SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Monday, October 31, 2011

IBRAHIM PEKASAM ADA 'TEMAN BARU'


Pembelot parti PKR, Zulkifli Noordin yang baru-baru ini diangkat sebagai orang penting di dalam pertubuhan pro-Melayu, Perkasa boleh disimpulkan sebagai bersesuaian. Seperti pepatah yang mengatakan, “anda ialah apa yang anda makan atau sesebuah pertubuhan itu hanya sebagus pekerjanya sahaja.”

Yang sebenarnya, tidak ramai rakyat Malaysia yang mengenali Perkasa, pertubuhan sayap kanan orang Melayu yang riuh-rendah dan kasar menghamburkan kemarahan terhadap kaum lain. Samalah dengan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin itu. Sebab itu mereka sangat bersesuaian. Umpamanya, Perkasa boleh menelan Zulkifli tanpa keracunan makanan dan, Zul juga boleh membantu menggilap imej ekstrem dan perkauman Perkasa.

Ditendang keluar dari PKR hampir dua tahun yang lalu kerana masalah disiplin, ramai sumber dalaman menyatakan yang dia sudah lama tersepit kerana UMNO sudah menjeratnya atas sebab dokumen pilihanrayanya. Beliau digertak untuk mengosongkan kerusinya sekrianya dia tidak mahu meletak jawatan dalam PKR dan bekerja untuk UMNO. Akhirnya dia pun pergi selepas melakukan pelbagai masalah.

Bila beliau ditendang keluar bersama Ahli Parlimen Bayan Baru Zahrain Hashim, Perdana Menteri Najib Razak sangat gembira lalu mengundang mereka naik pesawat khas kerajaan pergi ke Amerika, berjalan di atas karpet merah dengan segala keistimewaan yang diberikan.

Ibrahim berjumpa 'teman sejati'

Sejak itu, karier politik dan kredibiliti mereka berdua terus jatuh. Kerana tidak berjaya untuk menyertai UMNO secara langsung atau hilang kredibiliti yang menipis, Zul akhirnya dilantik oleh Perkasa. Parti Gerakan yang terdesak pun tahu gerakan terdesaknya.

Di dalam Perkasa, Ibrahim Ali bersentuh bahu dengan Zul. Seperti burung yang terbang dengan burung sejenisnya, semakin jelas ketua Perkasa itu percaya yang dia akhirnya berjumpa dengan seorang leftenan yang boleh dipercayai setelah lama mencari.

Perkasa boleh sahaja menyatakan yang mereka bukan jentera politik, namun faktanya ia adalah sejenis binatang politik. Gerak-gerinya semua berkisar di sekeliling bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan melakukan apa yang diperintahkan, dan sesiapapun sahaja yang didukung atau mahu disokong oleh diktator berusia 85 tahun itu.

Kini, Perkasa yang berada dibelakang Zul boleh memulakan tugas baru dalam politik Melayu. Bagi orang bukan-Melayu yang sudah pastilah menjadi papan sasarannya boleh mengagak pelbagai kegemparan dan kebodohan yang ditujukan kepada mereka. Sudah arif dan bosan dengan keriuhan Ibrahim Ali, segelintir orang bukan-Melayu akan mengambil pusing pasal mereka, mungkin kecuali ada nilai-nilai hiburan dan jenaka di dalam ucapan-ucapan mereka seterusnya.

Tapi, apakah Zul mampu mengembalikan keinginan yang diimpikan Ibrahim Ali dengan membawa Perkasa ke satu tahap yang tinggi? Membantunya terhindar dari kepupusan mungkin satu yang agak sukar kerana Zul mungkin akan mempercepatkan kematian Perkasa pula!

Mahathir main tarik tali


Sebagai seorang peguam Syarie, Zul sering menonjolkan diri sebagai seorang Muslim yang warak.

Beliau pertama sekali telah menyerang PAS. Dengan semua kepandaiannya tentang Islam, Zul agak bebal bila menuduh pemimpin PAS mahu melaksanakan hukum hudud di Terengganu supa mereka boleh menghalalkan liwat dengan isteri mereka. Bagaimana beliau sampai kepada pemikiran yang berbelit itu tidak diketahui tetapi beliau dikatakan memetik enakmen hudud negeri Terengganu sebagai asas dakwaannya. Pemimpin-pemimpin PAS, sudah pastilah, mahukan darahnya dan merancang menghadapkan beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk tindakan lanjut.

Jadi secara asasnya, permainan Perkasa telah dibogelkan untuk dilihat semua. Ia akan terus bergerak atas dua platform iaitu sikap perkauman dan benci agama lain guna mengembleng tenaga dan menciptakan jurang antara kaum supaya UMNO dan Mahathir boleh terus berkuasa.

Ibrahim Ali yang mengasaskan Perkasa itu, mungkin tidak akan diambil serius lagi selepas ini tetapi sepertinya dia dan Perkasa sudah menjumpai sosok yang sesuai di dalam Zul Nordin. Apatah lagi reputasi Zul agak baik sedikit dari Ibrahim Ali.

Dari perspektif kaum, kedua-dua mereka adalah bermasalah. Di dalam ruang lingkup agama pula, Ibrahim tidaklah begitu warak. Sedih hendak dikatakan yang Zul adalah sedikit baik walaupun Perkasa sangat mengharapkan yang dia boleh memimpin mereka ke ‘jalan’ Islam yang benar. Seperti kebiasaannya, ramai pemimpin Islam yang akan menghindari beliau atau duduk berdekatan dengannya kerana takur imej mereka akan turut tercalar.

Dan untuk orang Melayu, pastilah ianya satu hari yang diselubungi kegelapan sekiranya negara ini diperintah oleh orang seperti Zul Nordin dan Ibrahim Ali walaupun sebenarnya dibelakang mereka ialah Mahathir!

- Malaysia Chronicle

SOI LEK NAK BERTANDING KAT PERAK KERANA 'RATU' NI KOT??

Apapun alasan yang akan diberikan oleh Michelle Yeoh, bintang Hollywood kelahiran Malaysia itu untuk bersara dari dunia bergemerlapan antarabangsa kepada adegan politik tempatan, beliau mungkin akan terlibat dengan BN dan MCA khususnya.

“Sesiapapun boleh menyertai politik jika orang itu mempunyai komitmen untuk berkhidmat dengan masyarakat. Tetapi, Michelle Yeoh akan menyertai MCA sekitanya beliau memilih politik. Beliau ialah penyokong tegar BN kerana bapanya Yeok Kian Geik merupakan pengerusi MCA Perak sebelum ini

Beliau turut bergambar sebagai ‘ratu’ BN semasa pilihanraya yang lalu menuntut rakyat mengundi BN. “Saya ragu tentang kelayakannya kerana beliau tidak pernah tidak-berpihak (imparsial) selama ini,” ujar Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming kepada Malaysia Chronicle.

Bukan ikon demokrasi, bukan pejuang pembebasan

Berita ini mungkin bukan sesuatu yang mengejutkan buat mereka-mereka yang arif tentang cerita-cerita di Ipoh, tanah kelahiran Michelle. Namun ini tidak akan menyekat peminatnya dari merasa kesal. Dengan menggunakan prinsip kira-kira yang sama, ianya agak sukar untuk orang Cina mengundi MCA jika beliau menyertai parti itu atau sekali lagi mengambil tempat sebagai ‘duta’ menjelang pilihanraya umum ke-13, diramalkan berlangsung dalam beberapa bulan terdekat ini.

Namun begitu, berita bintang Hollywood kelahiran negara ini terus mengundang daya tarikan apabila akhbar the Star milik MCA menulis artikel pendek, mengalu-alukan penyertaannya dalam politik.

Memetik sina.com, artikel itu menulis yang Michelle “akan membuat keputusan yang serius menyertai arena politik Malaysia menjelang pilihanraya umum kelak”. Namun, beliau tidak dapat dihubungi untuk kepastian berita itu tetapi ibu-bapanya memberik reaksi terkejut tentang berita itu.

“Saya dengar berita itu dari seorang kawan. Saya agak terhibur. Saya tidak tahu macam mana cerita itu wujud. Anak saya tidak pernah membincangkan soal politik dengan saya,” ibu bintang itu berkata sambil tertawa.

