SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Wednesday, July 28, 2010

HAMIL DI KALANGAN PELAJAR,PEMIMPIM KERAJAAN ABAIKAN KAEDAH ISLAM.

http://buletinonline.net/images/stories/berita30/bahana%20nafsu.jpgKenyataan Ketua Menteri Melaka Dato' Seri Ali Rustam berkaitan Sekolah Untuk Pelajar Hamil Tetap diTubuhkan, menunjukkan betapa sangat seriusnya isu pelajar perempuan mengandung disebabkan perzinaan dan pengguguran bayi berlaku secara berleluasa di negara ini.

Jarang berlaku pertembungan kenyataan di antara Menteri / Timbalan di Peringkat pusat dengan Menteri Besar atau Ketua Menteri. Tetapi dalam kes ini Ketua Menteri Melaka bertegas untuk menubuhkan sekolah khas walaupun disanggah oleh Timbalan Menteri Pelajaran.

Adalah amat malang bagi Umat Islam apabila berhadapan dengan isu pembuangan bayi dan mengandung kerana perzinaan tidak ditangani sewajarnya berdasarkan sebab-sebab asal berlakunya masalah ini; seperti pergaulan bebas, hiburan liar dan wujudnya pusat-pusat maksiat di segenap pelusuk negara.

Alangkah baiknya jika langkah-langkah pencegahan dilakukan di samping langkah pemulihan dilakukan.

Perlu diingatkan bahawa undang-undang Islam dan feqah Islam mampu bagi menangani isu-isu sebegini. Di mana kejujuran mereka yang memimpin negara dan ulama dalam kerajaan yang mengabaikan keperluan menyelesaikan masalah secara Islam.

PAS menggesa masyarakat agar mengambil langkah-langkah bagi melaksanakan perintah Amar Maaruf dan Nahi Mungkar dengan sebaiknya dan menggesa rakyat, khususnya Umat Islam menunaikan amanah dengan memilih kerajaan yang jujur dalam menegakkan kesejahteraan dan keadilan rakyat.

Isu pelajar mengandung, penguguran dan pembuangan bayi telah meresahkan keharmonian masyarakat dan menunjukkan musnahnya institusi kekeluargaan negara.

Dato’ Ustaz Abu Bakar bin Chik
Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat

27 Julai 2010/ Kuala Terengganu

No comments:

Related Posts with Thumbnails