SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Friday, July 9, 2010

USUL BAHAS 'DEEPAK, ROSMAH TAJA 'BALA' DITOLAK

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita28/Rosmah-3D-600.jpgDewan Rakyat hari ini menolak usul perbahasan kenyataan peguam Americk Sidhu mengenai dakwaan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam mengenai kehidupannya di London disara oleh usahawan permaidani, Deepak Jaikishan atas suruhan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul yang dibawa Ahli Parlimen DAP-Bakri, Er Teck Hwa mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan 18 (5) yang menyatakan bahawa hanya satu usul sahaja boleh dikemukakan sebelum mesyuarat ditangguhkan.

Dalam usulnya itu, Er berkata Balasubramaniam sebagai saksi dalam kes perbicaraan pembunuhan Altantuya Shaariibuu lari ke London atas alasan yang tidak diketahui dan menjadi perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dipanggil soal siasat.

“Penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang didakwa melanggar Akta Hasutan 1948 selepas mendedahkan artikel ‘Lets send the Altantuya murders to hell’ turut lari ke sana juga.

"Artikel tersebut telah menceritakan hubungan Perdana Menteri dengan Altantuya Shaariibuu sehingga kes pembunuhan tersebut berlaku yang kononnya Altantuya tahu sangat kes-kes skandal yang melibatkan Perdana Menteri,” tulisnya dalam usul itu.

Menurut Er, kes pembunuhan Altantuya adalah satu isu yang hangat dibincangkan dan kini menjadi bahan gurauan di media antarabangsa sehingga mampu menjejaskan imej negara.

“Sungguhpun kes ini telah selesai dibicarakan di mahkamah, tetapi susulannya ialah kerajaan Mongolia telah menawarkan tajaan sepenuhnya kepada bapa Altantuya, Setev Shaariibuu supaya mengemukakan dakwaan ke atas kerajaan Malaysia yang dikatakan bertangguhjawab atas kematian anaknya.

“Lebih-lebih lagi dilaporkan bahawa pihak media Hong Kong telah merancang untuk menerbitkan satu cerita bersiri mengenai kes pembunuhan Altantunya di seluruh saluran TV dunia yang akan turut memalukan kita,” katanya.

Er juga berkata nama isteri Perdana Menteri yang didakwa sebagai ‘dalang dalam kes pelarian Balasubramaniam yang bersangkutan dengan kes Altantuya’ seperti yang diungkitkan dalam kenyataan Malaysia Today ini disiarkan dalam laman web seluruh dunia, sekaligus mampu memberikan impak yang negatif kepada imej negara.”

“Saya minta dewan membahaskan isu ini untuk menjelaskan kesahihan kenyataan tersebut yang bertujuan untuk mengembalikan kewibawaan negara kita,” katanya.-FMT Blog

No comments:

Related Posts with Thumbnails