Di usia 49 tahun, Michelle mencuba bakatnya sebagai pelakon di kota Hong Kong dalam sebuah filem kung-fu sebelum dipanggil Hollywood untuk watak utama film popular antarabangsa Crouching Tiger, Hidden Dragon. Ironisnya, watak filem terbaru lakonannya sebagai ikon demokrasi Myanmar iaitu Aung San Suu Kyi – bercanggah dengan kedudukan dan cara hidupnya yang agak bermegah-megahan.

Soi Lek mahu ke Perak

Samada MCA yang sedang tenat ini berjaya memujuk Michelle masuk dunia politik atau tidak, parti itu telah menggunakan segala cara untuk memenangi beberapa kerusi di Perak untuk dilihat kemas oleh Perdana Menteri Najib Razak dan parti UMNO pimpinannya.

Presiden MCA, Chua Soi Lek juga dikatakan mahu bertanding di Perak. Soi Lek bukanlah seorang bintang Hollywood seperti Michelle tetapi beliau turut ‘berlakon’ dalam adegan lucah.

Dan lagi, tidak seperti Michelle, Soi Lek mungkin selamat sekiranya beliau bertanding di kawasan kuat UMNO di mana majoritinya orang Melayu berbanding dengan kawasan Cina di mana beliau tidak popular.

Bukan sahaja semua orang Cina negeri Perak marah dengan Najib kerana taktik jahat merampas Perak dari Pembangkang tetapi juga kerana perselisihan dengan Istana atas isu yang sama, ini ditambah lagi dengan Soi Lek yang terpalit skandal seks.

Oleh kerana video skandal seksnya muncul pada tahun 2007, mereka tahu yang beliau sangat terdedah kepada serangan dan tidak mungkin boleh bangun melawan untuk UMNO kalau untuk diri sendiri pun sudah agak susah.

“Beliau pasti akan dimalukan oleh pengundi Perak. Datang dan cubalah bertanding di Tanjung Malim atau gopeng,” cabar Nizar yang merujuk kepada dua kawasan kuat Pembangkang di negeri itu.

"Chua Soi Lek ialah masalah besar MCA. Beliau hanya menguasai 39% sokongan dari dalam parti apabila beliau dilantik sebagai presiden tahun 2010. Ia amat diketahui ramai yang skandal seksnya tidak akan membantu parti itu. Kita serahkan kepada rakyat negeri Perak untuk menentukan, tetapi Chua sedang menguji moral masyarakat dan kita ramalkan pengundi akan menolak beliau,” ujar Kor Ming.

- Malaysia Chronicle

Sunday, October 30, 2011

MARAH NAMPAKNYA ALKATAKI@PEKASAM NI...

Ahli Parlimen Datuk Ibrahim Ali menasihatkan PAS tidak terlalu “angkuh dan takbur” kononnya ia boleh menang di bahagian Parlimen Pasir Mas yang menjadi rebutan antara tiga parti termasuk calon bebas sejak beberapa pilihan raya umum lalu.

“PAS makin bongkak . . . takbur . . . mana mereka tahu siapa menang siapa kalah? PAS ini sudah ganti Tuhan ke?” kata wakil rakyat ini ketika diminta mengulas mengenai kenyataan kepimpinan PAS kawasan Pasir Mas bahawa parti Islam itu pasti Ibrahim, yang pada pilihan raya umum 2008 menang atas tiketnya tetapi mengiytiharkan dirinya sebagai wakil bebas dan seterusnya menyerang mereka, akan kalah jika bertanding semula di kerusi tersebut.

Justeru kata Ibrahim (gambar), pada pilihan raya umum 2004, PAS mendakwa akan menang besar di Kelantan tetapi hanya dapat mengekalkan kerajaan negeri dengan perbezaan dua kerusi hasil bantuannya.

“Tapi nyawa ikan dengan majoriti dua kerusi (Dewan Undangan Negeri) DUN . . . nasib baik saya bantu dengan bertanding bebas... pilihan raya umum 2008, PAS tidak tahu akan berlaku tsunami politik. Kalau PAS tahu, pasti PAS tidak beri laluan kepada saya,” kata beliau lagi.

Ibrahim memberitahu, “puak PAS ini kepala besar, cuma otak kurang dan lebih jijik, takbur.”

Ibrahim yang juga Presiden Perkasa menambah, beliau tidak kisah menang atau kalah, tetapi kalau satu lawan satu pasti PAS akan kalah teruk kali ini.

“Nasihat saya, jangan terlalu bongkak, angkuh dan takbur. Sama-sama kita tengok, kalau panjang umur, siapa yang terbujur,” katanya lagi.

Ibrahim menambah, PAS sememangnya berharap Barisan Nasional (BN) tidak memberi laluan kepadanya pada pilihan raya umum kali ini.

“PAS tahu, jika satu lawan satu, dengan saya, insya-Allah, kita tengok siapa berputih mata. Sebab itu, PAS harap bukan (saya) Tok Him calon.

“Maka PAS lancar perang saraf. Tapi perang saraf yang mengelabah,” katanya lagi sambil menambah, “PAS Kelantan (seolah-olah) sakit tenat dengan pelbagai penyakit.”

Dalam satu laporan dibawa Harakahdaily semalam, Yang Dipertua PAS Pasir Mas Hanipa Ahmad berkata, Ibrahim akan kalah jika bertanding semula di bahagian tersebut pada pilihan raya umum ke-13.

Hanipa berkata, jentera pilihan raya parti kawasan tersebut tidak gentar walau siapa pun calon yang bertanding dari Barisan Nasional (BN) di bahagian Parlimen Pasir Mas.

Katanya, pihaknya yakin kerana pada asalnya kawasan Parlimen Pasir Mas adalah ‘kubu’ parti itu.

Ibrahim tewas pada 2004 tetapi menang empat tahun kemudian apabila bertanding atas tiket PAS.

Selepas pilihan raya umum 2008 Ibrahim mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas.

Hanipa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pengkalan Pasir berkata, isu kerusi Pasir Mas ditandingi Ibrahim dengan menggunakan tiket PAS pada 2008 “itu kira (sudah) selesai.”

“Sekarang ini kita berkemungkinan besar dalam pilihan raya umum ke-13 akan berhadapan dengan Datuk Ibrahim Ali yang akan menggunakan ‘dacing’ (lambang BN). Itu kemungkinan besar. Jadi kita sudah bersip sedia untuk menghadapi segala kemungkinan,” katanya lagi.

Pada Mac 2008, Ibrahim memenangi kerusi Pasir Mas dengan majoriti 8,991 undi dengan menewaskan calon BN Ahmad Rosdi Mahmad.

Pada 2004, kerusi Pasir Mas dimenangi oleh Ismail Noh dari PAS dengan memperoleh 17,526 undi, Abd Rahim Abd Rahman yang mewakili BN mendapat 16,275 undi dan Ibrahim pula 6,198.

HUDUD: TUN M DI BIDAS


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyelar Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menegaskan bekas perdana menteri itu tidak memahami hukum hudud secara mendalam menyebabkan beliau berpandangan sistem perundangan itu akan menyebabkan ketidakadilan.

Kelmarin, Dr Mahathir mempertikaikan hasrat PAS mahu melaksanakan hukum hudud kerana menurutnya, perundangan Islam itu akan membawa kepada sistem keadilan yang berat sebelah kepada masyarakat Muslim dan bukan Muslim di negara ini.


TG Haji Hadi
berkata kenyataan itu membuktikan Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno tidak mengkaji secara terperinci undang-undang hudud.

“Dia (Tun) ini tidak baca habis undang-undang hudud, hudud bukan setakat potong tangan, orang kudung tangan, undang-undang ini lebih kepada memberi peringatan kepada masyarakat untuk tidak melakukan jenayah.


“Soal tidal adil ini, memang sudah ada perbezaan antara Muslim dan bukan Muslim, undang-undang perkahwinan, perceraian, semua berbeza,” jelas Hadi lagi.


Tambah Hadi, pelaksanaan hudud bukanlah semata-mata berkenaan hukuman, sebaliknya ia lebih kepada mencari jalan penyelesaian untuk membebaskan pesalah daripada dijatuhkan hukuman sewenang-wenangnya.


“Hudud tidak menjatuhkan hukuman secara membuta tuli, ada beberapa faktor yang tidak akan dikenakan hukuman, mencuri ketika kelaparan, mencuri kerana kemiskinan, mencuri di kawasan lapang, ini semua tidak akan dikenakan hukuman.


