ahli akademik sebelum menceburi dunia politik sepenuh masa.

Dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan kemudiannya Pengetua, Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru dari 1972-1973, sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.

Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980 pernah menjadi Dekan, Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.

Dalam Umno, Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi, cawangan Umno Cheras (1987) serta pernah mengetuai Umno Bahagian Hulu Langat untuk beberapa penggal.

Zainal Abidin menyertai PKR pada tahun 2005 dan menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu bagi penggal 2007/2010.

Beliau turut aktif dalam pelbagai pertubuhan dan pernah menjawat jawatan seperti Pengerusi Persekutuan Pelajar Melayu, Pengerusi Majlis Pemuda Hulu Langat dan Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Selangor.

Semasa dalam Umno, Zainal memenangi tiga penggal berturut-turut kerusi Dewan Undangan Negeri Dusun Tua atas tiket Barisan Nasional (BN), pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999.

Kerusi jadi rebutan

Pilihan raya umum ke-11 pada 2004, Zainal digugurkan daripada menjadi calon.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Zainal membuat kejutan dengan merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G.Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi.

Mengikut

peraturan, pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari setelah speaker Dewan rakyat dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan.

Kematian Zainal Abidin dilihat ramai penganalisis memburukkan lagi keadaan di PKR yang baru-baru menghadapi masalah apabila tiga ahli parlimennya berpaling tadah manakala seorang lagi dipecat.

Bagaimanapun, kekosongan kerusi Hulu Selangor juga bukan berita gembira bagi Barisan Nasional yang menghadapi dilema untuk mencari calon yang sesuai.

Sejak bekas menteri besar Selangor itu dilaporkan uzur, khabar angin bertiup kencang bahawa Umno cuba mendapatkan kerusi itu semula yang secara tradisinya diserahkan kepada sekutunya, MIC.

Thursday, March 25, 2010

JAGE-JAGE LE KOME,DAH NAK NAIK LAGI NI.......

KUALA LUMPUR, March 25 — The study on new toll rates at ten expressways, which should have raised their rates this year, has been completed, Works Minister Datuk Shaziman Abu Mansor told Dewan Rakyat.

He said decision whether the toll rates would be raised or the government would continue to pay concession companies compensation would be made after the study was discussed at the Cabinet meeting.

“The government is cautious when deciding new toll rates as we have to take into account the rates imposed on users,” he said in reply to a question by Teo Nie Ching (DAP-Serdang) who asked whether the government would raise the toll rates.

The Economic Planning Unit (EPU) study includes the North-South Expressway (NSE) and the East Coast Expressway (ECE), the two expressway used by most Malaysian motorists

Shaziman also told Teo that the toll discount and exemption given during Chinese New Year involved RM1.3 million, and was borne by the 17 concession companies.

“It is a government initiative and the concession companies are willing to participate to celebrate the festive season in the spirit of 1 Malaysia.”

Shaziman denied Teo’s claim that the toll discount and exemption were insignificant as the concession companies made huge profits.

He said this was because the concession companies incurred high cost to maintain and upgrade the expressways. — Bernama

ZUL NORDIN YANG SUKA BOHONG

BANDAR BAHARU: Yang DiPertua PAS Kawasan Kulim/Bandar Baharu, Ustaz Hassan Razak menyifatkan Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebagai seorang pembohong dan tidak mempunyai hasrat untuk mendampingi rakyat.

"Bila saya baca dalam blognya, saya dapati dia banyak berbohong. Boleh saya sifatkan kalau 10 perkara yang dia cakap, 30 yang saya tidak percaya,” tempelaknya.

Ujar beliau, Zulkifli dalam blognya mengaku melawat ke tempat-tempat tertentu dalam kawasan parlimen itu tetapi sebenarnya beliau tidak berbuat demikian.

Malah, ahli parlimen itu katanya, tidak pernah menjawab panggilan telefon setiap kali dihubungi.

Beliau juga mendedahkan sikap dolak dalih Zulkifli yang sering menunjukkan sikap tidak berminat untuk mendampingi rakyat mahupun menjelaskan perjuangan Pakatan Rakyat kepada masyarakat.

Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Zulkifli Noordin digesa mengosongkan segera kerusi itu dan mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih semula wakil rakyat yang akan berkhidmat untuk mereka.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan himpunan aman bersama-sama 150 pendokong PAS dan KeADILan dalam kawasan parlimen tersebut di Pejabat PAS Kawasan Kulim/Bandar Baharu, Serdang, di sini 20 Mac lalu.

Wednesday, March 24, 2010

TM HIGH SPEED BROADBAND DI MALAYSIA,BETUL KE LAJU DAN BERBALOI?

Hari ini 24 Mac 2010 adalah merupakan hari pelancaran bagi TM High Speed Broadband (HSBB) di Malaysia. Kalau dahulu, masa mula-mula cadangan ini diketengahkan, ada yang merendah-rendahkan kemampuan jalur lebar berkelajuan tinggi oleh TM. Malaysia memang cukup ramai pengguna Yahoo, Friendster mahupun laman sosial popular seperti Facebook. Jadi dengan adanya High Speed Broadband di Malaysia pengguna Internet boleh mengharapkan lebih banyak aplikasi untuk definisi tinggi.

Seperti biasa kawasan yang mempunyai kepadatan pengguna internet tertinggi di Malaysia seperti Bangsar, Shah Alam, Taman Tun Dr. Ismail dan juga Subang menjadi medan eksperimen bagi Telekom Malaysia (TM) bagi menguji kelajuan tahap tertinggi bagi High Speed Broadband ini di Malaysia. Tempat lain? Nilai? Melaka? Ampang? Dan tempat-tempat yang lain? Sabar…….semuanya mengikut turutan yang telah diatur oleh Telekom Malaysia (TM)

High Speed Broadband (HSBB) yang akan dilancarkan oleh Telekom Malaysia itu, dijangka mempunyai kelajuan lebih 10 megabit sesaat (Mbps) yang membolehkan pengguna intenret di Malaysia melihat Internet Protocol Television (IPTV) dan (High Definition Television) HDTV, dan juga dapat akses bagi pendidikan lanjut secara dalam talian, pasca produksi multimedia, e-kesihatan dan bermacam-macam lagi.

Projek HSBB bernilai RM11.3 bilion yang dimeterai pada September 2008 adalah Usahasama Awam – Swasta antara Telekom Malaysia (TM) dan Kerajaan Malaysia untuk membangunkan infrastruktur dan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi generasi akan datang. Telekom Malaysia (TM) membelanjakan RM8.9 bilion manakala Kerajaan menyumbang RM2.4 bilion menerusi kaedah tuntutan berdasarkan pencapaian projek.

