SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Friday, June 24, 2011

KAKITANGAN AWAM PUN NAK JOIN BERSIH.....


.Bukan sahaja orang awam, pekerja kerajaan kerajaan turut menyertai perhimpunan Berih 2 pada 9 Julai ini, dakwa Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip.

Bersih 2 merupakan ulangan perhimpunan sama yang diadakan pada 2007 bagi mendesak kerajaan melaksanakan pilihan raya adil.

Perhimpunan 9 Julai depan akan bermula di Dataran Merdeka sebelum berarak bagi menyerah memorandum kepada Yang di Pertuan Agong di Istana Negara.

Bagaimanapun, dua kumpulan lain iaitu Pemuda Umno dan Perkasa mahu mengadakan perhimpunan serupa bagi mencabar perhimpunan Bersih itu.

Rozan Azen juga mendakwa, ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) dan ahli jawatankuasa masjid dan surau turut menyertai perhimpunan Bersih itu.

Sokongan meningkat

“Mereka telah berhubung secara langsung dengan kita dan mengatakan akan turun pada 9 Julai depan.

“Sokongan meningkat ini berlaku setelah AMK memakai baju Bersih 2, mereka mungkin telah melihat baju kami itu,” katanya lagi.

Rozan Azen mendakwa, Perkasa mengadakan perhimpunan pada masa yang sama dengan Bersih bagi membuat kacau dan mencetuskan huru hara.

Bagaimanapun, pemimpin muda PKR itu tidak mengetahui dengan tujuan Pemuda Umno turut mengadakan perhimpunan pada hari yang sama.

“Adakah Khairy Jamaluddin (ketua Pemuda Umno) menyokong tuntutan Bersih? Tetapi kita mahu Khairy menyatakan pendirian Pemuda Umno,” katanya.

Ahli AMK katanya akan memantau perhimpunan Berish tersebut kerana yakin akan ada pihak yang membuat provokasi sepanjang perhimpunan tersebut.

No comments:

Related Posts with Thumbnails