“Sekiranya pesalah dibawa kepada hakim, mereka bukan mencari jalan untuk menjatuhkan hukuman, sebaliknya mencari jalan untuk mengelakkan pesalah daripada dihukum,” tegasnya.

Friday, October 28, 2011

HUDUD BOLEH DILAKSANAKAN



Hudud boleh dilaksanakan di negara ini dengan melakukan pindaan ke atas Akta Mahkamah Syariah.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohd Isa Abd Ralip berkata, pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) Pindaan 1988 perlu dilakukan supaya masyarakat boleh merasai apa yang dikatakan hukuman hudud.

Katanya, tujuan pindaan itu adalah untuk memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah dan jabatan agama Islam di negara ini supaya lebih dipandang berkredibiliti bagi melaksanakan hukum hudud.

Menurutnya, sebelum ini Mahkamah Syariah tertekan dengan Akta Mahkamah Syariah 1988 yang mengehadkan hukuman syariah kepada ‘formula 356’, iaitu penjara maksimum tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan, dilihat tidak menggerunkan masyarakat.

“Sama ada akta boleh pinda atau tidak, itu soal lain. Tepuk dada tanya selera, sama ada hendak buat atau tidak mahu. Tidak ada masalah kalau hendak laksanakan hudud. Sebelum ini kita dengar, apa yang dibuat oleh Kelantan bertentangan dengan Perlembagaan sebab setiap Kerajaan Negeri tidak boleh membuat sesuatu undang-undang yang bertentangan Perlembagaan (akta).

“Dikatakan bahawa undang-undang (enakmen) yang dibuat itu, apabila berlawanan dengan akta, maka ia terbatal.

“Bila kita lihat dari segi perkembangan hudud, kita tengok balik Perlembagaan, saya setuju dengan Aziz (Pakar Perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari) yang mengatakan bahawa dalam pelaksanaan hudud ini, dengan apa yang ada (enakmen) di Kelantan dan Terenganu, tidak berlawanan dengan Perlembagaan.

“Apa yang perlu diubah ialah akta bidang kuasa yang mengehadkan bidang kuasa mahkamah syariah itu. Jadi, kalau kita hendak buat (pindaan) maka itu kekangannya,” tegasnya.

Mohd Isa berkata, bagaimanapun, semua kekangan dari sudut perundangan mahupun enakmen perlu dikaji dan diteliti, bukan hanya akta yang perlu dipinda.

“Bukan senang hendak laksanakan hudud dari segi undang-undang kerana ada kaitan enakmen-enakmen lain.

“Prosedur jenayah dan cara pelaksanaan siasatan itu bagaimana; bagaimana kita hendak sebat, hendak potong tangan atau contohnya, bagaimana kita hendak laksanakan hukuman buang daerah. Semua prosedur kena mantap,” katanya.

Beliau berkata, memang diakui mahkamah syariah dan jabatan agama dilihat lesu hingga timbul pandangan tidak yakin dengan kredibilitinya untuk menjalankan hudud.

“Kita kena berpegang kepada Islam dan yakin Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama Persekutuan. Jadi berilah peluang (kepada mahkamah syariah).

“Kita nampak ada kelemahan tertentu tetapi dengan adanya kebaikan hudud ini untuk dilaksanakan, maka kita nampak bahawa mahkamah syariah akan dinaikkan taraf dari segi bidang kuasa di mana sebelum ini kita hanya tertekan dengan ‘356’.

“Dengan adanya akta pindaan bidang kuasa, maka bidang kuasa mahkamah syariah akan menjadi luas,” katanya.

Menurutnya, hukuman kesalahan jenayah syariah seperti zina yang hanya mengenakan denda RM3,000 atau hukuman denda ke atas kes khalwat juga dilihat ringan kerana setiap pesalah jenayah syariah mampu mengikut perintah hukuman itu.

“Dengan adanya pindaan, akan beri ruang kepada akta tersebut bukan sahaja kepada Kelantan tetapi negeri-negeri lain yang belum hendak laksanakan hudud, boleh meminda enakmen atau kes jenayah syariah bagi meningkatkan hukuman tadi.

“Kita nampak ada kelemahan tetapi pindaan terhadap Enakmen Prosedur Mal Mahkamah Syariah dan Jenayah Syariah atau apa jua perkara yang perlu dibuat, maka ia akan memperkasakan mahkamah syariah,” katanya.

Thursday, October 27, 2011

JOM SANTAI2 NENGOK KARTUN....TAHUN 3000

Hari-hari kita asyik baca politik2 tanahair yg tak akan habis2 ni,apa salah kita santai2 malam ni melihat gelagat2 kartun ni,hilang gak strees....malam2 ni aku dok jalan2 mencari bahan bacaan,terjumpa le kartun ni.Jom kita renung2kan ada ke benda ni akan berlaku tahun 3000 nanti.Kita pun rasanya dah tak de kat dunia ni dah.Tapi tak pe le kita ambik mana yg elok aje...


gambaran tahun 3000,tahun 3000,rasional,fakta atau auta,bukan sebarang blog,blog power,bloghebat,blog hebat,bucublog,blogberbucu,blog bersegi,oh bucu,buculers,salam berbucu,fakta lucu,fakta lucu 2011,fakta menarik 2011,fakta menarik dunia,fakta pelik,fakta yang wajib diketahui,blogserius,serius,paling lawak,paling kelakar,ketahui fakta yang menarik,serius,fakta yang awesome,super awesome,pic paling awesome,pic paling lawak, fakta benar,terbukti benar,percaya atau tidak,semuanya pasti,wujud,fakta terhebat,bukan dongeng,fakta sains,100% adalah fakta,bukti penemuan terpenting dalam sejarah,oh lawak,oh kelakar,oh serius,oh cool,pervert,sejarah hari ini
















UMNO/BN GUNA "SENJATA" 3R UNTUK KEKALKAN KUASA

Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang semakin lemah telah menggunakan “senjata” 3R bagi mengekalkan kuasa serta pemerintahannya.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mendakwa Umno dan Barisan Nasional telah memanipulasikan isu Raja-raja, agama dan perkauman bagi kepentingan politiknya.

Menurutnya, Umno-BN yang semakin hilang sokongan rakyat dan ‘lemah’ sanggup melakukan apa sahaja bagi mengekalkan kuasa memerintah negara.


“Kita (PAS) lihat mereka (Umno-BN) menggunakan isu 3R iaitu hal Raja, Agama dan Perkauman (Royal, Religion, Race) kerana mereka tidak dapat menggunakan isu yang lain.

"Contohnya, isu pembangunan (yang) popular pada tahun 60an dan 70an, sekarang sudah tidak boleh digunakan lagi,” ujarnya ketika berucap pada program Ceramah Penerangan Isu-isu Semasa di Kampung Kubu Pengkalan Berangan dekat sini pada Isnin 24 Oktober.

Ini kerana, katanya isu-isu pembangunan seperti pembinaan jalan raya tidak berkesan lagi bagi mempengaruhi pemikiran rakyat.

Menurutnya, pada zaman ‘internet’ yang menggunakan teknologi maklumat didapati kalangan generasi muda tidak mudah terpengaruh dengan propaganda kerajaan.

“Kita lihat hari ini, isu-isu pembangunan seperti pembinaan jalan raya dan pembangunan lain tidak memberi apa-apa kesan lagi untuk mempengaruhi pemikiran rakyat.

“Ini zaman internet, zaman teknologi maklumat dan anak-anak muda tidak mudah terpengaruh dengan pro-paganda pihak kerajaan,” jelasnya.

Malah, kata Mohamad isu pada masa kini yang dilihat penting oleh rakyat adalah berkaitan ‘integriti’ serta kepimpinan sesebuah kerajaan.

Menurutnya, rakyat sedang melihat dan memerhati sama ada berlaku pembaziran atau penyelewengan dalam sesuatu projek pembangunan yang dilaksanakan.

Tambah beliau, meski pun Umno-BN gagal dalam percubaan memutar-belitkan isu tetapi pelbagai usaha dilakukan bagi mengekalkan kuasa pemerintahannya.