Menjelang akhir 2012, kira-kira 1.3 juta premis di seluruh negara akan mendapat akses ke perkhidmatan High Speed Broadband (HSBB)

Okey…yang menjadi persoalannya sekarang. harga langgan bagi High Speed Broadband (HSBB) ini? Ada yang mengatakan sekitar RM150++. Betul ker semurah ini? No komen. Kalau betul itu sudah bagus. Jangan katakan orang lain, saya sendiri akan tukar. Ada juga yang mengatakan kadar pakej yang dikenakan sekitar RM300-RM500. Walauapapun ramalan yang kedengaran sekarang, kita tunggu pengumuman rasmi sebentar lagi dari Dataran Merdeka.

Projek ini akan dimulakan mengikut turutan berdasarkan senarai di bawah ini :

  1. Bangsar
  2. Shah Alam
  3. Subang
  4. Taman Tun Dr. Ismail
  5. Bayan Baru
  6. Bukit Kemuning
  7. Bukit Tengah
  8. Cyberjaya
  9. Damansara
  10. Duta
  11. Kepong
  12. Keramat
  13. KL International Airport
  14. Kulim HighTech park
  15. Lapangan Terbang Subang
  16. Melawati
  17. Menara TM
  18. Midah
  19. Permas
  20. Petaling Jaya
  21. Puchong
  22. Putrajaya
  23. Seberang Jaya
  24. Senai
  25. Skudai
  26. Sungai Buloh
  27. Sungai Long
  28. Telok Panglima Garang
  29. Wangsa Maju
  30. Batu
  31. Bukit Bintang
  32. Cheras
  33. Jalan Kebun
  34. Kelana Jaya
  35. KL Central
  36. Klang
  37. Kuala Pauh
  38. Pekeliling
  39. Saga
  40. San Peng
  41. Selayang
  42. Sentul
  43. Serdang
  44. Setapak
  45. Sempang Renggam
  46. Taman Petaling

Sedikit gula-gula untuk pengguna Internet di Malaysia yang mana di bawah ini adalah hasilnya dan anda boleh lihat sendiri kelajuan sebenar TM High Speed Broadband di sekitar kawasan Subang Jaya, Malaysia. Apa perasaan anda dan apa yang akan buat dengan keupayaan kelajuan High Speed Broadband (HSBB) ini?

TUAN GURU NIK AZIZ DILANTIK SEMULA KE MAJLIS SYURA

KUALA LUMPUR, 24 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, antara yang turut dilantik semula ke Majlis Syura dalam mesyuarat pertamanya malam tadi adalah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Saya tidak tahu secara rasmi siapa dilantik semalam, cuma saya difahamkan Tuan Guru Nik Aziz juga dilantik menjadi Ahli Majlis Syura," kata Mahfuz kepada media hari ini.

Mahfuz menjawab soalan para wartawan ekoran laporan Harakahdaily tentang mesyuarat pertama Majlis Syura Ulamak malam tadi.

Malam tadi Majlis Syura Ulama PAS mengadakan mesyuarat pertama mereka untuk sessi baru. Ia dipengerusikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.

Antara anggota mesyuarat malam tadi adalah empat wakil Jawatankuasa PAS Pusat, empat wakil Dewan Ulama dan dua wakil bagi Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.

Wakil JK Pusat adalah Abdul Hadi sendiri, timbalan presiden Nasharudin Mat Isa, naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Wakil Dewan Ulamak adalah ketuanya, Datuk Harun Taib, timbalan Datuk Ahmad Yaakub, naibnya Datuk Dr Mahfudz Mohamad dan Ustaz Nik Zawawi Salleh.

Wakil Dewan Pemuda adalah ketuanya Nashruddin Hassan dan Ustaz Zaharudin Muhamad. Dewan Muslimat belum memutuskan wakil mereka tetapi menghantar lima nama untuk dipilih.

Menurut Mahfuz, beliau difahamkan, mesyuarat semalam berbincang untuk melantik lima orang ahli syura di kalangan sesiapa sahaja ahli PAS yang tidak semestinya dari Jawatankuasa PAS Pusat atau siapa-siapa yang difikirkan layak untuk menduduki majlis syura.

"Jadi semalam mereka bermesyuarat, saya difahamkan mereka hanya melantik lima orang sahaja tetapi belum melantik siapa Mursyidul Am," kata Mahfuz.

Selepas ini, kata Mahfuz mereka akan bermesyuarat semula bersama lima yang baru dilantik bagi melantik siapa Mursyidul Am di kalangan mererka.

"Ini peruntukan perlembagaan, sama ada melantik orang lama atau orang baru saya tidak tahu, boleh melantik orang baru sebagai Mursyidul Am tetapi itu belum diputuskan," katanya.

"Mereka tidak boleh memilih saya jadi Mursyidul Am," kata Mahfuz bergurau dengan wartawan.

Monday, March 22, 2010

PAS MAHU RUKUNEGARA GUNA ALLAH,GUGUR TUHAN

KUALA LUMPUR, 22 Mac — PAS mahu Rukunegara, yang dirangka selepas peristiwa 13 1969, dipinda untuk memasukkan perkataan “Allah” menggantikan istilah “Tuhan” ekoran polemik penggunaan kalimah “Allah” oleh bukan Islam.

Polemik itu menjadi lebih hebat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akhir tahun lalu membenarkan akhbar mingguan Katolik, Herald menggunakaan kalimah “Allah”.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu wartawan di lobi Parlimen hari ini, kerajaan seharusnya meneliti perbahasan berhubung isu “Allah” dari sudut positif dan mengambil langkah untuk melakukan pindaan bagi menggantikan perkataan “Allah” dengan “Tuhan” memandangkan penganut Kristian dan bukan Islam juga menggunakannya.

“Apa salah dengannya. Ia satu pencapaian dalam perpaduan ekoran isu Allah.

“Kita bukan hanya meminda Rukunegara, kita harus menjadikannya lebih proaktif dan pada masa yang sama bergerak ke arah perpaduan,” kata Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.

Kata beliau, apa jua kekeliruan yang timbul ekoran penggunaan perkataan itu kemungkinan boleh diselesaikan oleh sarjana-sarjana agama.

“Kritian dan agama-agama lain sedar bahawa kebesaran nama Allah, Tuhan tidak mempunyai maksud yang sama,” katanya.

“Kerajaan perlu menerima hakikat ini secara positif dalam mengendalikan isu, bukannya negatif,” kata beliau yang terlebih dahulu mengambil bahagian dalam perbahasan menyentuh titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

CERAMAH UMUM DAN ISU SEMASA PAS TAPAH

1.YB SALLEHUDDIN B. AYUB
NAIB PRESIDEN PAS PUSAT
AHLI PARLIMEN KUBANG KERIAN


2.YB KESAVAN
ADUN HUTAN MELINTANG


3.TUAN HJ OSMAN B. MASERI
AJK BADAN PERHUBUNGAN PAS PERAK


4.SAUDARA ABDUL RAHIM B. NORDIN
YDP PAS TAPAH


5.WAKIL HIMPUNAN PENYOKONG PAS


TEMPAT: PASTI BATU 3, TEMOH TAPAH

TARIKH: 23.3.2010(SELASA)

MASA: 9.00 MALAM

Sunday, March 21, 2010

SENARAI SYARIKAT YANG MELABUR KE YAHUDI & AMERIKA


Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika:

Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d’Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

Syarikat : Coca-Cola – McDonalds – Burger King – Pizza Hut ?KFC Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.

Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : Disney Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd. Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

Syarikat : Nokia Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun 1998.

Syarikat : Johnson & Johnson Produk : Kesihatan. Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

Syarikat : Revlon Produk : Kosmetik Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.

Syarikat : AOL Time Warner Produk : Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : IBM Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

Syarikat : L’Oreal Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malbur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L? real dan menganggap mereka sahabat akrab.

Syarikat : Intel Produk : Perkakasan komputer Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

Syarikat : Est? Lauder Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

Syarikat : News Corporation Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins Fakta : Murdoch’s New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

Syarikat : Kimberly-Clark Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

LAIN-LAIN SYARIKAT

Syarikat : Procter and Gamble Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean

MARS INC – Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies
HASBRO – Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger
GILETTE – Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE – Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

Sumber : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

KEZALIMAN KERAJAAN UMNO MENYAMAI KERAJAAN FIRAUN

Tun Telana

Kenyataan tersebut dibuat oleh Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang ketika berceramah di Seberang Jaya, Pulau Pinang ketika menyambut perayaan dua tahun Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang.

Haji Hadi menambah : “ Kerajaan BN [juga maksud : UMNO] tidak akan mampu bertahan lebih lama lagi berikutan pelbagai kegagalan yang dibalas oleh Allah akibat kezaliman yang diamalkan oleh mereka selama ini, tetapi tetap masih lagi meneruskan kejahatan tanpa batasan”[rujuk : Suara Keadilian,16-23 Mac 2010]

Saya amat bersetuju apa yang dikatan oleh Haji Hadi itu. Kezaliman UMNO lakukan terhadap bangsa Melayu dan agama Islam tersangat banyak sehingga rakyat biasa tidak mampu untuk menghitung satu persatu.

Jadi, dipendikkan cerita, marilah kita pandang kiri-kanan, atas-bawah, perhatikan dan berfikir secara matang dan secara jujur dan tanya diri sendiri: Apakah yang UMNO telah lakukan sejak negera ini mencapai kemerdekaan dan diberi kuasa memerintah lebih 52 tahun?

i.Bagaimana kedudukan bangsa Melayu dalam bidang ekonomi, pelajaran dan status sosialnya, berbanding bangsa-bangsa lain? Bangsa Melayu masih berniaga di tepi-tepi jalan tercemar, di celah-celah bangunan dan dilorong-lorong yang kotor dikelilingi oleh bangunan tinggi tersergam indah dimiliki oleh bangsa bukan Melayu seperti di zaman belum merdeka.

ii.Siapakah penyebab yang menjadikan kuasa politik orang Melayu semakin terhakis, siapa penyebabnya?

iii.Pembahagian kekayaan dalam Negara ini, bangsa mana yang memperolehi faedah yang lebih besar dan menguasai kekayaan negara dan siapa yang perlu dipertangungjawapkan?

iv.Bangsa mana yang menguasai dan pemilikan hartanah yang berskel besar di bandar-bandar besar di seluruh Malaysia?

v.Kenapa agama Islam sering dihina dan diperlecehkan di dalam Negara ini?

vi.Kenapa umat Islam di dalam negara ini sekarang semakin menjauhi dari Islam. Umat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad saw?

Enam persoalan yang dikemukakan kepada pembaca. Jawapan kepada setiap soalan yang dikemukakan itu adalah akibat kezaliman UMNO yang memerintah, parti lain tidak pernah memerintah negara ini melainkan UMNO.Jadi, orang lain tidak boleh dipersalahkan. UMNO wajib dipersalahkan kerana bangsa Melayu semakin mundur berbanding bangsa-bangsa lain dan perkembangan agama Islam di kalangan umat Islam semakin malap. Majlis-majlis ilmu kosong, tetapi tempat-tempat maksiat semakin bertambah dan majlis-majlis hiburan penuh sesak mendapat tempat istemewa di kalangan rakyat jelata.


Apabila Haji Abdul Hadi berkata kezaliman UMNO menyamai kezaliman Firaun, ia bukan sekadar ucapan politik semata-mata, tetapi ia menjangkau lebih jauh daripada itu. Disebabkan kezaliman UMNOlah majority rakyat menderita dalam keperitan hidup seharian.

Firaun pernah berkata sepertmana Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

“Wahai kaumku! bukankah kerajaan negeri Mesir ini, aku yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? tidakkah kamu melihatnya?’ (Az-Zuhruf: 51).

Apa kurangnya UMNO, UMNO juga turut berkata sedemikian, tetapi tidak secara langsung seperti Firaun. UMNO lakukan secara tidak langsung melalui tindakan-tindakan yang membawa kepada kezaliman.

Contoh : UMNO menafikan hak rakyat yang bukan UMNO untuk mendapakan kontrak, lesen, permit, peluang-peluang perniagaan disekat, disekat bantuan, pinjaman daripada agensi-agensi kerajaan [baca: rakyat] seperti TEKUN, MARA, Amanah Ikhtiar dan berbagai tabung atau dana yang ditubuhkan untuk membantu peniaga-peniaga UMNO, peniaga-peniaga bukan UMNO dinafikan hak ini.

Cara UMNO mengurus Negara macam harta pesaka makbapak dia bertambah dengan dasar 1Malaysia yang mengelirukan rakyat. Jadi, kerajaan yang ada ini, adalah kerajaan UMNO untuk UMNO, bukan untuk seluruh rakyat yang hidup di dalam negara ini.
Firaun mengubal dan menguatkuasakan undang-undang supaya setiap bayi lelaki yang dilahirkan terus dibunuh dan mengubal dan menguatkuasaan yang menghalang kebangkitan rakyat Mesir menentangnya. Tindakan itu diambil kerana dia sudah terpengaruh dengan ahli nujum yang menafsirkan mimpinya.

Firaun bermimpi Mesir terbakar dan penduduknya mati, melainkan kalangan kaum Israel, sedangkan ahli nujum mengatakan kuasa negara itu akan jatuh ke tangan lelaki kaum Israel. Disebabkan khuatir, dia memerintahkan setiap rumah digeledah dan jika mendapati bayi lelaki perlu dibunuh.


UMNO pun macam Firaun juga. Dua kali lima, lima kali dua juga. Contoh : ISA merupakan undang-undang yang bertentangan dengan keadilan Islam kerana ia boleh menghukum seseorang sekadar syak wasangka sahaja.

UMNO mempertahankannya dengan berbagai alasan yang tidak masuk akal. Mengurung, menahan dan memenjarakan seorang tanpa dibuktikan apa kesalahan yang ia telah lakukan dan menafikan hak OKT untuk membela diri, memisahkan dengan anak-isteri dan keluarga dalam satu tempoh yang panjang adalah merupakan satu perbuatan yang paling zalim dan tidak bertamadun. Tindakan ini dilihat lebih daripada Firaun. Ia adalah sama dengan kezaliman yang dilakukan oleh UMNO dengan apa yang pernah lakukan oleh Firaun ke atas rakyat Mesir yang menentangnya.

