SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Friday, June 24, 2011

APA CARA POLIS NAK HALANG BERSIH YE????

Polis akan menggunakan cara tersendiri untuk memastikan perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini tidak akan berlaku, kata Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh.

"Apa rancangan dan jenis tindakan yang akan kita ambil itu, biarlah polis sahaja yang tahu. Yang pasti, kita akan ambil tindakan sewajarnya bagi menghalang perhimpunan ini," katanya dalam sidang akhbar di ibunegara hari ini.

Amar Singh berkata sehingga hari ini, tidak ada satu pihak pun yang memohon permit untuk mengadakan perhimpunan itu.

Oleh itu, kata beliau, sekiranya perhimpunan itu diadakan juga, ia boleh diklasifikasikan sebagai perhimpunan haram atau tidak ada permit/lesen seperti yang ditetapkan oleh Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967.

Amar Singh berkata sehingga kini polis telah menerima lebih daripada 800 laporan polis berhubung bantahan terhadap demonstrasi ini yang dibuat oleh pelbagai pihak termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO), golongan peniaga, persatuan-persatuan, ahli politik dan orang awam (individu).

"Selain daripada perhimpunan yang menggunakan nama BERSIH 2.0, pada masa yang sama juga terdapat dua kumpulan berlainan telah menyatakan hasrat untuk membuat perhimpunan di sekitar ibu kota bagi membantah perhimpuan Bersih ini.

"Dengan adanya kumpulan yang tidak sefahaman pendapat ini berhimpun, kita khuatir akan mencetuskan keadaan yang boleh menggangu aktiviti harian, perniagaan dan ketenteraman awam," katanya.

KAKITANGAN AWAM PUN NAK JOIN BERSIH.....


.Bukan sahaja orang awam, pekerja kerajaan kerajaan turut menyertai perhimpunan Berih 2 pada 9 Julai ini, dakwa Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip.

Bersih 2 merupakan ulangan perhimpunan sama yang diadakan pada 2007 bagi mendesak kerajaan melaksanakan pilihan raya adil.

Perhimpunan 9 Julai depan akan bermula di Dataran Merdeka sebelum berarak bagi menyerah memorandum kepada Yang di Pertuan Agong di Istana Negara.

Bagaimanapun, dua kumpulan lain iaitu Pemuda Umno dan Perkasa mahu mengadakan perhimpunan serupa bagi mencabar perhimpunan Bersih itu.

Rozan Azen juga mendakwa, ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) dan ahli jawatankuasa masjid dan surau turut menyertai perhimpunan Bersih itu.

Sokongan meningkat

“Mereka telah berhubung secara langsung dengan kita dan mengatakan akan turun pada 9 Julai depan.

“Sokongan meningkat ini berlaku setelah AMK memakai baju Bersih 2, mereka mungkin telah melihat baju kami itu,” katanya lagi.

Rozan Azen mendakwa, Perkasa mengadakan perhimpunan pada masa yang sama dengan Bersih bagi membuat kacau dan mencetuskan huru hara.

Bagaimanapun, pemimpin muda PKR itu tidak mengetahui dengan tujuan Pemuda Umno turut mengadakan perhimpunan pada hari yang sama.

“Adakah Khairy Jamaluddin (ketua Pemuda Umno) menyokong tuntutan Bersih? Tetapi kita mahu Khairy menyatakan pendirian Pemuda Umno,” katanya.

Ahli AMK katanya akan memantau perhimpunan Berish tersebut kerana yakin akan ada pihak yang membuat provokasi sepanjang perhimpunan tersebut.

Monday, June 20, 2011

LAAA...NAJIB TAKUT DENGAN MAT SABU RUPENYA

Penampilan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebagai seorang daripada pemidato semasa pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia malam tadi dibatalkan.

Menurut Harakahdaily, difahamkan pembatalan itu dibuat oleh pihak penganjur setelah “mendapat tekanan” daripada Pejabat Perdana Menteri.

"Pihak JPM maklumkan kepada kita, Datuk Seri Najib tak nak Mohamad Sabu menyampaikan pidato.

poster Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia, mohamad sabu not invited"Kalau penganjur nak teruskan juga dengan Mohamad Sabu, PM pula tak mahu datang rasmi," kata salah seorang petugas yang tidak mahu identitinya diumumkan.

Pihak penganjur juga menutup nama Mohamad dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin Abu Bakar yang dijemput sebagai mewakili BN pada backdrop di pentas.

Mohamad yang dihubungi Harakahdaily juga mengesahkan pembatalan itu.

"Semalam penganjur kata saya dijemput berucap tentang isu Palestin selama 10 minit.

"Tiba-tiba hari ini kata tak boleh pula, sedangkan dalam media semua dah sebut saya akan berpidato malam ini.

poster Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia, mohamad sabu not invited"Saya rasa dipermainkan," katanya dengan nada kecewa.

Sementara itu, Bernama melaporkan pada perasmian LL4G, malam semalam, Najib berkata Malaysia akan meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memastikan keselamatan flotilla kemanusiaan yang bakal berlepas ke Gaza pada minggu depan.

MP PAS juga sertai Freedom Flotilla





Thursday, June 16, 2011

PERKASA BUAT PROVOKASI...POLIS TAKKAN PEKAK KOT?



PAS melahirkan kekesalan kerana pihak Polis membiarkan Presiden
PERKASA membuat pelbagai kenyataan yg nyata boleh mengancam keselamatan awam dan mencetuskan kemarahan rakyat. Tindakan pihak polis seolah-olah negara ini tiada undang-undang dan ada badan NGO yg mengatasi undang-undang sehingga pelbagai kenyataan yg terang terangan bersifat provokasi dikeluarkan dengan bebas.

Pihak Polis mahu menghalang perhimpunan yg akan diadakan, semara-mata bagi menghalang perhimpunan BERSIH 02. Himpunan BERSIH mempunyai matlamat yg baik bagi mendesak satu sistem piihanraya yg adi dan bersih. Himpunan yg jelas dengan objektif dan matlamat demi kebaikan negara. Kerana sebarang penyelewengan dalam PRU akan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat, dan isu ini kalau tidak iatasi segera akan membawa kepada pemberontakan dalaman rakyat.

PAS menilih jalan demokrasi bersama pakatan Rakyat lain, kerana yakin sistem ini mampu menjamin keadilan dan hak rakyat. Namun bilamana pelbagai salahguna mula dilakukan oleh pihak SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara serta penyalahgunaan Media secara berleluasa, maka penyelewengan ini mesti diperbetulkan.


PAS akan mengadakan dialog dan perundingan dengan pihak SPR sebelum mengadakan Perhimpunan BERSIH. Pertemuan ini sangat penting bagi memastikan tuntutan BERSIH dapat dipenuhi, dan pihak Kerajaan perlu faham kenapa rakyat membantah SPR. Dialog dan Pertemuan demi pertemuan yang diadakan membuktikan PAS bukanlah sabuah parti yang suka mencetuskan suasana gawat dengan demonstrasi, tetapi ianya jalan keluar bagi memperlihatkan kepada pihak kerajaan betapa seriusnya kemarahan rakyat kepada ketidakadilan sistem yang sedang berjalan kini.

Tindakan Jabatan Pendaftaran Negara mengeluarkan Kad Pengenalan kepada warga asing diSelangor, Kedah dan Kelantan sebagaimana yg dilaporkan kepada pihak polis bukan isu kecil, yang boleh dipandang sebelah mata. Begitu juga isu pendaftaran pengundi baru yang sangat luar biasa di Selangor, Kedah dan Pahang talah menimbulkan pelbagai bantahan rakyat. Semua ini memperlihatkan seolah-olah SPR dan Jabatan Pendaftaran negara mempunyai konspirasi bersama UMNO/BN bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Sehubungan itu PAS ingin melihat sesuatu tindakan ke atas PERKASA dapat dilakukan bagi mengelak satu provokasi menjelang BERSIH 02 dapat dielakkan.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Penerangan PAS Pusat

Tuesday, June 14, 2011

AJK-AJK PAS PUSAT.....TERUSKAN PERJUANGAN


Tuan Ibrahim mengantikan Idris. Mantan Bendahari Dr Mohd Hatta Ramli yang memenangi jawatan AJK PAS pula dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat.