Wednesday, October 26, 2011

DAH SIAR BARU NAK MINTA MAAF...ITULAH RTM

rancangan kartun Rancangan Kartun Nabi Nuh Telah Disiarkan Di TV2. RTM Mohon Maaf!!

Kalau ada lihat keratan gambar rancangan kartun yang telah ditayangkan baru-baru ini, adakah anda dapat meneka gambaran cerita yang ingin disampaikan. Kartun ini dihasilkan oleh Walt Disney. Yang menjadi pertikaian sekarang ini ialah isi kandungannya dikaitkan dengan sebahagian sejarah Nabi Nuh sehingga terdapat wataknya yang disamakan dengan Nabi Nuh :

KUALA LUMPUR: Penyiaran sebuah rancangan kartun terbitan Walt Disney di TV2 yang menggambarkan Nabi Nuh a.s bersama keluarga dan sekumpulan haiwan menyiapkan bahtera bagi menghadapi banjir besar berlaku secara tidak sengaja. Sehubungan itu, pihak RTM khususnya TV2 memohon maaf atas kejadian itu dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang bagi memastikan ia tidak berulang lagi.

RTM dalam satu kenyataan turut berharap penonton akan terus memberi maklum balas untuk menambah baik kandungan siaran TV2. Menerusi rancangan kartun slot Mickey Mouse and Friends yang disiarkan kira-kira jam 8.30 pagi semalam, Nabi Nuh digambarkan sebagai seorang lelaki gempal, berjanggut panjang dan botak sedang memegang pelan membuat bahtera.

Bahtera itu disiapkan tiga anak lelaki, menantu dan isterinya bersama sekumpulan haiwan yang turut bertindak menggunakan kemahiran masing-masing bagi memudahkan penyiapan kapal besar itu sebelum banjir tiba.

Dah nama pun Walt Disney, ikut suka mereka sahaja nak hasilkan rancangan kartun yang sbeegini rupa. Disebabkan mereka kafir, mereka ini jahil sehingga menyebabkan mereka tidak sedar yang membikin filem atau rancangan kartun yang menyamakan wajah Nabi termasuk jugalah Nabi Nuh seperti rancangan kartun yang telah ditayangkan di TV2 sebelum ini, sebenarnya tidak boleh dalam Islam.

Tapi yang jadi masalah & peliknya kita sendiri yang bawa rancangan sebegini dari luar ke Malaysia dilihat kurang peka. Apabila kita sendiri yang ambil rancangan kartun dari luar termasuklah dari Amerika, jadi pihak RTM “mesti lebih peka” & tidak mengambil mudah sahaja setiap rancangan yang ingin disiarkan. Kalau buat kartun sendiri (buatan tempatan, semestinya unsur-unsur sebegini tidak ada.

BONGKAR HUTANG NEGARA.....BOLEH KE BAYAR??

ketua audit negara1 (Bongkar) Laporan Ketua Audit Negara Dedah Hutang Malaysia RM 362 Bilion!

Sekali lagi, Laporan Ketua Audit Negara membongkar segala masalah yang berlaku di dalam Malaysia. Dan kali ini, Tan Sri Ambrin Buang membuat kenyataan bahawa hutang sebenar negara adalah RM 362.39 bilion! Jauh dari kenyataan Perdana Menteri semasa ucapan Bajet 2011 tempohari iaitu RM 233.92 bilion.

Berikut di bawah merupakan petikan teks kenyataan dari Ketua Audit Negara

Ketua Audit: Hutang negara pada paras tertinggi

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hari ini mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK), kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara, kata beliau dalam laporan tahunan terbaru yang di bentangkan di Parlimen hari ini.

Hutang RM362.39 bilion ringgit yang disebut dalam laporan audit itu juga jauh lebih tinggi daripada RM233.92 billion yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Jun lalu.

Ketika itu Najib juga mendakwa hutang itu hanya mencakupi 34.3 peratus KDNK.

Dalam laporannya hari ini, Ketua Audit Negara menjelaskan hutang kerajaan meningkat dengan mendadak kerana hutang dalam negara yang semakin membesar.

Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan

Dari sini, dapat dilihat Perdana Menteri kita tidak bersifat jujur dalam menutur apa yang sebenarnya berlaku. Rakyat berhak tahu dalam perkara ini. Hutang sebenar Malaysia iaitu RM 362.39 bilion itu adalah mencakupi lebih dari 50% KDNK, iaitu pada 53.7 peratus. Bermakna Malaysia telah berada dalam keberhutangan yang agak serius buat pertama kali dalam sejarahnya sendiri.

Soal kami di sini, mengapa perlu berdolak-dalih untuk mengatakan perkara yang benar? Kalau hutang negara RM 362.39, cakap betul-betul. Tak perlulah nak menipu dalam ucapan Bajet 2011 tempohari dengan mengatakan hutang Malaysia berjumlah RM 233.92 Bilion.

Sangat besar perbezaan nilai di situ iaitu lebih RM 130 bilion! Bukan RM 130. Seperti artikel yang kami paparkan pada tempohari berkenaan hutang negara yang perlu dilunaskan dalam tempoh tiga tahun, dengan kenyataan dan angka terbaru yang diberikan oleh Ketua Audit Negara ini, sah Malaysia telah berhutang melebihi KDNK yang sepatutnya berada pada paras maksimum 40%.

Dengan jumlah hutang sebenar yang banyak ini, ditambah pula dengan pelbagai lagi Projek Mega yang bakal dibina seperti Menara Warisan dan yang lain-lainnya, di mana sebenarnya terletak slogan ” Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan”?

Sudah pasti dengan jumlah hutang yang besar ini, kerajaan juga terpaksa memikirkan cara untuk mengaut kembali wang-wang yang telah dibazirkan. Dan di antara langkah-langkah yang pasti, adalah menaikkan cukai, dimana kerajaan dapat memungut hasil secara langsung dan tidak langsung.

Akhirnya, ianya kembali membebankan rakyat. Mungkin golongan rakyat yang mewah, tidak merasakan apa-apa, namun kita perlu ingat bahawa, golongan rakyat di Malaysia ini juga dah jadi macam Piramid. Di mana, golongan pertengahan dan golongan miskin yang menjadi mangsa di atas kecuaian dan pembaziran kerajaan.

Janganlah memperbodohkan rakyat lagi macam apa yang berlaku tidak lama dulu semasa ingin menaikkan harga barangan. Cakap sahaja harga barang perlu dinaikkan, tidak perlu cakap “Penyelarasan Harga Barang”, untuk menidakkan maksud sebenar yang tidak difahami oleh rakyat.

Cuma satu sahaja yang kami fikirkan, adakah Laporan Ketua Audit ini sebenarnya memberikan kesan kepada pemerintah sekarang. Macam tahun lepas juga, pelbagai skandal yang dapat dibongkarkan seperti Skandal Projek Landasan Berkembar Eletrik dan Skandal PKFZ yang akhirnya, senyap begitu sahaja.

BERSEDIA UNTUK PRU 13

Semua jentera pilihanraya PAS dan Pakatan Rakyat diminta meneruskan kerja-kerja untuk mencapai kemenangan pada pilihanraya umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali meramalkan, PRU13 akan diadakan sekitar bulan Februari hingga April tahun hadapan (2012).

Menurutnya, walaupun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mahu PRU13 dilewatkan, namun Najib dijangka mememanggilnya lebih awal keana beliau takut rahsianya terbongkar.

"Najib nak cepat sikit, Mahathir dengan Muhyiddin nak lewat lagi, psl apa begitu, Najib nak cepat takut rahsianya terbongkar,

"dia (Najib) nak cepat kerana dia takut dipanggil menjadi saksi dalam perbicaraan di mahkamah Perancis,"ujarnya ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Ceraah Penerangan di Kampung Kubu Pengkalan Berangan dekat sini, Isnin 24 Oktober.

Kataya, menurut sumber, Mahkamah di Perancis sudah mengemukakan kes yang membabitkan dakwaan memberikan rasuah kepada pemimpin Malaysia termasuk Najib.

Sekiranya, Najib dipanggil menjadi saksi dalam kes tersebut, kata beliau, ia akan memberikankan imej yang huruk bukan sahaja kepada Najib malah kepada Malaysia.

Oleh itu, katanya, Najib akan memanggil PRU-13 sebelum beliau dipanggil menjadi saksi dalam perbicaraan yang turut berkait dengan kes pembunuhan model warga Mongolia, alTantuya.

Mengulas lanjut tentang tarikh pilihanraya, menurut Dato' Musatafa, PRU13 tidak akan diadakan kecuali selepas sambutan Tahun Baru Cina pada bulan Januari.

"Bulan sebelas (November) musim orang pergi Haji, tak mungkin diadakan (PRU13) pada musim Haji, awal bulan Dua Belas (Disember) Perhimpunan Agung Umno

"dan akhir bulan, Najib nak menikahkan anaknya, bulan Januari Tahun baru Cina, jadi sebab itu, pada saya (PRU1) akan diadakan selepas raya Cina,"jelasnya.

Beliau menambah, PRU13 akan diadakan selewat-lewatnya pada bulan April, kerana 13 Mei adalah tarikh 'khurafat' bagi Umno yang takut kepada peristiwa rusuhan tersebut yang berlaku pada tahun 1969.

BOLEH PAKAI KE DIA NI???

Ahli akademik, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mendakwa kajian menunjukkan ke atas kaum berbangsa Cina di Malaysia mendapati golongan itu cenderung untuk memilih pemimpin yang korup berbanding pemimpin yang menegakan negara Islam.

"Mana satu yang kaum Cina suka antara PAS dan UMNO, dia (kajian) kata kaum Cina sedia maklum kepimpinan UMNO itu korup, PAS satu kepimpinan yang berintegriti, tetapi antara kepimpinan negara Islam dengan kepimpinan korup, kaum Cina akan memilih calon yang korup daripada memilih calon yang akan menegakkan undang-udang Islam."

Ridhuan berkata demikian dalam Wacana Sinar (Siri-8) Hudud-Dilema dan Pelaksanaan dipremis Kumpulan KarangKraf di sini hari ini.

Ridhuan menggambarkan persepsi seumpama ini adalah antara kekangan yang membataskan pelaksanaan hudud di Malaysia.

"Saya melihat persepsi masyarakat cina terhadap Islam ini tidak nampak peningkatan yang begitu baik, kita lihat tersebut tidak berubah."

Ridhuan yang juga merupakan Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia itu turut mempersoalkan sejauh mana umat Islam bersatu sebagai persiapan mendepani persepsi negatif bangsa lain terhadap Islam.

Mendepani permasalahan ini, Ridhuan antaranya berpandangan agar PAS dan UMNO bergabung untuk sama-sama memainkan peranan melaksanakan hudud.

"Tidak ada cara lain, mereka perlu duduk semeja bincang masa depan agama kita ini supaya tidak dipijak-pijak sedemikian rupa."

Wacana Sinar antara lain menampilkan Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah dan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohd Isa Abd Rasip sebagai panel.

Aku kata:Cakap tak serupa bikin riduan tee ni,selalu sangat dia mengutarakan hujah2 yg bertentangan dengan kepimpinan Pas,ada ke suruh berbincang dengan umno tentang hudud..dah terang2 umno tu tak nak kan hudud,si najib pun dah bagi tau yg hudud tak kan di laksanakan di Malaysia .Bila dok ceramah dalam tv asyik tibai kepimpinan Islam,yg pemimpin umno dia angkat macam nak rak...biasa lah kalau dah dapat habuan yg baik???

Monday, October 24, 2011

17 HARI BERLALU...INI LE LAPORANNYA


Laporan Ketua Audit Negara yang diserahkan di dewan rakyat selepas tertangguh selama 17 hari ternyata mengandungi beberapa pendedahan mengejutkan.Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang ‘binocular marine’ atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010.Jabatan itu juga membayar jumlah yang sama bagi sepasang binocular visi malam jenama Bushnell, atau 1,893 peratus lebih tinggi daripada harga sebenar RM2,827

Ia juga didapati ‘terlebih bayar’ RM38,470 dan RM13,918 bagi set radar Colour Marine berharga RM8,255 dan sebuah TV LCD dengan pemain cakera DVD bernilai RM16,100 dan RM2,182 masing-masing.

Barangan lain termasuk:

  • Komputer riba dan pencetak warna berharga RM3,428 pada harga RM11,845 (lebihan 246 peratus)
  • Hand-held portable VHF Transceiver berharga RM1,561 pada harga RM4,324 (lebihan 177 peratus)

“Semakan audit mendapati tiada bukti JTLM telah membuat kajian pasaran sewajarnya.

“Bagaimanapun, pihak JTLM mempunyai anggaran harga pasaran yang tidak dapat dikenal pasti asas perkiraannya.

“Analisis Audit mendapati perbezaan harga ketara antara 177 peratus hingga 2,805 peratus terhadap kadar harga yang ditetapkan dalam kontrak berbanding anggaran harga pasaran,” kata laporan audit yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Manakala harga komputer riba Acer Aspire 3935 yang sepatutnya berharga RM3,428 pada harga pasaran dibeli dengan harga RM11,845.

Perbezaan harga sebanyak RM8,417 itu adalah 246 peratus lebih tinggi berbanding harga asal.

Selain itu, pemain LCD dan TV LCD dibeli dengan harga RM16,100 berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM2,182 sahaja.

Sementara peralatan walkie talkie pula dibeli pada harga RM4,324 sedangkan harga pasaran hanyalah RM1,561 bagi setiap unit.

Selain itu, Majlis Sukan Negara (MSN) membeli 23 ekor kuda berjumlah RM5.66 juta secara runding terus tanpa mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.

Lebih mengejutkan, lapan belas daripadanya yang dibeli bagi menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak dikategorikan sebagai tidak layak dan terpaksa diserahkan kepada pelbagai jabatan kerajaan.

Ini kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 itu gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale.

Dari jumlah itu, hanya lima kuda didapati layak untuk memasuki pertandingan di peringkat kejuaraan dunia.

Pemilihan itu dibuat oleh jawatankuasa direktorat World Endurance Championship, yang diketuai ketua pengarah Institut Sukan Negara (ISN), termasuk doktor veterinar, pegawai teknik dan pengurus projek.

Kuda-kuda itu dibeli daripada Equine Centre Sdn Bhd (enam ekor) bernilai RM1.98 juta, El Ranco Country Club (13) dengan harga RM2.48 juta, Royal Terengganu Endurance Stable (dua) pada harga RM0.58 juta Toft Endurance Pty Ltd (dua) dengan nilai RM0.62 juta

Lapan belas kuda yang ‘ditolak’ itu berharga RM3.94 million dan telah diagihkan kepada beberapa agensi kerajaan iaitu Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (tiga kuda)Unit berkuda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (tiga), Pusat equestrian Angkatan Tentera (dua), Universiti Putra Malaysia (tiga), Universiti Teknologi Malaysia (dua), Majlis Sukan Terengganu (dua) dan Royal Terengganu Endurance Stable (lapan).

Sunday, October 23, 2011

NI BARU BEG TANGAN JE....

Betapa bergemerlapan kilauan intan berlian cincin Rosmah yang bernilai RM24.4 juta hingga cerita mengenainya begitu sukar hendak dimalapkan.

Kini heboh pula mengenai koleksi beg tangan berjenama termasuk beberapa koleksi 'one of its kind in the world' yang menjadi milik suami Najib, Rosmah Mansor.

Kemewahan Rosmah berbelanja, pastinya dicemburui oleh Wanita Pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama yang menadi isteri manusia paling berkuasa di atas muka bumi.

Antara jenama yang paling digemari Rosmah ialah daripada koleksi Birkin yang boleh mencecah hingga harga USD120,000 (kira-kira RM360,00). Malah ada beberapa daripada koleksi beliau merupakan 'hanya satu-satunya' yang terdapat di dunia!

Alahai, makcik-makcik di Felda, hangpa dapat apa dengan bermati-matian suami-isteri memberikan sokongan kepada parti Rosmah suami/isteri untuk terus kekal berkuasa.

Hermes Matte Crocodile Birkin Bag: $US120,000 (gambar kanan)

Dinamakan sempena nama seorang penyanyi dan penulis lirik Peranchis Jane Birkin, beg tangan yang ditunjukkan di sini, hanya dijual di rumah lelongan Doyle, di New York. Penutup beg selebar 30 sentimeter dihiasai 10 karat berlian putih manakala keseluruhan beg diperbuat dengan kulit buaya. Dan inilah satu-satunya beg yang terdapat di pasaran di seluruh dunia!

