SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Thursday, May 19, 2011

BARU RUGI JE... SIKIT LAGI TUTUP TERUS LE



SHAH ALAM : Ketika akhbar lain mencatat keuntungan Utusan Melayu (M) Bhd mengalami kerugian sebelum cukai RM6.893 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2011, berbanding RM6.524 juta pada suku yang sama pada 2010.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, Utusan mendakwa kerugian itu disebabkan peningkatan bahan mentah sebanyak 30 peratus.

Ia berkata perolehan bagaimanapun meningkat kepada RM85.828 juta berbanding RM74.830 juta sebelumnya.

Utusan berkata peningkatan saingan untuk penguasaan pasaran perbelanjaan pengiklanan dijangkakan berterusan tahun ini.

"Bagaimanapun unjuran pertumbuhan positif dalam keluaran dalam negara kasar dan perbelanjaan pengiklanan bagi 2011 akan menyediakan peluang untuk kumpulan itu meningkatkan perolehan pengiklanan," katanya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails