SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Wednesday, November 16, 2011

PUJI MELAMBUNG TAPI REALITINYA....

kedaixMalaysia akan mendapat manfaat daripada kebijaksanaan parti pembangkang jika ia disalurkan untuk menambah baik program inisiatif kerajaan seperti Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan restoran Menu Rakyat 1Malaysia, kata seorang penuntut universiti.

"Tetapi ternyata pihak pembangkang memilih untuk mengkritik.. atau lebih suka mengecam... hampir semua yang dilakukan oleh kerajaan termasuk KR1M dan Menu 1Malaysia yang bertujuan untuk mengurangkan beban perbelanjaan yang semakin meningkat di kalangan penduduk bandar," kata mahasiswi tahun tiga di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di sini.

Hanya mahu dikenali sebagai Shera, beliau berkata pemimpin pembangkang harus lebih matang dan menghargai usaha kerajaan dan bukan hanya mengutuk setiap inisiatif yang dilakukan kerajaan.

"Sekiranya mereka tidak mahu menyumbang idea positif, jadi mereka harus tampil dengan konsep yang lebih baik tentang KR1M dan Menu 1Malaysia dan melaksanakannya di negeri di bawah pemerintahan mereka," katanya kepada Bernama apabila ditemui di KR1M, Wangsa Maju di sini.

Jika tidak mereka hanya sekadar tin kosong, katanya dan menambah beliau berjaya menjimatkan beberapa ringgit daripada perbelajaan bulanan RM80 apabila membeli barangan keperluan di KR1M

ITU KATE PARA PENGAMPU2 UMNO..JOM BACA KAT BAWAH NI PULAK


Dalam sibuk-sibuk jentera propaganda Umno mencanangkan kehebatan kedai hasil idea Perdana Menteri, rupa-rupanya terdapat barang yang dijual amat membahayakan kesihatan termasuk boleh membunuh akibat tidak mengikut sukatan ramuan yang betul.

Yang seronoknya, baru semalam lidah rasmiu Umno Utusan Malaysia, mempertahankan bahawa barang 1 Malaysia berkualiti dengan ambil kenyataan Boss Mydin.

Ramai yang tertanya-tanya, apakah Umno kini mahu mendapatkan kemenangan mudah termasuk tidak mempedulikan apa yang disogok kepada rakyat?

Berikut berita yang tersiar di media hari ini:



Hentikan jualan sos cili 1Malaysia


Ujian makmal ke atas sos cili yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mendapati tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Dalam laporan draf penyelidikan perbandingan produk yang diperolehi oleh Malaysiakini, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) mendapati 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri dalam sos cili 1Malaysia.

Sedangkan, tahap yang dibenarkan untuk sos cili adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa.

Laporan itu membandingkan sos cili jenama 1Malaysia dengan tiga jenama lain, iaitu Tesco Value, Life dan Lingham. Semua jenama berkenaan didapati mematuhi had yang ditetapkan, malah kadar mereka juga jauh lebih rendah daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Ujian bagi produk berkenaan dijalankan oleh Unipeq Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditauliahkan di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) oleh Jabatan Standard Malaysia.

Ketika dihubungi, ketua pegawai eksekutif, Standard Users, DN Ratna berkata, organisasinya telah menjalankan penyelidikan seumpama itu selama lebih tiga tahun dan memutuskan untuk memasukkan produk 1Malaysia dalam kajian kerana pengguna sedang digalakkan membeli produk itu.

Katanya, sampel sos cili berkenaan diperolehi dari kedai-kedai runcit dan pasar raya besar di sekitar Lembah Klang antara bulan Ogos dan September lalu.

Mengulas keputusan kajian itu, Ratna menggesa Kementerian Kesihatan untuk segera menghentikan jualan sos cili 1Malaysia.

"Kesan logam berat itu boleh menyebabkan keracunan. Jika seseorang menggunakan jenama itu bagi jangkamasa yang lama, logam itu akan terkumpul di rambut, tisu dan bahagian-bahagian badan yang lain ... Jika mereka orang yang terdedah itu tidak sihat, maka kesannya lebih cepat dan nyata.

"Ini berkaitan logam berat, mereka (Kementerian Kesihatan) sepatutnya tidak membenarkan jualan produk itu sehingga mereka sahkannya dengan ujian sendiri dan mengambil tindakan lanjut," katanya.

Menurut laporan itu, raksa yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem saraf pusat tunjang serta sistem endokrin, yang berpotensi membawa kepada kerosakan buah pinggang


No comments:

Related Posts with Thumbnails