Dan kita tengoklah sendiri pelbagai beg tangan yang sentiasa berbeza ketika Rosmah menghadiri pelbagai majlis dan resepsi...

Rosmah menggayakan beg tangan Hermes Birkin Elephant Matte Crocodile yang ketika mula ditawarkan pada harga USD98,500 dan akhirnya mencecah lebih USD120K! Bergaya beb...

Kita perlu belajar bagaimana Rosmah mampu menabung sejak kecil untuk membeli cincin berlian RM24.4 juta dan pelbagai beg tangan yang jika dukumpul, mungkin mencecah jutaan Ringgit. Bijak Rosmah menabung...

utaraonline

Saturday, October 22, 2011

FITNAH ANAK LGE...LEPAS NI APA BLOG BNAPCO NAK PUTAR LAGI?

corke01-oct17

Seorang pelajar perempuan, yang gambarnya digunakan oleh blog-blog pro-Umno untuk mengaibkan anak lelaki Lim Guan Eng kononnya telah melakukan gangguan seksual ke atasnya, hari ini menafikan dia mengenali atau pernah berkawan dengan remaja berkenaan.

Dalam satu kenyataan ringkas dikeluarkan hari ini, juara sukan catur Anya Sun Corke (gambar) menegaskan, gambarnya telah digunakan secara tidak wajar tanpa pengetahuan atau keizinannya.

“Hakikatnya, saya tidak pernah dijadikan mangsa dalam mana-mana keadaan oleh budak ini atau keluarganya,” kata Corke lagi.

Corke yang sedang belajar di Wellesley College, Amerika Syarikat, berkata, dia terkejut dan kecewa dengan perkembangan ini.

“Saya berharap bahawa ia tidak akan berulang,” katanya lagi.

Dia seterusnya berkata, “saya tidak pernah melawat Malaysia sejak tujuh tahun yang lalu.”

“Saya tidak pernah bertemu atau mendengar mengenai mana-mana pihak yang terlibat (dalam isu ini). Saya pun tidak pernah diserang secara fizikal dalam apa jua cara,” katanya sambil menambah, dia bersimpati dengan remaja terbabit.

Kenyataan Corke dikeluarkan dua hari selepas DAP mendedahkan gambar, yang digunakan oleh blog-blog pro-Umno untuk melontarkan dakwaan serangan seksual terhadap anak lelaki Lim, sebenarnya merupakan juara catur berusia 21 tahun dari Hong Kong.

Corke yang kini mewakili England tiada kaitan dengan Pulau Pinang dan tidak pernah belajar bersama dengan anak lelaki Lim di George Town, kata DAP kelmarin.

Pemblog-pemblog pro-Umno termasuk ketua Umno Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri mendakwa anak lelaki Ketua Menteri telah mengganggu pelajar perempuan satu kelas dan telah cuba mengelak hukuman dengan menggunakan nama bapanya.

Kelmarin, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menunjukkan paparan skrin dari blog Dr Novandri dan Papagomo dan dipadankan dengan gambar-gambar dari laman web www.chessbase.com.

“Papan catur telah dipadamkan. Tanpa ragu-ragu, ia menunjukkan bahawa dakwaan mereka tidak lain tidak bukan hanya satu pembohongan yang kejam,” katanya.

Pengetua sekolah anak lelaki Lim pernah juga telah menafikan dakwaan sedemikian.

Lim, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP awal minggu ini telah mengecam tindakan blog-blog pro-Umno dan beberapa pemimpin Umno yang mengaibkan beliau dan anaknya dengan dakwaan tidak berasas.

Friday, October 21, 2011

SISWA SISWI MAKIN BERANI

Kira-kira 700 orang siswa-siswi berhimpun selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk mempertahankan pensyarah Undang-Undang UIAM, Profesor Abdul Aziz Bari. Malah mereka bertegas, seandainya tiada tindakan sebelum lawatan Perdana Menteri pada 25 Oktober, mereka tidak menolak kemungkinan untuk berhimpun sekali lagi dan menyerah memorandum kepada Najib Razak.

Ketika berucap pada kira-kira jam 1.50 petang tadi, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Razab berkata pihak universiti perlu adil ketika siasatan dijalankan, malah seharusnya "lawan ilmu dengan ilmu", dan bukannya "lawan ilmu dengan gantung".

Profesor Abdul Aziz Bari, 52, pensyarah Undang-Undang UIAM digantung dari tugasnya semalam, dipercayai ada kaitannya dengan kenyataan beliau ketika mengulas isu campur tangan Sultan Selangor dalam kes pemeriksaan JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama. Sebelum beliau diambil tindakan oleh pihak UIAM, beliau disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan pihak polis di bawah Akta Hasutan.

Seterusnya, Ahmad Syukri Razab memimpin perarakan ke pejabat Rektor, namun dihalang oleh kira-kira 30 orang pegawai keselamatan dan polis. Pertembungan fizikal berlaku, sehingga pergelangan tangan kiri Ahmad Syukri Razab dicederakan, malah beliau kehilangan satu kasutnya. Beliau berkata dirinya hanya mengalami luka ringan, ketika ditanya wartawan selepas itu.

Bagaimanapun, siswa-siswi berjaya untuk menyerah memorandum kepada Timbalan Rektor, pada kira-kira jam 2.20 petang. Pada masa yang sama, dua orang Naib Presiden PKR, Nurul Izzah dan Tian Chua turut hadir untuk memberi sokongan kepada siswa-siswi dan Abdul Aziz Bari. Perhimpunan bersurai selepas memorandum diserahkan.

Selain SMM, pertubuhan siswa-siswi yang hadir termasuklah DEMA, PKPIM, GAMIS, KARISMA, Pro Mahasiswa Nasional, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Majlis Perwakilan Mahasiswa Negara, Legasi Mahasiswa Progresif UPSI, Mahasiswa Pendidik UPSI dan lain-lain.

Di samping itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar bawah, berbaju biru) dihalang daripada masuk ke masjid hari ini, dan ditahan oleh lebih daripada 10 orang pegawai keselamatan dan polis.

Shamsul bagaimanapun mengeluarkan kenyataan ringkas melalui telefon bimbitnya, "Sebentar tadi saya telah ditahan oleh pihak keselamatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berikutan kehadiran saya sebagai tanda solidariti kepada ribuan mahasiswa yang berhimpun di Masjid UIAM untuk membantah penggantungan Prof. Dr. Aziz Bari.

Apa yang menyedihkan, di UIAM yang sewajarnya menjadi tempat menyuburkan ilmu Islami seperti slogan UIAM 'Taman Ilmu dan Budi', saya ditahan di dalam Masjid dan langsung tidak dibenarkan solat meskipun solat Jumaat hampir dimulakan oleh Imam dan jemaah lainnya.

Penahanan ini jelas membuktikan bahawa pentadbiran UIAM begitu terdesak untuk mengekang keprihatinan massa di luar kelompok mahasiswa dan pensyarah lainnya, khusus dalam isu penggantungan Dr. Aziz ini
."

Menurut pengamatan wartawan, UIAM mula membuat sekatan di pintu kampus pada jam 12 tengah hari, memeriksa setiap kereta yang masuk ke kawasan kampus. Kereta tidak dibenarkan masuk selepas menunjukkan pass media, malah diberitahu pegawai keselamatan bahawa hanya Utusan Malaysia dan Berita Harian dibenarkan masuk. Bagaimanapun, wartawan berjaya masuk ke kawasan kampus dengan menumpang kereta dua orang muslim yang lain.

Thursday, October 20, 2011

PELBAGAI PIHAK PROTES PENGGANTUNGAN DR AZIZ BARI

Pelbagai pihak menyatakan bantahan terhadap penggantungan perkhidmatan pakar perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ekoran kenyataannya berkenaan titah Sultan Selangor baharu-baharu ini.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melalui Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, penggantungan itu jelas mencalarkan imej UIAM selaku ‘Taman Ilmu dan Budi', apabila seorang pensyarah yang berhujah melalui fakta dan kepakarannya, ditekan dengan tindakan seumpama itu.