Firaun mahu terus berkuasa dan UMNO juga mahu terus mengekalkan kuasa memerintah. Firaun guna undang-undang untuk membunuh rakyat yang bengkit menentangnya. UMNO juga gunakan berbagai undang-undang bagi menghalang kebangkitan rakyat.

UMNO gunakan ISA sebagai senjata untuk membunuh musuh-musuh politiknya bagi terus berkuasa. UMNO juga banyak mengubal, meminda dan menguatkuasa undang-undang yang kebanyakannya tidak membawa keuntungkan kepada rakyat, tetapi ia memberi advantage yang luas kepada UMNO kerana UMNO yang membawa, membentang dan meluluskannya di parlimen. Parlimen Malaysia adalah parlimen ‘rubber stam’.

Contoh : Pindaan undang-undang SPR 2003, pindaan paling ganjil tidak mengikut perlembagaan dan ramai rakyat sedar bahawa semua pindaan itu bertujuan untuk membolehkan UMNO terus mengekalkan kuasa. Nyata pada PRU ke-11 2004, UMNO mencapai kemenangan 90 peratus lebih, yang tidak pernah terjadi di mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi, kecuali di Indonesia ketika Suharto memerintah dan di Filipina ketika Ferdinan Marcos berkuasa dulu.

Sekarang SPR berura-ura lagi untuk meminda semula kawasan pilihan raya dengan membawa kembali lebih ramai pengundi Melayu ke kawasan Melayu [2003 dulu dikeluarkan pengundi Melayu dan dibawa/diramaikan pengundi bukan Melayu ke kawasan Melayu kerana PRU ke-10 1999, ramai pengundi Melayu memberi undi kepada pembangkang dan menolak UMNO] kerana dikatakan orang Melayu sudah kembali menyokong UMNO dan termakan dengan gertakan, ugutan dan ancaman serta putar-belit UMNO tentang bahayanya ketuanan Melayu dan Islam [kita pun tidak faham, bila pula masanya UMNO meletakkan Islam di hadapan]

UMNO menggunakan duit haram untuk pembangunan dalam negera ini kerana pembangunan yang dilakukannya secara terpilih mengikut negeri, daerah, mukim, kawasan dan kampung. Negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat dinafikan hak untuk projek-projek pembangunan sehinggalah membawa ke kampung-kampung juga turut merasai diskriminasi UMNO.

UMNO yang membentuk kerajaan pusat mengisap darah kerajaan negeri dan darah seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik dengan dikenakan berbagai caj dan berbagai jenis cukai. Duit yang dikutip daripada rakyat bukan UMNO tidak dihalalkan oleh rakyat bukan UMNO hatta satu satu sen pun untuk UMNO berbelanja. UMNO kutip hasil negeri 100 peratus, tetapi dipulangkan kepada negeri tidak sampai 10 peratus.

Disamping itu, UMNO dengan angkoh dan sombong merampas duit hasil royalty minyak rakyat negeri Terangganu dan Kelantan secara haram untuk kepentingan politik Firaunnya. UMNO adalah sebuah kerajan barua lagi Firaun lebih daripada Firaun yang memperalatkan dan memaksa seluruh institusi Negara untuk menyokongnya mempertahankan kuasa. Dengan kuasanya itulah ia dengan mudah dapat mencabuli hak asasi rakyat dan dilindungi oleh agansi kerajaan seperti PDRM, tentera [undi pos], SPRM, SPR, Jabatan Peguam Negara dan mahkamah.

Inilah watak yang ada pada UMNO dan yang ada pada Firaun. Firaun sangat marah kepada golongan yang mengajak manusia membuat kebaikan terutama mengajak manusia kembali menyembah Allah. UMNO juga begitu. Dr.Mohd Asri Zainal Abidin, bekas Mufti Perlis, bekas Mufti Selangor, Allahyarham Ishak Baharom dan lain-lain para ilmuan dan agamawan ditangkap dan didakwa di mahkamah kerana mengajak orang ramai berbuat baik dan mengajak manusia taatkan Allah dan taatkan Rasul.

Firaun memaksa seluruh rakyat Mesir menyembahnya yang maha berkuasa, begitu juga UMNO. Memaksa rakyat menyembah UMNO [menyokong dan memberi undi]. Rakyat yang ingkar didera dalam berbagai bentuk sepertimana kita mendengar, membaca dan melihat yang berlaku di kalangan rakyat bukan UMNO khususnya rakyat berbangsa Melayu yang statusnya seolah-olah rakyat kelas tiga. Nasib orang bukan Melayu lebih baik daripada nasib orang Melayu di bawah pemerintahan UMNO selama ini.

Sebagaimana Firman Allah swt yang bermaksud :

Firaun begitu marah dengan Musa. Firaun mengumpulkan tukang sihirnya untuk bertanding dengan Nabi Musa as yang didakwanya turut mempunyai ilmu sihir. Selepas menetapkan waktu dan tempat,berangkatlah Firaun beserta tipu helahnya. Musa berkata: "Amat celaka kamu,janganlah kamu mengadakan dusta atas Allah. Mati dibinasakan kamu dengan seksa-Nya. Sungguh rugi orang yang mengadakan dusta itu."

Tukang sihir Firaun pun melemparkan tongkat dan tali mereka terlebih dahulu dan tiba-tiba ia seolah-olah bertukar ebjadi seperti ular menjalar akibat disihir. Musa merasa ketakutan melihatkan sihir itu.

Firman Allah swt:"Janganlah engkau takut hai Musa!sesungguhnya engkaulah yang bakal unggul. lemparkanlah tongkat ditangan kananmu itu,nanti akan menelan segala apa buatan mereka itu.Sesungguhnya apa yang mereka kerjakan itu semata-mata tipu daya tukang sihir saja. Dengan cara apa pun,mereka takkan berhasil melakukannya."

Kemudian tukang sihir itu tunduk bersujud kepada Allah SWT sambil berkata:

"Telah percaya kami kepada Tuhan yang disembah Harun dan Musa,iaitu Allah swt."

Melihat tukang sihir sudah beriman kepada Nabi Musa as begitu juga isterinya Siti Asiah,maka Firaun bertambah marah dan mengganas hingga isterinya diseksa sampai mati dan orang beriman pun diseksa dengan kejam.

Nabi Musa as beserta orang yang beriman melarikan diri dari Kota Mesir tetapi tetap dikejar Firaun dan bala tenteranya hingga mereka sampai kepantai Laut Merah. keadaan begitu terdesak sekali bagi Nabi Musa kerana sudah dikepung musuh kiri dan kanan manakal laut pula terbentang dihadapan mereka. dalam kebingunan itu Allah SWT Mewahyukan kepadanya supaya memukulkan tongkatnya ke muka laut. laut itu tiba-tiba terbelah menjadi dua dengan satu jalan yang panjang merentang ke seberang.

