SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Friday, July 30, 2010

KUASA MELAYU TIDAK HILANG,MALAH BERTAMBAH KUAT.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita30/umnotipu.gif- Sekiranya Pakatan Rakyat Memerintah Malaysia
KUALA TERENGGANU
- Umno dan Barisan Nasional mendakwa, sekiranya Pakatan Rakyat yang terdiri dari muafakat parti PAS, PKR dan DAP memerintah negara, orang Melayu akan hilang kuasa terutamanya kuasa politik di parlimen.

Sebenarnya, ia adalah tidak benar sama sekali, bahkan kuasa Melayu terbukti lebih kuat dengan kawasan-kawasan parlimen yang dulunya milik MIC dan MCA telah doimenanangi oleh calon-calon Melayu dari PAS dan Pakatan Rakyat.

Dalam mengemukakan hujah berdasarkan fakta, Buletinonline telah menemuramah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian membentangkan fakta kerusi di parlimen.

Berikut kenyataan penuh YB Salahuddin;

Perlu saya jelaskan, dalam parlimen kita ada 222 kerusi. Ini yang saya letak dalam simpanan. Jelas setakat ini. Asas hujah bahawa dakwaan melayu akan hilang atau melayu akan lemah ataupun kuasa melayu akan terhakis kalau PAS terus bersama DAP. Ini suatu dawaan yang mereka lancarkan.

Saya ingin menyatakan secara fakta. Dalam parlimen ada 222 kerusi dan kalau mengikut tahun 2008, DAP hanya bertanding 35 kerusi daripada 222 kerusi dan hari ini dia menang, pada waktu itu dia menang 28 kerusi. Sekarang dia ada 29 kerusi kerana dia menang bru-baru ini di Sibu.

Jadi oleh itu, di sinilah saya ingin menyatakan kalaulah dap, andainya DAP dalam tahun 2008, bertanding 35 kerusi, andailah dia menang semua, dia masih tidak boleh perntah negara ini dengan hanya 35 kerusi.

Ini bermakna bahawa hujah Umno yang mengatakan bahawa DAP ni menjadi ancaman besar kepada melayu tidak benar. Sebab DAP pun faham teras negara ini, bahawa teras kepelbagaian mestilah dipegang oleh orang melayu. Ini DAP faham.

Dan dengan jumlah kerusi yang mereka bertanding pun, tidak memungkinkan mereka akan menjadi ancaman kepada melayu dalam parlimen.

Dan saya ingin melanjutkan lagi pas mempunyai 23 kerusi. PKR, 31 kerusi. Ada 5 kerusi yang melompat sekarang dia tinggal 26 kerusi. Tetapi kerusi melayu dalam PKR masih ada 17 dan kerusi pas kita ada 23 kerusi, maknanya sekarang kita ada 40 kerusi melayu dalam parlimen. Umno Cuma ada 78 kerusi dalam parlimen pada hari ini.


Oleh itu, kalau PAS dan PKR, kita bertanding di atas premis yang sama, dan kalau sekarang ini pun kita mendapat 40 kerusi, jadi kalau umno 78, kita hanya lebih kurang, majoriti lebih kurang 30 saja lagi. Jadi kalau 30 kerusi, kalau kita dapat esok, kalau kita rayu besok kerusi-kerusi melayu yang lain dalam parlimen di negara kita ini, beri kepada pas, bermakna kuasa Melayu itu akan terjamin dalam parlimen.

Terengganu menang, Hulu Terengganu menang esok (nanti), Dungun menang, Besut menang, Setiu menang, Johor boleh beri sikit, kita menang di Pahang kerusi-kerusi Melayu ini, kita mengalahkan Umno, bermakna bila bertambahnya kerusi Melayu ini, maka akan menjadi kukuh kerusi-kerusi melayu dalam parlimen.

Maka tidak benar sekali bahawa bila PAS berkawan dengan DAP ini, akan terhakisnya kuasa melayu dalam parlimen, sedangkan dap hanya bertanding tidak lebih daripada 35 kerusi dalam pilihanraya yang akan datang. Kalau dia menang pun semua 35 kerusi ini, maka dia tidak akan menyebabkan berlakunya sebarang penghakisan kuasa melayu dalam parlimen.

Oleh itu, orang Melayu, kalau hendakkan Pakatan Rakyat kuasa Melayunya terjamin, maka saya rayu undilah kepada calon-calon PAS dan PKR besok (PRU-13) dan bila kita dapat menambahkan kerusi Melayu ini yang hanya setakat ini saya rasa kita hanya perlukan 30 kerusi sahaja lagi maka takde masalah untuk kita memperkukuhkan kuasa melayu dalam parlimen.

Jadi tidak benar sama sekali dakyah Umno ini yang mengatakan bahawa bila PAS berkawan dengan DAP ini, akan hilangnya kuasa Melayu di dalam parlimen.

No comments:

Related Posts with Thumbnails