"AMK tidak berniat untuk campur tangan di dalam pentadbiran UIAM. Sebaliknya, yang dipertikaikan ialah kenapa wujud kekangan ke atas kebebasan akademik, atau secara asasnya kebebasan berfikir di kalangan pensyarah yang bertanggungjawab mendidik mahasiswa?," soal beliau dalam satu kenyataan media.

Sementara itu,Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) menjelaskan, mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik.

"Gerak merasa terkilan atas celaan berbentuk peribadi yang telah dikenakan terhadap beliau," kata setiausaha agungnya, Rosli H Mahat.

Jelasnya, Abdul Aziz adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau.

"Kebebasan akademik ini telah disaran oleh UNESCO melalui satu dokumen bertajuk Recommedation Concerning the Status of Higher Education Teaching Personnel," ujarnya lagi.

Exco Selangor, Elizabeth Wong berkata tindakan UIAM menggantung pakar perlembagaan terkemuka itu amat mendukacitakan.

"UIAM, sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang bertaraf antarabangsa, sepatutnya mempertahankan hak ahli akademik menyuarakan pendapat dan idea," katanya.

Tambah Elizabeth lagi, universiti tersebut bukan sahaja gagal mempertahankan Dr Aziz apabila beliau diserang oleh ahli politik dan media UMNO, tetapi sebaliknya menggantung beliau.

"Dengan mengambil tindakan ini, UIAM terbukti mementingkan agenda politik UMNO. "Transformasi" yang sering dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jelas merupakan janji-janji kosong," ujarnya.

Dalam pada itu ,kumpulan mahasiswa akan menggerakkan golongan itu secara besar-besaran daripada seluruh kampus di Lembah Klang untuk berdemonstrasi terhadap UIAM yang menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.

Pengerusi NGO Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Syukri Abd Razab berkata, dijangkakan hampir 1,500 mahasiswa dan anak muda akan hadir bagi "mempertahankan kebebasan akademik".

"Solidariti Mahasiswa Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Universiti Islam Antarabangsa menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari.

"Tindakan UIA adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana membelakangkan prinsip 'kebebasan akademik'," kata Syukri.

Lawyers For Liberty pula menyatakan tindakan UIAM tersebut bertentangan dengan Artikel 10 Perlembagaan yang memberi kebebasan untuk bersuara dan menuntut kebebasan akademik dipertahankan.

"Kami menuntut bahawa penggantungan ini wajar ditarik balik serta-merta manakala menyeru SKMM tidak langkau sempadan bidang kuasa. Kami juga menggesa pihak polis menghentikan serta-merta mengganggu Prof Aziz Bari dengan penyiasatan di bawah zalim Akta Hasutan," katanya.

Perhimpunan itu dijadual berlangsung di masjid kampus UIA di Gombak selepas solat Jumaat.

Malahan protes ini semakin hebat melalui laman media sosial apabila beberapa laman Facebook dibuka untuk menyatakan bantahan tersebut.

Laman facebook "10,000 mahasiswa menyokong penuh Profesor Dr Abdul Aziz Bari" dan "Kami Bantah Penggantungan Dr. Aziz Bari" mencatat lebih 2,000 selepas beberapa jam laman itu dibuka.


YANG NI MEMANG BETUL KURANG AJAR !!!

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin diminta menarik balik kenyataannya yang kurang ajar terhadap anak Lim Guan Eng yang berusia 16 tahun yang telah difithttp://2.bp.blogspot.com/_TpoMFiUdi7M/SeCfMaFyPnI/AAAAAAAAAak/UdRChlQUs-M/s320/1_690079386s.jpgnah mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan.

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua berkata Khairy perlu menunjukkan kematangannya dengan meminta maaf kepada anak Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang tidak melakukan apa-apa kesalahan.



“Sebagai teladan kepada anak muda Malaysia, dan dia (Khairy) sendiri mendakwa kononnya dia adalah contoh politik baru negara, Khairy mesti bertanggungjawab atas kenyataannya yang tidak patut dikeluarkan itu,” katanya dalam satu sidang akhbar semalam.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau dan menantu kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, dalam catatan twitternya pada Isnin lalu berhubung fitnah terhadap anak Guan Eng, telah menulis: “Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada”, sebagai jawapan kepada fitnah yang dibuat oleh salah seorang blogger pro-UMNO yang terbabit.

Menurut Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, UMNO perlu mengambil tindakan tegas terhadap ahli-ahlinya yang melakukan perbuatan terkutuk itu yang tidak mempedulikan nasib anak-anak remaja, semata-mata kerana mereka ghairah mahu memfitnah para pemimpin Pakatan Rakyat.

Semalam, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP menyifatkan blogger UMNO yang terlibat sebagai bersifat kebinatangan kerana tidak menghormati anak-anak sekolah orang lain, dan antara lain beliau menyatakan: “Jika anda mahu memusnahkan karier saya, lakukanlah terhadap saya sahaja, tetapi jangan heret anak saya yang tidak berdosa itu”.

Sementara itu, Pua mendedahkan bahawa bog-blog pro-UMNO yang menuduh anak Guan Eng melakukan kesalahan itu telah memuatkan gambar palsu, iaitu gambar wanita asing berumur 21 tahun, untuk dikaitkan dengan anak Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut.

Gambar wanita itu yang dikatakan sebagai pemain catur Britain telah diubah suai daripada sebuah laman web catur. Sebelum ini, Guan Eng sendiri menjadi mangsa fitnah apabila gambar-gambarnya diubah suai dengan niat fitnah untuk menimbulkan kemarahan orang Melayu terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang, Pakatan Rakyat dan DAP.

“Ini membuktikan segala tuduhan pecacai UMNO itu hanyalah fitnah dan pembohongan yang tidak bertamadun.

“Mereka cuba memfitnah anak sekolah berusia 16 tahun semata-mata kerana mahu memalukan Guan Eng dan keluarga dengan cerita bohong pencabulan yang tidak berlaku sama sekali,” ujar Pua.

Menurutnya, ia juga bukti betapa rendah tahap minda blogger and pemimpin UMNO yang terlibat dalam penyebaran fitnah itu yang memalukan diri serta menjatuhkan maruah mereka sendiri.

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Yeow pula menyifatkan perbuatan terkutuk tersebut mendedahkan betapa politik amalan UMNO sejak lebih 50 tahun telah jatuh kepada tahap yang memalukan.

“Hari ini UMNO bukan sahaja memainkan isu keresahan kaum dan agama tetapi juga mencipta skandal seks sebagai alat yang menghalalkan cara mereka untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.

“Pakatan Rakyat tidak mengamalkan politik longkang ini yang menggunakan anak-anak kecil saingan politik mereka,” katanya.

Wednesday, October 19, 2011

BUKTI MAHATHIR YANG 'KURANG AJAR'

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyatakan sokongan terhadap kenyataan Profesor Aziz Bari yang menyatakan bahawa titah monarki boleh dikritik dan diperdebatkan.

Dalam dunia yang terbuka ini semua perkara harus dihujahkan dengan matang. Ini bukan zaman rakyat khususnya anak muda menerima apa sahaja yag disuap dari pihak atasan. Zaman ini setiap hujah itu pasti akan dibahas dan dikritik jika perlu.

Begitu jugalah institusi monarki bukan sahaja di negara ini tetapi terdapat di seluruh dunia. Institusi monarki ini harus segera menyesuaikan diri termasuklah berevolusi sesuai dengan peredaran zaman. Mahu atau tidak ia sesuatu yang wajib demi kelansungan untuk institusi beraja.
SAMM merafak sembah menghormati titah kerabat monarki di Negeri Sembilan, Tunku Zain Al 'Abidin Tuanku Muhriz yang menitahkan bahawa titah diraja boleh dibincangkan oleh ahli akademik dan media, selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan yang sebenar. Menunjukkan dengan jelas betapa dalam dunia terbuka ini institusi monarki harus bersedia untuk titah mereka diperdebatkan dan dikritik masyarakat.

Dalam memperkatakan perkara ini, mana - mana pihak pun pasti akan merujuk peristiwa krisis antara istana dan kerajaan di bawah bekas Perdana Menteri Dr.Mahathir. Namun bagi SAMM kami dengan jelas menyokong tindakan Dr Mahathir meminda perlembagaan negara membawa institusi monarki dalam realiti masyarakat kini.