Demikian diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, selepas mempengerusikan Mesyuarat pertama JK PAS Pusat hari ini. Datuk Mustafa Ali juga kekal sebagai Setiausaha Agung dengan dibantu tiga penolong setiausaha Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf.


Jawatan Bendahari pula disandang Datuk Abdul Halim Abd Rahman.

Bagi jawatan AJK PAS yang dilantik pula ialah mantan TPM Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus.

"Perlantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada mereka," kata Haji Hadi.

Bagi Pesuruhjaya PAS negeri pula menyaksikan lima negeri mengalami perubahan :
Terengganu: Abdul Wahid Endut
Negeri Sembilan: Mohd Taufek Abdul Ghani
Selangor: Dr Abd Rani Osman
Melaka: Adly Zahari
Sabah: Aminuddin Halim.

PJ negeri lain kekal

Kelantan : Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Pahang : Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor : Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Perak : Ust Abu Bakar Husin
Kedah : Datuk Seri Azizan Abdul Razak
P.Pinang- :Ust Salleh Man
Perlis : Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan : Ust Mohd Noor Mohamad
Sarawak : Ust Adam Ahid

Friday, June 10, 2011

UMNO TAKUT DENGAN NEGARA KEBAJIKAN PAS

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Umno memperlihatkan sikap hipokrasi mereka dengan menentang pendirian terbaru PAS, yang minggu lalu mengetengahkan konsep negara berkebajikan.

Sehubungan itu kata Asri (gambar), Umno sebagai parti teras Barisan Nasional (BN) dan mewakili suara orang Melayu, seharusnya mengalu-alukan perubahan pendirian PAS yang sebelum ini dilabel sebagai konservatif dan fanatik.

“Saya tidak tahu apa pendirian Umno sebenarnya. Dulu Umno yang mengecam PAS kata dikuasai oleh golongan ulama, sekarang golongan profesional ada, mereka masih hentam.

“Saya lihat Umno macam hipokrit... dulu dia (Umno) yang mengatakan bahawa PAS ini (parti) jumud, jadi saya lihat ini sikap yang tidak betul,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

“Kita tidak sepatutnya hentam mereka, sebaliknya perlu terbuka dan mengalu-alukan perubahan pendirian PAS ini... dulu bukan Islam takut dengan konsep negara Islam, sekarang PAS lebih terbuka, lebih ke depan daripada Umno... patut Umno alu-alukan dan bukannya mengkritik PAS,” kata beliau.

Tenaga akademik ini mengulas perkembangan kritikan ke atas PAS sejak pada Jumaat lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan Ke-57 menekankan konsep membangun negara berkebajikan.

Dalam komen balasnya semalam, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata konsep negara berkebajikan dibawa Pakatan Rakyat khususnya PAS adalah selari dengan kehendak Islam.

Katanya, konsep berkebajikan tidak semestinya memberi sesuatu dalam bentuk material, sebaliknya ia boleh diberikan dalam bentuk kebaikan seperti tindakan kerajaan PAS Kelantan menghapuskan riba dan menutup kelab malam.

Justeru kata Menteri Besar Kelantan itu, kedua-dua perkara tersebut membawa kebaikan kepada rakyat dan keluarga lebih selamat daripada menerima masalah tekanan kewangan dan penularan gejala negatif sosial.

Kata Nik Aziz, berkebajikan itu ialah perkara yang boleh memberi keselamatan kepada rakyat sama ada di dunia dan di akhirat.

Ini pandangan kedua Asri mengenai pendirian PAS yang menyentuh konsep negara berkebajikan.

Sabtu lalu, beliau menyifatkan PAS sudah mula memperlihatkan “kemajuan memberangsangkan” memandangkan ia sanggup mengakui bahawa dalam al-Quran tidak disebut negara Islam, cuma ditekankan ialah negara berkebajikan.

Muktamar PAS yang berakhir Ahad lalu dilangsungkan dengan penekanan ke atas tema negara berkebajikan, susulan daripada manifesto pilihan raya umum parti itu tiga tahun lalu.

Kata Asri, sekian lama istilah negara Islam memisahkan PAS atau menyukarkan parti itu bergerak lebih ke hadapan, namun hari ini dengan kenyataan Hadi akan memberi nafas baru yang lebih luas dan fleksibel kepada PAS.

Pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS Ke-57 Jumaat lalu, Hadi berkata, belum tiba masanya untuk parti itu meninggalkan usaha membentuk ‘negara Islam’, isu yang disifatkan sebagai duri dalam daging dalam hubungannya bersama DAP sebelum ini.

Hadi dipetik berkata, PAS akan meneruskan gagasan negara berkebajikan yang disepakatinya bersama komponen Pakatan Rakyat kerana perkara yang lebih penting adalah pelaksanaan dan bukannya menumpukan jenama ‘negara Islam’ itu semata-mata.

“Belum tiba masanya (tinggalkan usaha bentuk negara Islam). Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan.

“Sebab itu kalangan DAP melihat sendiri kerjasama kita dengan mereka. DAP kata mereka minum arak, kita tak boleh larang dia. Kita bukan macam kalangan setengah (pemimpin) BN yang boleh minum arak sama,” katanya.

Dalam ulasan terbaru ini, Asri berkata, pendirian Umno seolah-olah menunjukkan bahawa “keadaan sudah terbalik” memandangkan parti itu ditolak ke belakang manakala PAS pula kelihatan dan menunjukkan sikap keterbukaan.

“PAS kini nampak lebih terbuka macam Umno dalam tahun 1980-an, patut Umno lebih mengalu-alukan perubahan sikap PAS... dulu mereka yang hentam ulama PAS, kononnya PAS ini fanatik... sekarang sudah terbalik keadaan,” kata Asri lagi.

“Sekarang PAS sudah berubah, Umno pula menentang. Saya pun tidak tahu apa yang Umno buat, saya rasa Umno sudah silap perhitungan,” katanya lagi.


PANDANGAN ORANG JAHIL DARI KELAB ISTERI TAAT

Dewan Muslimat PAS Pusat menyifatkan tindakan menyamakan para isteri dengan 'pelacur kelas pertama', melampau dan menghina Islam.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusoff (gambar) berkata, Islam meletakkan martabat wanita begitu tinggi sehingga Allah menamakan salah satu surah dalam Al-Quran dengan nama An-Nisa' yang bermaksud wanita.

"Islam meletakkan wanita di tempat tinggi. Syurga di bawah tapak kaki ibu.

"Pada saya menyamakan isteri dengan pelacur sangat melampau," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mungulas pandangan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed, yang mendakwa isteri patut melayan suami seperti pelacur kelas pertama.

Menurutnya, ia bagi memastikan suami tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

Malah katanya, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu.

Mengulas lanjut Siti Zailah berkata, pelacur yang secara jelas melakukan maksiat dan dosa besar, sesekali tidak boleh dijadikan contoh atau perumpamaan dalam apa juga aspek.

"Walaupun dia (Rohaya) berniat baik, tetapi ambil contoh idola pelacur amat salah. Semacam isteri ini taraf rendah hanya hidangan untuk suami.

"Isteri perlu diberi penghormatan, pelacur tiada penghormatan," katanya lagi.

Tambahnya lagi, Islam mengajar suami dan isteri saling menghormati dan menjaga tanggungjawab masing-masing.

Lebih buruk katanya, pandangan Kelab Isteri Taat itu juga boleh memberi kefahaman salah kepada masyarakat bukan Islam.

"Mereka mungkin faham bahawa Islam meletakkan taraf rendah dan anggap isteri mereka setaraf pelacur," katanya.

Thursday, June 9, 2011

LEBIH-LEBIH LE PULAK PEMUDA UMNO NI....DASAR PENAKUT


Pemuda UMNO hari ini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini berhubung Perhimpunan BERSIH yang dicadangkan diadakan pada 19 Julai nanti.

Turut membuat laporan sama ialah Persatuan-persatuan Peniaga Bumiputera dan Penjaja, Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Sekretariat Hal Ehwal Bandar (Sheb), Persatuan Belia Islam Kepong, dan Persatuan Anak Terengganu (Gertak).
Anggota Exco Pemuda UMNO, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin, berkata laporan itu dibuat bagi mengelak berlakunya kekecohan pada perhimpunan itu.

