SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Monday, August 16, 2010

FATWA HISHAMMUDIN....MELEBAR PEPECAHAN UMNO


http://buletinonline.net/images/stories/berita31/fatwahisham1.jpg- Fatwa Hisham bakal melebar perpecahan
Pengerusi Umno Terengganu yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengeluarkan 'fatwa' semalam, mereka yang dianggap 'pengacau dalam UMNO' mungkin tidak dicalonkan pada pilihanraya umum akan datang, walaupun mereka adalah penyandang kerusi tersebut.

Hisham berkata pemimpin UMNO sedang mengamati perilaku para wakil rakyat terpilih untuk memastikan mereka mengikuti garis pandu yang ditentukan.

"Saya ingin membunyikan loceng di sini kepada semua yang berhasrat menjadi wakil rakyat yang terpilih, sekiranya menimbulkan sebarang masalah termasuk membuat kenyataan 'rasis', peluang untuk mejadi calon pada pilihanraya akan datang akan hilang,"kata Hisham selepas mempengerusikan mesyuarat perhubungan Umno Terengganu disini semalam

Kenyataan Hisham yang dianggap 'fatwa' kononnya Umno mementingkan kesucian diri itu akan melebar perpecahan hingga ke akar umbi, kerana parti 'usang' itu dilihat sebagai 'tiada lagi orang yang sesuci itu' didalamnya buat masakini.

Seorang ahli bawahan parti itu, yang berasal dari DUN Alor Limbat berkata, Hishamuddin bukanlah seorang yang suci, yang berhak mengeluarkan 'fatwa' sedemikian.

"Sehingga kini, para pengundi masih takut dengan gelagat Hisham, bukan sahaja membuat kenyataan 'rasis' malah tindakannya 'menghunus keris' dianggap sebagai ancaman kepada orang Cina dan orang India,"ujar ahli biasa Umno yang mahu dikenali sebagai Ramli.

Bahkan beliau berkata, sekiranya penilaian dibuat ke atas calon-calon berdasarkan rekod mereka, samada mereka seorang wakil rakyat yang sedang berkhidmat atau pemimpin Umno peringkat Bahagian yang mahu menawarkan diri untuk menjadi calon, semuanya 'terpalit' dengan 'kesan hitam'.

Sebagai contoh, katanya, hampir keseluruhan pemimpin peringkat Bahagian menawarkan 'rasuah wang' dalam pemilihan Bahagian.

Oleh itu benarlah rumusan yang dinyatakan oleh Hisham; "Yang penting adalah bahawa ahli UMNO diharapkan akan setia kepada parti dan menahan diri dari yang menyebabkan kesulitan dalam UMNO itu sendiri," dan bukan soal kesucian peribadi dan ketinggian akhlak seseorang pemimpin itu diutamakan.

Ditambah lagi dengan pengampunan Hisham keatas empat pemimpin bermasalah di Setiu yang jelas menunjukkan protes mereka dan tidak menghormati kehadiran Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Macamana Dato' (Seri) Hisham? sekali kata nak pemimpin yang tidak menyusahkan parti, yang taat kepada arahan, yang taat kepada pemimpin atasan, tapi dia (Hisham) tidak mengambil sebarang tindakan kepada empat orang pemimpin Umno Setiu,

"yang jelas memberikan nama buruk kepada Umno dan memalukan Timbalan Presiden Umno,"soal Ramli dengan nada sinis.

Isyarat dari 'fatwa' Hisham 'menggugurkan' keempat-empat pemimpin Umno Setiu; Ramlan Ali (Jabi), Ashaari Idris (Langkap), Khazan Che Mat (Batu Rakit) dan Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) akan membuka empat peluang kepada 'empat kerusi' yang bakal dikosongkan.

Ini akan menggamatkan keempat-empat DUN dalam Parlimen Setiu yang Umno menangi, dengan sekurang-kurangnya lapan pemimpin baru yang akan melakukan apa juga cara, supaya 'dilihat' diangkat oleh orang-orang 'akar umbi' bagi melayakkan mereka mengisi kekosongan empat kerusi yang dikosongkan.

"Lobi Umno tidak ada etika, malah yang beretika biasanya akan tersingkir dalam persaingan,"ujar Ramli membayangkan 'perang saudara' akan meletus, bukan sahaja di Setiu bahkan diseluruh negeri Terengganu, bermula dengan pengisytiharan 'Fatwa' Hisham semalam.

Dua kumpulan bercakaran sedia ada, Kumpulan Pro- Ahmad Said dan Pro-Idris Jusoh akan terus menjadi 'dua blok kuasa' yang meneruskan agenda 'tikam-menikam' diantara satu sama lain.

Samada kumpulan-kumpulan kecil yang mempunyai 'kepentingan peribadi' untuk dipilih sebagai 'calon-calon' yang akan bertanding pada pilihanraya umum ke 13 akan datang, kan menggabungkan diri dengan salah satu dari dua blok itu, atau mereka brgerak sendiri, ia tetap akan melebarkan perpecahan Umno Terengganu.

"Sejak pelantikan Hishamuddin sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Hisham tidak pernah dapat mengendurkan walaupun sedikit 'perang' diantara puak Mad said dan Puak Deris Jusoh,"tambah Ramli.

No comments:

Related Posts with Thumbnails