Namun apa yang kami tidak setuju ialah cara bagaimana Dr Mahathir memalukan dan menghina institusi monarki dengan memberikan persepsi hina kepada institusi monarki demi meraih sokongan rakyat terhadap usaha pindaan perlembagaannya.

Merujuk peristiwa kedua pula di mana Menteri Besar pilihan Barisan Nasional, Idris Jusoh telah ditolak dari mengangkat sumpah di Terengganu. SAMM berpendapat sememangnya institusi monarki punya kuasa atau peranan dalam memperkenan siapa mahu menjadi ketua negara atau ketua negeri dalam pentadbiran politik tetapi institusi monarki juga harus berdepan dengan rakyat iaitu menjelaskan sebarang tindakan mereka dalam hujah yang boleh diterima. Pada ketika itu, istana harus tampil memberi penjelasan kepada rakyat Terengganu mengenai tindakan mereka.

Respon rakyat pada ketika itu yang dipengaruhi oleh parti politik juga ada yang tidak kena. Umno (pro Idris Jusoh) telah bertindak melulu sehingga menghina sultan dengan panggilan 'natang' (dialek Terengganu yang bermaksud binatang). Pihak yang bersetuju dengan keputusan menyingkirkan Idris pula telah menyokong Sultan secara melulu, ini tidak progresif. Seharusnya pihak ini merafak sembah meminta Istana tampil memberikan penjelasan kenapa tindakan itu diambil dan ini lebih progresif.

Pihak berkuasa juga dalam perkara ini menjadi kuda tunggangan regim. Sekiranya menghina monarki itu berpihak regim maka mata pihak berkuasa sengaja dibutakan, tetapi jika timbul saranan walaupun saranan itu ke arah memperkasa monarki diutarakan oleh pihak bukan dari regim, maka tindakan 'segera' diambil.

che'GuBard sendiri pernah berdepan situasi ini hanya apabila mencadangkan betapa penting peranan institusi monarki dalam menjaga kepentingan agama malah dalam perkara mutakhir ini sering pula dipertikaikan maka che'GuBard pernah mencadangkan agar sultan atau bakal sultan wajib sekurang - kurangnya memiliki diploma syariah islam atau berkaitan bagi membantu baginda membuat keputusan tepat bukan sekadar dipengaruhi 'nasihat' yang mungkin mewakili kepentingan tertentu.

Malangnya selepas posting yang ditulis sempena keputeraan DYMM YDP Agong ini dibuat, Ketua Pemuda Umno Rembau telah mengarahkan pemudanya membuat laporan polis terhadap artikel ini kononnya menghina monarki dengan tidak pandai hal ehwal Islam. Atas laporan dangkal itu maka berkejarlah polis menahan saya. Saya ditahan dalam serbuan polis ketika sedang mempengerusikan mesyuarat AJK cabang Rembau. Begitulah berterusan, ini membukti betapa hipokrit regim Umno. Mereka memperlaku institusi istana seumpama pelacur,a pabila suka dicari untuk berlindung tetapi apabila tidak suka diterajang hina.

SAMM ingin menyeru kepada institusi monarki negara ini agar sedar hakikat keperluan berevolusi mengikut zaman untuk kekal relevannya. Rakyat masih boleh menerima bajet yang besar diperuntukan untuk monarki dalam negara ini, tetapi rakyat sudah tentu tidak boleh menerima jika jumlahnya tidak masuk akal dalam keadaan rakyat terhimpit dengan perbagai kepayahan.

Intai dan pelajarilah institusi beraja di banyak negara bagaimana peranan dimainkan. Ada yang sudah umpama muzium dan alat keraian seperti kebanyakan negara Eropah termasuk England tetapi ada juga yang terus kekal dihormati seperti di Thailand.

Ini bukan zaman Melaka, dunia berkembang pesat sewajarnya isi kandung dalamnya juga harus transform secepat perkembangan dunia jika tidak mahu ketinggalan. Rakyat tidak lagi boleh lagi dipaksa akur membuta tuli.

Akhir sekali, diingatkan juga Institusi Monarki ini bukan punya orang Melayu sahaja. Institusi beraja ini seharusnya juga dihormati oleh semua bangsa atau keturunan yang diamnya dalam tanah jajahan ini. Untuk itu ruang perbincangan dan pemahaman sewajarnya harus juga sampai kepada semua rakyat.

***Kenyataan terbuka Cikgu Bard

Tuesday, October 18, 2011

WARTAWAN DI BERI PERINGATAN

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak, melaksanakan undang-undang Islam termasuk undang-undang Hudud dan Qisas, adalah suatu tanggungjawab agama yang mesti dilaksanakan.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata kewajipan tersebut merangkumi semua orang yang beragama Islam, termasuk orang media yang beragama Islam.

Beliau menegaskan, hudud adalah hukuman ciptaan Allah SWT untuk manusia sebagai sempadan dari Tuhan, bukan ciptaan manusia itu sendiri.
“Wajib bagi orang Islam termasuk awak (wartawan) sendiri, bukan kepada saya sahaja tetapi termasuk media sendiri.

“Media orang Islam kena berjuang ke arah ini. Jangan media orang Islam ini menakutkan orang bukan Islam. Itu silap dan salah kita dengan ugama (Islam) kita .

“Hudud itu maknanya sempadan yang dibuat oleh Tuhan. ‘Sempadan’ yang Tuhan buat dan kita (manusia) tidak boleh langkah sempadan itu,” tegasnya pada satu sidang media selepas Majlis Perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU100K) di Pantai Pandak Chendering, dekat sini, pada Sabtu 15 Oktober.

Menurutnya, penentangan terhadap hudud sama seperti berkempen kepada orang ramai agar tidak pergi menunaikan ibadah haji.

Katanya, sudah tentu tindakan tersebut salah disisi agama Islam kerana itu semua adalah hukum dan peraturan Allah SWT.

“Macam awak (wartawan) kempen orang jangan pergi haji, apa akan jadi, boleh ke? Hudud ini hukum Tuhan, hukum al-Quran yang tidak boleh dibuat oleh manusia.

“Hudud ini, hukum quran walau pun ada dalam hadis Nabi. PAS tidak boleh buat, Ulama’-ulama’ mazhab tidak boleh buat,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan dalam hudud terdapat enam perkara yang tidak ada khilaf di kalangan ulama’.

Menurutnya, enam perkara tersebut iaitu mencuri, merompak, berzina, tuduhan zina, minum arak dan murtad.

Namun begitu, katanya persepsi umum terhadap hudud kebanyakkan memahami sebagai hukuman potong tangan sahaja.

“Banyak orang faham hudud potong tangan sahaja. Hudud ini ialah enam perkara yang tidak ada khilaf iaitu mencuri, merompak, berzina, tuduhan zina, minum arak dan murtad. Semua sekali telah ada dalam hudud,” ujarnya.

BAYI MALANG NI DITEMANI KUCING

1318076984161424012

gambar hiasan(comelnyeeeeee)

PARIT PANJANG – Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan atas kerusi di hadapan rumah seorang penoreh getah di Kampung Charuk Bakap, semalam. Ketika ditemui, bayi malang berkenaan hanya ditemani seekor kucing.

Penoreh getah, Maimunah Bidin, 55, berkata, dia mendengar tangisan bayi kira-kira jam 12 tengah malam namun tidak mempedulikannya kerana menyangka ia adalah tangisan bayi jirannya yang berusia lapan bulan.

“Kira-kira jam 3 pagi, sekali lagi tangisan bayi itu didengari namun saya tidak memeriksa keadaan di luar rumah kerana bekalan elektrik terputus.

“Bagaimanapun, sewaktu anak saya bersiap-siap untuk ke sekolah, bunyi tangisan bayi masih lagi kedengaran menyebabkan saya terus mengambil lampu suluh dan keluar mencari sebelum terlihat kaki bayi terjulur keluar dari kain pelikat yang membaluti badannya,” katanya kepada Sinar Harian.

Maimunah yang lebih dikenali sebagai Mak Tam berkata, ketika dia menemui bayi berkenaan, kucing kesayangannya kelihatan tidur di sebuah lagi kerusi, seolah-olah menemani bayi yang tidak berdosa itu.

Kira-kira jam 7.50 pagi semalam, pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Parit Panjang membawa bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu untuk menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Sultan Abdul Halim.
Related Posts with Thumbnails