"Dari pengalaman lalu kita tengok perhimpunan Bersih ini bertukar menjadi huru-hara dan merugikan peniaga-peniaga di sekitar Kuala Lumpur. Kalau dahulu, kita buat laporan selepas perhimpunan, tapi sekarang kita buat laporan awal supaya polis mengambil tindakan awal menghalang perhimpunan itu," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua baru-baru ini menyatakan bahawa 60,000 orang akan terbabit dalam perhimpunan itu bagi menuntut kerajaan membuat perubahan pada undi pos dan menggunakan dakwat kekal semasa pilihan raya.

Di Putrajaya, Gerakan Pemuda Prihatin Putrajaya (Gempur) dan Wira Perkasa Putrajaya hari ini meminta rakyat Malaysia khususnya golongan muda supaya tidak terlibat dengan perhimpunan dan demonstrasi Bersih itu.

Pengerusi Gempur Hisamudin Yahaya, berkata perhimpunan itu tidak membawa kebaikan kepada pembangunan negara.
"Pada perhimpunan Bersih yang lepas banyak perkara tidak diingini berlaku antaranya merosakkan harta awam, kesesakan lalu lintas yang teruk, peniaga mengalami kerugian, dan pelancong takut dan rasa tidak selamat," katanya.

Gempur dan Wira Perkasa Putrajaya hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya pada pukul 12.30 tengah hari tadi meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penganjur perhimpunan itu

Wednesday, June 8, 2011

KALAU MALAYSIA PAKAI MACAM NI BOLEH KE??


http://images.supersport.co.za/Iran-Women-110603-TeamPicR-300.jpg

AMMAN-Media massa Barat menonjolkan bagaimana air mata dan sujud para pemain bola sepak wanita Iran yang tidak bersedia mengorbankan kemuliaan mereka sebagai Muslimah ketika mengikuti pertandingan pemilihan Olimpik 2012 yang bakal diadakan di London. Pihak pengurusan Bahrain Berjaya membantah dan menggagalkan pertandingan team bolasepak wanita Iran ketika perlawanan dengan team Jordan pada Jumat 3 Jun di Amman baru-baru ini dengan alas an team dari Iran mengenakan pakaian Islam dan berjilbab.

Setelah keputusan berat sebelah itu, para pemain Team Iran bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan Iran, kemudian berlari menelilingi padang sambil mengibarkan bendera Iran. Setelah itu mereka bersujud di atas bendera Iran dan meninggalkan padang dengan mata berkaca-kaca.

Keputusan pihak pengurusan Bahrain itu sangat mengecewakan apabila kedua team sudah siap masuk di padang untuk memulakan pertandingan. Namun sikap team Iran membuat para pemain Team Jordan dan juga para penonton terharu. Mereka memberi sokongan dengan bertepuk tangan mengiringi para pemain Iran ketika keluar padang.

Peristiwa tersebut mendapat sorotan meluas dari media massa Barat termasuk BBC, New York Times, Xinhua, dan bahkan Times of India. Dalam berbagai laporan disebutkan, "Team bola sepak wanita Iran dilarang mengikuti pertandingan pemilihan Olimpik 2012 London kerana memakai pakaian Islam.""Berdasarkan ketetapan FIFA, dilarang menutupi leher dan telinga ketika bertanding, namun Persatuan Bola sepak Kebangsaan Iran menyatakan bahwa pihaknya telah mendapat persetujuan dari FIFA dua tahun lalu bahwa Team Wanita Iran itu dapat bermain dengan tetap mengenakan jilbab." Team bolasepak wanita Iran berada dalam ranking terbaru FIFA naik dua tangga dikedudukan 51 dunia.

http://i276.photobucket.com/albums/kk34/feministing/soccer.jpg

http://graphics8.nytimes.com/images/2011/06/05/sports/soccer/iran/iran-blog480.jpg

http://news.sky.com/sky-news/content/StaticFile/jpg/2011/Jun/Week1/16006590.jpg

http://www.iol.co.za/polopoly_fs/iran-outcry-1.1080091!/image/3672877253.jpg_gen/derivatives/box_300/3672877253.jpg