Firman Allah bermaksud:

"Ingatlah ketika Kami belah laut merah untuk meneruskan perjalanan kamu,maka Kami lepaskan kamu dengan selamat dan Kami tenggelamkan keluarga Firaun sedang kamu melihat (terjadinya peristiwa itu). " (Al-Baqarah 50)

Kesimpulannya, tidak ada kuasa yang ada di dunia yang boleh mengalahkan UMNO kerana UMNO seperti Firaun dikatakan adalah seorang lelaki yang cukup sempurna, tampan bergaya, gagah perkasa, kaya raya dan ada karisma. Dia mampu menakutkan musuhnya, dia mempunyai barisan ahli sihir yang handal. Dia mempunyai tubuh badan yang sihat, Dia tidak pernah demam malah tidak pernah bersin pun.

Itulah nikmat yang Allah berikan kepadanya tetapi malangnya Firaun telah menjadi seorang yang Kufur, sombong dan zalim malah mengaku menjadi Tuhan pula. UMNO akan musnah hanya dengan kuasa Allah, bukan kuasa manusia.

Friday, March 19, 2010

KU LI: WANG IHSAN PUNCA RASUAH,SALAH GUNA KUASA.....BETUL,BETUL,BETUL......

Tengku Razaleigh sedang berucap di majlis dialog malam tadi.

KUALA TERENGGANU, 19 Mac — Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah terus menegakkan pendiriannya dalam isu royalti minyak dengan malam tadi menegaskan, pemberian wang ihsan sebenarnya menjadi punca kepada amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Dalam penjelasan kepada rakyat Terengganu malam tadi — lokasi terbaru beliau selepas Kota Baru dua bulan lalu — bekas pengerusi dan pengasas Petronas ini tidak menafikan banyak salah guna kuasa wujud ekoran penyaluran wang ihsan.

“Saya dengar khabar kerajaan Terengganu sekarang (pimpinan Umno-BN) tidak mahu menerima (baki wang ihsan) sebab tidak mahu menerima akaun macam mana duit (penyaluran wang ihsan) telah dibelanjakan tempoh hari, sepanjang lima tahun lalu.

“Sebab itu (wujud) banyak salah guna kuasa... buat itu, buat ini. Semuanya runtuh, tak kekal pun,” kata beliau dengan merujuk kepada beberapa kejadian bangunan milik kerajaan negeri di sini runtuh termasuk stadium.

“Jadi kita kena ingat banyak duit, barangkali diguna sebagai upah, rasuah, banyak harga barang dinaikkan kerana dicuri duit, nak curi duit... itu yang dinamakan wang ihsan,” kata beliau pada Dialog Perdana Isu Royalti dan Solat Hajat di Terengganu Equestrian Resort (TER) di sini malam tadi.

Dialog ini dianjurkan bersama oleh Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) dan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat).

Kira-kira 4,000 orang menghadiri dialog itu yang berlangsung di dewan utama TER yang mampu memuatkan kira-kira 1,000 orang. Tetapi penganjur menganggarkan hampir 6,000 orang hadir dengan limpahan kehadiran disaksikan di luar dewan.

Turut hadir Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa yang juga pengerusi jawatankuasa khas isu royalti negeri itu.

Dalam sesi dialog itu, Tengku Razaleigh yang kali kedua berucap di dewan yang sama menyentuh isu yang sama menjelaskan, pemberian wang ihsan tidak semestinya mengikut undang-undang ataupun peraturan, yang mana turut mengakibatkan kebocoran sumber kewangan.

“Oleh kerana ada kebocoran maka berlaku rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya. Akhirnya rakyat tidak terima apa-apa,” kata Ketua Umno Bahagian Gua Musang ini.

Kerajaan pusat mewujudkan jawatankuasa pengagihan wang ihsan sebanyak RM20 juta untuk Kelantan bermula bulan ini.

Langkah yang sama diamalkan di Terengganu sejak 2000 selepas kerajaan negeri diambil alih oleh PAS pada pilihan raya umum 1999.

Akhir Januari lalu, Tengku Razaleigh dalam ceramah perdananya di Kota Baru melahirkan pendirian bahawa Kelantan juga layak menerima wang royalti lima peratus, bukannya wang ihsan.

Kerajaan negeri Kelantan mengemukakan tuntutan mahu mendapatkan royalti RM2 bilion tetapi kerajaan pusat menegaskan ia tiada hak sama sekali sambil menggesa agar pergi ke mahkamah.

Pendirian Tengku Razaleigh itu menimbulkan rasa tidak hati di kalangan pemimpin Umno sehingga wujud suara agar tindakan disiplin dikenakan ke atas beliau.

Pada majlis dialog malam tadi, Tengku Razaleigh menegaskan, penjelasan mendalam harus diberikan kepada orang ramai tentang perbezaan antara wang ihsan dan wang royalti.

Kata beliau, rakyat sanggup mengambil walaupun hanya diberi RM200 atau RM300 sedangkan mereka sepatutnya menerima lebih daripada jumlah tersebut.

“Sememangnya wang ihsan dan wang royalti ini berbeza. Oleh kerana rakyat miskin dia terima duit walaupun sedikit, mereka bersyukur dengan apa yang diterimanya.

“Tetapi kita kena jelaskan mereka bahawa wang royalti ini lebih banyak daripada apa yang disebutkan sebagai wang ihsan,” kata beliau.

Ini kerana menurut Tengku Razaleigh, dalam tempoh lima tahun lalu hampir RM20 bilion telah dibelanjakan sebagai wang ihsan manakala bakinya dikatakan RM2.9 bilion.

Tetapi kerajaan pusat hanya meluluskan RM1.6 bilion daripada jumlah tersebut, katanya.

Selain itu, ada peserta yang mempersoalkan mengapa Tengku Razaleigh tidak bersuara apabila Terengganu pertama kali membangkitkan wang royalti pada 2000.

“Saya hendak memberitahu, pertamanya saya tidak menerima wahyu. Nombor dua, (dulu) saya tidak berperanan macam sekarang.

“Hari ini saya dijemput oleh Mampat supaya datang untuk memberikan penerangan... dalam tahun 2008, Mampat ada konvensyen, saya dijemput saya datang. Baru-baru ini saya dijemput oleh Gegar di Kota Baru saya pergi.

“Tapi pada 2000 tidak sesiapa yang menjemput, maka saya pun tidak pergi,” katanya.

Menjawab soalan berkaitan Mustafa berkata, sebenarnya Tengku Razaleigh telah memainkan peranan sejak satu dekad yang lalu.

Kata beliau, apabila kerajaan negeri Terengganu memutuskan untuk membawa isu royalti ke mahkamah antara pihak yang sanggup menjadi saksi ialah Tengku Razaleigh sendiri.

Oleh itu kata Mustafa yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri Terengganu ketika pimpinan negeri PAS memberitahu, adalah tidak benar Tengku Razaleigh tidak bersuara pada tahun 2000.

