SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Thursday, July 29, 2010

ULAMA SAUDI:PEMBANTU RUMAH WANITA ASING HARUS MUSLIM,BAWA MAHRAM.

http://buletinonline.net/images/stories/berita30/maid.jpgRIYADH: Seorang ulama Arab Saudi berkata hanya pembantu rumah Muslim yang harus dibenarkan masuk ke negara kaya minyak itu, dan mereka harus diasingkan daripada kaum lelaki dalam rumah majikan, lapor sebuah laman berita dalam talian semalam.

'Jika ada keperluan mengimport pekerja wanita sebagai pembantu rumah, mereka seharusnya Muslim,' kata Sheikh Yusef alAhmad, seorang ulama yang menentang keras pergaulan bebas antara lelaki dan wanita di negara itu, lapor laman sabq.org.

Beliau juga berkata pekerja pembantu rumah wanita harus berpakaian menutup aurat semasa dalam rumah majikan.

Selain itu, sejajar dengan syarat peraturan bagi wanita Arab Saudi, pekerja pembantu rumah itu perlu mempunyai seorang saudara lelaki, atau mahram, bersamanya di Arab Saudi, tegas beliau.

'Mereka seharusnya perlu bekerja di rumah dengan ditutupi hijab, dan tidak bercampur gaul dengan atau memasuki bilik lelaki dalam rumah itu, atau bilik tamu atau melayan mereka,' kata Sheikh Ahmad.

Beliau pensyarah di Universiti Imam Mohammed bin Saudi di Riyadh, sebuah institusi pengajian tinggi Islam utama di Arab Saudi.

Sheikh Ahmad menimbulkan tengkarah awal tahun ini apabila beliau menggesa agar Masjidil Haram di Makkah diroboh dan dibina semula dengan ruang masuk berasingan bagi jemaah lelaki dan perempuan.

Ulasan terbaru beliau itu diarahkan kepada tenaga kerja asing yang ramai di Arab Saudi, yang membentuk lapan hingga 10 juta daripada jumlah penduduk negara itu yang seramai 25 juta orang.

Keluarga Aran Saudi mendapatkan tenaga jutaan tukang masak, pembantu rumah dan drebar asing, yang sebahagian besar datang dari negara Islam seperti Indonesia dan beberapa negara Afrika.

Kebanyakan daripada lebih satu juta pekerja Indonesia di Arab Saudi pembantu rumah wanita, yang tidak perlu membawa mahram lelaki untuk bekerja di negara itu.

Di bawah peraturan Arab Saudi, lelaki dan perempuan tiada talian darah tidak boleh bercampur tetapi peraturan itu jarang dilaksana ke atas keluarga yang menggajikan pembantu rumah dan drebar asing. -- AFP.

No comments:

Related Posts with Thumbnails