http://www.haveeru.com.mv/photos/images/7d38292b40ae3c2aafcd3929e1bad18e-tip.jpg
http://www.payvand.com/news/11/jun/Iranian-Women-National-Team-Amman-Jordan6.jpg
http://cms.mumbaimirror.com/portalfiles/28/23/201106/Image/2011-06-07/19-2.jpghttp://www.mehrnews.com/mehr_media/image/2011/06/655658_orig.jpghttp://www.astreetjournalist.com/wp-content/uploads/935A8A80-6D5D-4FCE-9AF5-48B0E11CA702_w527_s.jpghttp://funstuffcafe.com/wp-content/uploads/2011/04/ts-200x150.jpghttp://www.payvand.com/news/08/sep/Iranian-Women-Football2.jpghttp://www.payvand.com/news/08/sep/Iranian-Women-Football3.jpghttp://english.peopledaily.com.cn/200604/30/images/IWF3.jpghttp://en.trend.az/news_photos/Hijab_090208.jpg

Tuesday, June 7, 2011

JANGAN BAGI MUKA KAT UMNO

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sekali lagi menegaskan bahawa parti itu tidak akan menjalin sebarang kerjasama dengan Umno Barisan Nasional selain hubungan sesama Islam dengan kepimpinan parti itu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, walaupun mungkin Umno masih mengimpikan untuk bersama-sama PAS, parti itu kini bersama Pakatan Rakyat yang sealiran pendirian dengannya dalam banyak perkara.

"Umno adalah musuh politik kita. Jadi kita bersama dengan Pakatan Rakyat. Musuh politik, bukan musuh peribadi,” katanya ketika dihubungi Tv Selangor.

"Jadi kalau mereka (Umno) buka pintu untuk kita berunding dan bekerjasama, memang tak adalah. Kita memang bersama Pakatan Rakyat. Hubungan individu dengan pemimpin Umno, hubungan peribadi, itu biasalah, kita sesama Islam. Tetapi dalam politik, kerjasama tidak. Kita bersama Pakatan Rakyat,” tegas beliau lagi.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa pintu Umno masih terbuka kepada PAS untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Malah kenyataan Muhyiddin itu turut disokong ketua penerangan parti itu, Datuk Ahmad Maslan yang mengajak PAS melupakan memori silam antara kedua-dua parti itu.

"Kita tak tahu hujung pangkal. Biarlah peristiwa lama itu berlalu pergi. Sekarang dah beberapa generasi... bukalah buku baru, apa salahnya?" katanya, yang dipetik dari Mstar Online.

Hubungan kerjasama antara kedua-dua parti itu terputus pada 1977. -


Sunday, June 5, 2011

UTUSAN MELOYA YANG DAH SEMAKIN MEROYAN

Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) kesal dengan laporan Utusan Malaysia yang mengandaikan mereka tidak mengiktiraf kepimpinan Dewan Ulama.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof sebaliknya berkata, DMPP menyanjung tinggi kepimpinan ulama yang merupakan pemantau segala dasar dan perancangan dalaman parti.

Beliau berkata, Utusan Malaysia hanya berniat melaga-lagakan keakraban ketiga-tiga dewan dalam PAS.

"DMPP menyanjung tinggi kepimpinan ulama dan kesal dengan laporan media yang kata muslimat tidak mengiktiraf Dewan Ulama.

"Ini satu propaganda yang dibuat media untuk melaga-lagakan dalaman parti dan menampakkan tiada kesepakatan di antara dewan-dewan," kata beliau sewaktu menyampaikan ucapan pengangguhan di Muktamar PAS kali ke- 57 di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZM) hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan DMPP mendakwa kepimpinan ulama yang tidak agresif menjadi punca utama golongan tersebut diganti dengan barisan kepimpinan baru yang dilihat pro Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berharap persepsi tersebut diperbetul segera.

Sementara itu, beliau mengemukakan gagasan untuk memartabatkan kemuliaan golongan wanita di negara ini.

"DMPP kemukakan gagasan sebagai tawaran kepada wanita di negara kita iaitu gagasan untuk memartabatkan kemuliaan wanita di Malaysia.

"Kita ingin lahirkan muslimat yang bukan sahaja berperanan dalam rumahtangga, dalam kerjaya tapi nak melahirkan wanita yang menjadi pemimpin yang bertakwa seharusnya berbeza dengan wanita Umno yang hanya nak memperkasa dari sudut wanita tanpa tekankan ketinggian moral," katanya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Selain itu beliau turut menyeru semua ahli menjalinkan hubungan baik dengan Pakatan Rakyat di semua peringkat.