Menurut Mustafa, pada awalnya mahkamah mahukan kehadiran saksi dalam kes berkenaan tetapi diketepikan ekoran rayuan daripada kerajaan pusat dan Petronas.

“Jadi Tengku Razaleigh tidak menjadi saksi untuk kita. Sebenarnya beliau telah memainkan peranan sejak tahun 2000,” katanya.

Menjawab soalan berkaitan dengan Ordinan Darurat dan Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang dikaitkan dengan isu pertikaian wang royalti Kelantan, Tengku Razaleigh berkata, sebenarnya beliau sendiri pun samar-samar dengan kandungan ordinan tersebut.

Pun begitu kata beliau, sesuatu akta mengatasi mana-mana ordinan apatah lagi jika ordinan itu dibuat sebelum akta berkenaan digubal dan diluluskan oleh Parlimen.

“Yang saya difahamkan ordinan yang dimaksudkan ialah ordinan yang dibuat tahun 1966, tahun 1966 lebih awal daripada tahun 1974 iaitu Akta Pembangunan Petroleum, akta yang diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1974.

“Walaupun ordinan ini dibuat selepas tahun 1974, ia tidak boleh mengatasi akta yang dibuat tahun 1974,” katanya.

Berhubung iklan dalam akhbar-akhbar arus perdana awal bulan lalu, Tengku Razaleigh berkata, kerajaan pusat menggunakan cara tersebut untuk memalukan beliau kononnya tidak konsisten dalam isu pertikaian wang royalti minyak sejak tahun 2000.

“Kononnya dulu (saya) cakap lain sekarang cakap lain. Yang tidak konsisten dia orang, bukan saya. Saya masih bercakap apa yang saya cakap dulu.

“Undang-undang itu yang saya cuba pertahankan. Saya datang hari ini hendak menjelaskan soal undang-undang itu,” kata beliau yang memulakan ucapan ringkasnya dengan menegaskan, peruntukan perundangan jelas menunjukkan kerajaan-kerajaan negeri yang ada pengeluaran hasil minyak wajar diberi wang royalti atau “wang tunai.”

“Perkara itu tidak harus berbangkit sekarang, tetapi ia masih menjadi isu sekarang,” kata beliau yang kemudiannya berdialog dengan menerima 15 soalan kesemuanya.

Menjawab soalan sama ada Kelantan boleh membatalkan perjanjian minyak yang sedia ada dan mengusahakan sendiri urusan cari gali minyak, Tengku Razaleigh berkata, ia membabitkan soal politik yang beliau tidak boleh menjawab sebagai bekas pengerusi Petronas.

Bagaimanapun jelas beliau, Kelantan boleh melakukannya jika merasakan ia mampu untuk berbuat demikian.

“Kalaulah ada kemampuan, kalaulah ada semangat sedemikian rupa, sila timbang perkara itu,” kata anggota kerabat diraja ini.

Soalan yang dikemukakan ialah mengapa Petronas tidak diletakkan di bawah tanggungjawab Parlimen ketika ia ditubuhkan lebih tiga dekad yang lalu.

Tengku Razaleigh yang juga bekas menteri kewangan memberitahu ketika itu Kabinet merasakan adalah memadai dan lebih baik Petronas diletakkan di bawah pengawasan langsung perdana menteri.

“Tetapi kalaulah kaedah ini tidak boleh diterima oleh rakyat (sekarang) mengapa tidak ditimbang untuk mengubah cara yang dipakai sekarang ini, tidak siapa yang boleh menghalang jika memang ada usaha untuk mengubah cara ini,” katanya.

Mengenai langkah selepas ini, Tengku Razaleigh berkata, beliau ada memaklumkan kepada Husam bahawa adalah sukar untuk dilaksanakan melainkan perdana menteri sendiri yang mengaku telah menerima nasihat yang salah.

Kata Tengku Razaleigh, sekiranya perdana menteri tidak sanggup mengubah pendiriannya, maka kerajaan negeri boleh mencari jalan tengah.

“Saya sendiri kata saya boleh jadi orang tengah untuk kerajaan negeri, mana-mana kerajaan negeri bukan kepada Kelantan sahaja, secara percuma... bagi kerajaan pusat menyelesiakan masalah ini.

“Kalau dia (kerajaan pusat) takut duit itu disalah guna untuk politik atau untuk apa sahaja, sanggup jadi orang tengah untuk manfaat kepada rakyat,” katanya.

“Itu satu cara. Cara yang lain ialah mengikut tafsiran undang-undang... macam di Perak, tengok apa yang berlaku, tafsir macam-macam.

“Terpulang kepada kerajaan negeri sama ada pilih jalan ini atau tidak,” katanya.

Bagaimanapun kata beliau, jalan paling selamat ialah mengadakan orang tengah supaya dapat meyakinkan kedua-dua pihak dalam menerima peruntukan yang ada sekarang.

“Yang satu lagi ialah menggunakan timbang rata, yang dilantik oleh kerajaan negeri dan Petronas dan melantik hakim yang dipersetujui kedua-dua pihak,” kata beliau secara berseloroh menambah, “kalau tidak selesai juga, berperanglah.”

Tengku Razaleigh berpendapat tekanan seharusnya terus diberikan supaya kerajaan pusat akan sedar tentang hak sebenar kerajaan-kerajaan negeri.

“Yang kita buat ialah memberi tekanan supaya mereka sedar. Ada tekanan kepada kerajaan supaya mereka sedar bahawa rakyat prihatin dan mahu perkara ini diselesaikan mengikut peraturan undang-undang,” katanya.

HIMPUNAN AMAN DI KEDUTAAN SWEDEN DITUNDA

KUALA LUMPUR, 19 Mac: Perhimpunan aman di Kedutaan Sweden yang dijadualkan hari ini telah ditunda kepada 26 Mac (Jumaat) depan. Bagaimanapun masa dan tempatnya dikekalkan mengikut jadual.

Pihak penganjur, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) dalam kenyataannya itu berkata, pertukaran tarikh tersebut disebabkan oleh masalah teknikal dan perkara-perkara penting yang tidak dapat dielakkan.

Dalam masa yang sama Ketuanya, Nasrudin Hassan turut mengharapkan semua pihak, sama ada Islam atau bukan Islam, akan menghadiri perhimpunan tersebut.

Tambahnya, beliau akan memimpin perhimpunan aman itu bersama-sama ahli jawatankuasa kerja DPPP yang lain.

Selain itu difahamkan, pimpinan PAS pusat serta pimpinan Pakatan Rakyat, NGO dan lain-lain, turut menyatakan komitmen mereka untuk menghadiri perhimpunan tersebuti.

Perhimpunan aman itu bagi membantah akhbar di Sweden yang menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW yang menggambarkan kepala Nabi Muhammad SAW pada badan anjing, direka oleh pelukis Sweden Lars Vilks, 63, dan dikemukakan sebagai bahan pameran ke sebuah pusat warisan budaya Sweden itu.

