SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Saturday, July 23, 2011

SUHAKAM MINTA ORANG RAMAI TAMPIL SERAH BUKTI


Orang awam yang mempunyai bukti dan maklumat berhubung salah laku dan penggunaan kekerasan melampau oleh polis sebelum dan semasa perhimpunan Bersih 2.0 diminta menyerahkannya kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) sebelum 2 Ogos depan.

Bukti-bukti itu akan diperinchi oleh sebuah badan siasatan awam Suhakam bersabit perhimpunan aman 9 Julai itu yang menyaksikan ribuan orang awam ditembak dengan gas pemedih mata dan air berkimia.

Panel siasatan badan bebas itu akan dipengerusikan oleh naib pengerusi Suhakam, Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh Pesuruhjaya Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.

Dalam satu kenyataan, Suhakam berkata orang awam boleh memberi maklumat, dokumen serta bukti, termasuk rakaman video, gambar bersabit perhimpunan itu kepada pejabat suruhanjaya dengan segera.

Untuk pertanyaan dan penyerahan bukti, orang awam boleh menghubungi Ameer Izyanif Hamzah atau Encik Shahizad Sulaiman di Suhakam, Aras 13, Menara TH Perdana, 50250 Jalan Sultan Ismail atau hubungi talian hotline di 03 2612 5669 atau 5623.

Maklumat juga boleh disalurkan menerusi talian faks di talian 03 2612 5620 atau 5694 dan melalui e-mel: complaints@suhakam.org.my/humanrights@suhakam.org.my

Menurut kenyataan itu lagi, terma rujukan siasatan awam itu adalah seperti berikut :

1. Untuk menentukan sama ada terdapat apa-apa pelanggaran hak asasi manusia terhadap mana-mana individu atau pihak sebelum dan semasa perhimpunan pada 9 Julai 2011;

2. Jika pelanggaran hak asasi manusia telah berlaku, untuk menentukan:

i. Bagaimana pelanggaran itu terjadi.

ii. Apakah arahan pentadbiran dan prosedur, atau aturan yang menyebabkan pelanggaran tersebut.

iii. Individu atau agensi yang bertanggungjawab untuk pelanggaran tersebut.

3. Untuk mengesyorkan langkah-langkah untuk diambil bagi memastikan pelanggaran tersebut tidak akan berulang.

Tambah Suhakam lagi, suruhanjaya itu mempunyai kuasa untuk mengeluarkan Sapina kepada saksi-saksi yang berkaitan termasuk orang awam, media dan pihak polis.

"Kuasa ini adalah menurut seksyen 14 (1) (a) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 yang memberi kuasa kepada suruhanjaya untuk mendapat dan menerima segala keterangan, bertulis atau lisan, dan untuk memeriksa semua orang sebagai saksi sebagaimana yang Suruhanjaya merasa perlu atau patut diperoleh atau diperiksa," katanya.
Lebih 1,600 ditangkap oleh polis yang menyifatkan perhimpunan Bersih itu sebagai haram. Beberapa orang dilaporkan cedera termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengawal peribadinya, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

No comments:

Related Posts with Thumbnails