"Saya menyeru semua ahli parti untuk mengadakan hubungan baik dengan Pakatan Rakyat di semua peringkat dan supaya perancangan dan strategi bersesuaian dengan lokaliti dan muafakat dalam perkara yang melibatkan kepentingan parti," katanya.

PERKASAKAN MAJLIS SYURA ULAMA


"Kita perkasakan Majlis Syura sampai mengangkat mereka buat 'audit' kepada ahli jawatankuasa yang ada," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengesyorkan supaya Majlis Syura Ulama diperkasakan dengan 'mengaudit' kepimpinan PAS termasuk mengambil tindakan terhadap ahli yang melanggar displin parti.

"Majlis perlu diperkasakan dengan membuat audit termasuklah (mengambil berat) akhlak dan mengambil tindakan displin kepada ahli. (Peranan) majlis syura kita perkasakan.

NONE"Kita perkasakan Majlis Syura sampai mengangkat mereka buat 'audit' kepada ahli jawatankuasa yang ada," katanya.

Sewaktu menyampaikan ucapan penggulangan, Mohamad turut menanyakan meminta persetujuan atas cadangan beliau itu, yang kemudiannya disambut oleh kira-kira 700 dengan berkata: "Setuju".

Pemidato terkenal itu turut menegaskan bahawa beliau amat menghormati ulama dari dalam dan luar negara termasuk kedua-dua bekas presiden PAS Yusof Rawa dan Fadzil Mohd Noor.

Bercakap di Taman Melawar, Gombak sempena muktamar agung ke-57, beliau turut menempelak Umno dengan mendakwa parti itu kini sedang menghadapi 'kematian'.

"Saya teringat dengan pesanan Musrsyidul Am Datuk Nik Aziz yang berkata bahawa Umno ini tidak kuat. Kekuatan Umno bertongkatkan kepada MCA dan MIC. Patahkan tongkat itu.

"Sekarang mereka mulai rebah, India dan kaum Tionghua sudah semakin (meninggalkan mereka). Umno sedang menghadapi sakaratul maut," katanya.

Haron Din: Audit kerja auditor


Beliau berkata demikian bagi mengulas barisan kepimpinan baru yang dilaporkan menggusarkan Umno dan BN selepas dinobatkan sebagai timbalan presiden selepas menang dalam pertandingan tiga penjuru.

najib umno mca mic gerakan bn coalition parties 250707Dalam ucapannya juga, Mohamad turut menegurkan orang Melayu kerana "tidak ambil berat" dalam menanggapi sesuatu isu menyentuh kaum, berbanding kaum Cina dan India.

Walaupun kurang gemar bercakap soal perkauman, Mohamad Sabu memberi contoh berhubung dua kes kematian yang hampir sama - kematian Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed - tetapi tanggapan isu berbeza mengikut kaum.

"Kaum Tiong Hua mengambil sikap, isu Teoh Beng Hock diratapi... Tetapi kejadian yang berlaku kepada (Ahmad) Sarbani ditemui mati, kita (orang Melayu) kata, apa boleh buat...

"Jadi menanggapi isu-isu ini berlainan berbanding kaum Tiong Hua atau India...Ada berita tunjuk perasaan, (ada orang Melayu) ditangkap, (kemudian) ditinggalkan. Jadi kita tidak ambil berat," katanya.

dr haron din pasSementara itu, Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din menyambut baik cadangan yang dibuat oleh Mohamad berhubung keperluan memperkasakan Majlis Syura Ulama sambil juga mengharapkan cadangan dan syor daripada ahli akar umbi.

"Jarang kita dengan pengesyoran daripada ahli (akar umbi), apa lagi untuk dibuat selain selain yang baru kita dengar kita buat proses audit.

"Audit kerja auditor, (tetapi) kalau nak buat cadangan kita boleh pertimbangkan. Selain itu hanya pengharapan tapi itu (dari) suara murni yang ikhlas, dan (Majlis) Syura Ulama menerima," katanya.


Related Posts with Thumbnails