Thursday, March 18, 2010

ANTARA DEME PUN NAK JATUH MENJATUH KE???

Wujud tangan ghaib cuba menjatuhkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir apabila 11 ketua bahagian dikaitkan dengan gerakan sulit ini.

Ketua UMNO Cawangan Pekan Batu Lima Bahagian Parit Buntar, Sulaiman Mohd Zaini berkata, khabar angin kuat mengatakan 11 Ketua Bahagian menganjurkan gerakan sulit untuk memburukkan imej dan kedudukan Dr Zambry sebagai Menteri Besar ke peringkat kepimpinan pusat UMNO

Menurutnya, suara dari kumpulan yang boleh dilabelkan sebagai pengkhianat dan penderhaka kepada Menteri Besar cuba menikam dari belakang, menggunakan gerakan sulit.

“Kumpulan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan 11 ketua bahagian UMNO negeri ini dalam usaha menganjurkan gerakan sulit semata-mata mahu melihat Dr Zambry meninggalkan jawatan dipegang sekarang.

“Inilah sikap dan tindak-tanduk pemimpin bahagian yang tidak matang serta tidak cerdik dalam permainan politik mereka,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Sulaiman berkata, mereka tidak boleh bersikap demikian kerana sebagai seorang pemimpin atau ketua bahagian, sokongan jitu perlu diberikan kepada kepimpinan Menteri Besar bukannya memulaunya.

Katanya, jika pihak berkenaan tidak boleh menerima arahan atau pandangan Menteri Besar, letak jawatan adalah keputusan terbaik bagi membersihkan serta memulihkan kembali imej UMNO yang dipenuhi dengan pemimpin pentingkan diri serta kroni.

“Dipercayai 11 ketua bahagian ini diketuai oleh seorang ketua yang cukup berpengaruh dalam UMNO negeri serta dalam masa sama merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Individu inilah yang dipercayai menjadi dalang kepada gerakan untuk menjatuhkan Menteri Besar.

“Saya cukup terkejut dan hairan kenapa mereka ini sanggup bersikap sedemikian walhal kita di bawah satu bumbung, parti, agama serta bangsa yang sama, kalau beginilah sikap mereka pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, UMNO hanya tinggal nama sahaja,” katanya.S/H


P/S: Takkan baru tau kot,perangai komekan macam tu,kalau tak gemo dah ,mula le nak jatuhkan orang,ade aje le silap nak dicari...yg tak ade silap lagi kan kome buat cerita inikan pula yang memang dah ade cop kat dahi tu...Tak ngape le ,senang le sikit koje keme.....

Tuesday, March 16, 2010

KAMI TAK TERIKAT....TAPI...SUNYI LE PULAK!!!!!!!

KUALA LUMPUR, 15 Mac — Dua Anggota Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini menjadi anggota Bebas berpendapat mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih efektif selepas tidak lagi terikat dengan aliran mana-mana parti.

Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (gambar) berkata setelah tidak lagi terikat dengan mana-mana parti beliau bebas menjalankan agendanya sendiri selagi ia dapat membawa manfaat kepada rakyat.

Ini termasuk menyokong usul-usul yang akan dibentangkan di Parlimen sekiranya ia memberi kelebihan kepada rakyat dan akan menentang jika membebankan rakyat, katanya.

“Misalnya saya sokong gagasan 1 Malaysia untuk beri peluang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk melaksanakannya dengan tujuan untuk memperkukuhkan perpaduan rakyat tetapi GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) kita tak sokonglah, saya sendiri pun tak sokong,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau turut menyelar tindakan sesetengah pihak yang terus mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Anggota Parlimen dan meminta mereka menghentikan tindakan tersebut memandangkan beliau akan meneruskan khidmatnya untuk rakyat.

Zahrain juga turut mencadangkan satu kaukus untuk Anggota Parlimen Bebas diwujudkan bagi memantapkan lagi kedudukan dan suara mereka di Parlimen.

“Di Parlimen jika kita seorang, kita akan kesunyian. Jika kita ada kaukus di mana kita boleh kongsi prinsip-prinsip asas pada keadilan, kejujuran dan terutama untuk pengundi-pengundi, kita akan dapat suara yang sama,” katanya.

Sementara itu, Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin melihat pemecatan beliau sebagai ahli PKR memberikan banyak ruang kepadanya untuk bergerak secara sendirian dengan lebih selesa sebagai calon Bebas.

“Saya rasa lebih efektif sebagai anggota parlimen Bebas sebab saya kini boleh ambil keputusan dan bersikap tidak terikat dengan aliran mana-mana parti.

“Mengenai usul-usul, apa sahaja yang memberikan kebaikan kepada rakyat dan agama Islam saya akan menyokong dan akan membantah jika sebaliknya,” katanya.

Sebelum ini, empat anggota Parlimen PKR mengisytihar diri sebagai wakil Bebas iaitu Zahrain, Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Zulkifli dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai), menjadikan jumlah anggota Bebas di Parlimen seramai tujuh.

Wakil rakyat bebas yang lain ialah Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas), Datuk Eric Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Chua Soon Bui (Tawau). — Bernama

P/S: Nampak gayenya nanti ade le satu tempat khas untuk ahli alkataki disediakan di parlimen,idak le deme sunyi sebab nanti macam2 irama akan dapat didengari......meriah le parlimen ye.....ape label nak ubuh ye?

Monday, March 15, 2010

KEMBALIKAN KEGEMILANGAN ILMU- TUAN GURU HJ HADI AWANG

OMBAK, 15 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam agar mengembalikan kegemilangan ilmu seperti zaman pemerintahan Islam yang terdahulu.

Abdul Hadi berkata, ramai di kalangan manusia pada zaman ini mempunyai ilmu yang tinggi tapi gagal memanfaatkannya ke arah kebaikan.

"Agenda ilmu perlu kembali dan dikembalikan untuk memartabatkan umat Islam. Hari ini kita melihat banyak orang yang berilmu tapi gagal dalam hidup. Mereka ada ilmu, tahu, faham, mengerti, macam orientalis barat, alim dalam bidang Islam tapi menentang Islam.

"Ulama-ulama yang jahat, ilmunya ada tapi iman dan akhlak tidak dibina dengan cara yang baik, tidak istiqamah dalam hidup. Contohnya, golongan berilmu dalam bidang sains dan teknologi, mencipta alat-alat yang boleh membunuh manusia dalam sekelip mata. Sebabnya kerana ilmu tidak berasaskan kepada kewajipan khilafah dan kewajipan amanah yang ditetapkan oleh Allah SWT," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Pembangunan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di Taman Melewar petang semalam.

Ujar Abdul Hadi, asas segala ilmu yang dipelajari oleh manusia terdapat dalam Al-Quran, iaitu mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

"Islam telah berjaya memerintah negara yang besar. Di timur, sampai ke rantau Asia Tengah, di Baratnya Sepanyol, di utaranya, Asia Tengah hingga ke Moscow, di selatan, Afrika Tengah.

"Pada zaman yang belum wujud kecanggihan ilmu seperti zaman ini, tetapi asas-asas ilmu dalam segala bidang sudah wujud di dalam Al-Quran. Apa sahaja ilmu yang lahir di kalangan manusia asasnya adalah di dalam al-Quran, sama ada ilmu yang dapat memberi manfaat dalam hubungan dengan Allah, dengan manusia, dengan segala benda yang ada di muka bumi, termasuk ilmu yang diharamkan, seperti ilmu sihir, ada dalam al-Quran," katanya.

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan dan Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob dan Datuk Mahfodz Mohamed, Ahli Jawatankuasa PAS, Datuk Abu Bakar Chik dan Rektor KUIZM, Dr Shahbudin Ngah

Abdul Hadi petang tadi turut mengambil kesempatan meninjau tapak KUIZM yang pembinaannya sedang giat dijalankan.

Turut bersama, Pengarah Syarikat A One Pro Construction, iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan urusan pembinaan KUIZM, Mohd Idris Kassim.

Pembinaannya dijangka siap sepenuhnya pada Jun tahun ini dan akan mula mengambil pelajar sulung pada Julai depan.

Saturday, March 13, 2010

ALHAMDULILLAH- SELAMAT PENGANTIN BARU

Pengantin baru,sama cantik sama padan,saya mewakili semua AJK DMP Tapah mengucapkan semoga berbahagialah pasangan ini hingga keakhir hayat.Norzaishida adalah Ketua Nisa' Tapah,dia juge AJK DMP Tapah manakala suaminya Unit Amal Tapah....jangan lepas ni payah nak manggil kome bertugas dah le....Malam ni ade ceramah kat umah Pengantin ...YB Khalid Samad datang weh...mesti ade cerite best ni.
Bagus punye member,tengok le dia membelah ayam golek tu ,nak bagi pengantin ke nak makan sendiri....?Pengantin punye le tak sabo nak rase...ini le makan beradab namenya...
Rombongan dari pihak lelaki,tak jauh datangnya pun dari Kg Tengah,Sungai Lesong je....hantaran serba hijo...almaklum le 'orang bulan hijo'...esok 14 .3 ngambik makan belah lelaki pulak...jom pakat pegi rame2....
Tetamu dihidangkan dengan alunan lagu2 nasyid yg sungguh mengasyikkan dan membual perasaan serta menaikkan semangat perjuangan...inilah kumpulan yg tak asing lagi kat Tapah ni Kumpulan Ar Ridho...kalau nak jemput deme tanye le pemuda pas Tapah.
Ketua Muslimat Tapah numpang gembira dengan anak menantu serta cucu...yg tengah tu bile ye...cukup tahun ni ok juge imah.....
Ni le member baik si shida...tak berlekang kome ye,lepas ni tak de le nak macam dulu lagi ye...ate yg sebelah tu bile ke lagi...doa aku lepas ni ade le jejaka2 yg akan datang melamar ye....
Oleh kerana shida ahli Nisa' maka semuanya warna ungu le,tengok le hantarannya banyaknya....semua warne ungu kome...berpino nengoknya...tapi cantik,tak cukup atas katil kat bawah pun ade lagi......
Berbagai bangsa datang meraikan pengantin.....tak kenyang jangan balik ye...Linda dengan suami tu tegak peluk tubuh,ngape? takut tak cukup makan ke..jangan riso lembu sekor kene korban kome....

SANTAI HUJUNG MINGGU: AMBOI!!!!!! KAYA BENO DEME YE..........

S

Sebut sahaja negara Brunei Darusalam, mesti terlintas yang ia adalah sebuah negara yang kaya dengan limpahan minyak. Kekayaan Brunei Darussalam membolehkan mereka tersenarai antara negara paling kaya di dunia. Bila negara Brunei Drussalam kaya, semestinya individu yang mendapat “tempias” adalah Sultan Brunei sendiri, Sultan Hassanal Bolkiah. Tetapi mengapa dia? Kenapa tidak orang lain? Mesti ada yang tertanya-tanya bukan?

Saya sebenarnya tidak teruja pun dengan kekayaan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. Inilah yang dinamakan tuah dan rezekinya. Sebabnya, negara Brunei Darussalam mengamalkan konsep monarki mutlak. Inilah sebab musabab, Sultan Brunei boleh jadi kaya-raya. Di bawah konsep monarki mutlak, semua hasil bumi Brunei adalah kepunyaan Sultan.

Bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Unit Petroleum telah dipertanggungjawabkan untuk mengawal kesemua aktiviti-aktiviti minyak dan gas yang dijalankan oleh pemegang konsesi. Ada dua pemegang konsesi yang melaksanakan aktiviti ini, iaitu :

  1. Syarikat Minyak Brunei Shell (syarikat yang dimiliki bersama oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam)
  2. Royal Dutch Shell

Tetapi saya boleh katakan, rakyat Brunei beruntung kerana mendapat Sultan yang prihatin dengan kebajikan rakyatnya. Betul tak orang Brunei? Respon sikit? Pernah dahulu, adik Sultan Brunei sendiri buat hal. Orang suruh tadbir negara dengan betul dan amanah, lain pula dibuatnya.

Putera Jefri yang merupakan menteri kewangan 1986 hingga 1997 telah dipecat dengan selambanya oleh abang kandungnya sendiri iaitu Sultan Hassanal Bolkiah kerana mengelapkan $40billion tabung negara dengan pelaburan-pelaburan yang dianggap meragui. Inilah yang kita hendak. Salah tetap salah, walaupun adik sendiri yang buat “dajal”. Yang pentingnya kepentingan negara. Betul tak?

Satu lagi Sultan Brunei pun boleh tahan tegas dalam pemerintahannya. Ingat tak dahulu, negara Brunei Darussalam pernah dihalang menyertai acara perarakan ketika pembukaan rasmi Sukan Olimpik Beijing 2006? Lepas itu, Sultan Brunei terus rombak kabinet akibat murka. Brunei tidak mendaftar sebarang atlet untuk bertanding di Beijing.


Gambar-gambar Istana Nurul Iman Brunei Darussalam

Kereta Canggih Sultan Brunei – Dauer 962 LeMans

Kereta Canggih Sultan Brunei – Ferrari 550 Spider

Kereta Ferrari ini dibuat khas dan ekslusif untuk Sultan Brunei

Kereta Mercedes-Benz S500

Kereta Mewah Hummer H2

Kereta Mewah Koenig KS8

Kereta Lamborghini LM002

Kereta Land Rover Defender

Kereta mewah Maserati MC12

Kereta Chrysler 300C

Kereta Mercedes-Benz ML55 AMG

Kereta Mercedes Benz ML63 AMG

Kereta Mosler MT900 S

Kereta Canggih Vector M12

Jet Peribadi Sultan Brunei. Serba-serbi emas

Satu lagi Jet Peribadi Sultan Brunei

Related Posts with Thumbnails