SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Tuesday, February 28, 2012

MALAYSIA ADA KE DALAM SENARAI NI !!!!

negara terkaya di dunia Negara Terkaya Di Dunia. Negara Jiran Malaysia   Brunei, Singapura Tersenarai!!

Apabila disebut negara terkaya di dunia pasti ada yang terbayang negara-negara popular seperti Amerika, Britain, Jerman dan lain-lain lagi selain dari negara-negara Timur Tengah. Tetapi ada juga kalangan negara yang kurang diberikan perhatian oleh “dunia” tetapi masih mampu berada dalam kalangan negara-negara terkaya di dunia :

Senarai Negara Terkaya Di Dunia

  1. #Qatar - KDNK per kapita lebih AS$88,000 (RM266,306)
  2. #Luxembourg - KDNK per kapita lebih AS$81,000 (RM245,175)
  3. #Singapore - KDNK per kapita hampir AS$56,700 (RM171,620)
  4. #Norway - KDNK per kapita AS$52,000 (RM157,356)
  5. #Brunei - KDNK per kapita sekitar AS$48,000 (RM145,252)
  6. #United Arab Emirates
  7. #United States
  8. #Hong Kong
  9. #Switzerland
  10. #Netherlands
  11. #Australia
  12. #Austria
  13. #Ireland
  14. #Canada
  15. #Kuwait

Faktor Kedudukan Sesebuah Negara Terkaya Di Dunia :

  • Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang diselaraskan dengan kuasa beli
  • Kuasa beli yang disesuaikan dengan KDNK telah digunakan oleh pakar ekonomi ketika membuat perbandingan, yang mana mengambil kira faktor perbezaan kos sara hidup dan kadar inflasi

Kedua-dua negara-negara jiran kita Malaysia turut sama tersenarai iaitu, Brunei dan Singapura :

  • Singapura tiada balak, tiada hasil minyak, pun masih mampu tersenarai dikalangan di negara terkaya di duni. Mereka lebih bersandarkan status Singapura itu sendiri sebagai hab teknologi, pembuatan dan kewangan.
  • Brunei ada minyak seperti Malaysia, tetapi terus mengukuh kedudukan sebagai antara negara terkaya di dunia.
  • Brunei dan Singapura tidak memerlukan istilah projek super mega tertinggi, terpanjang, tetapi masih mampu tersenarai 15 negara terkaya di dunia
  • Dua negara – satu pernah sama-sama membentuk Malaysia, dan satu lagi hampir-hampir mahu membentuk Malaysia, sudah tersenarai dalam kalangan negara terkaya di dunia.

negara terkaya Negara Terkaya Di Dunia. Negara Jiran Malaysia   Brunei, Singapura Tersenarai!!Tetapi apa yang membezakan negara ini dengan negara-negara yang lain. Adalah pengurusan. Bagaimana pemimpin negara tersebut menguruskan kekayaan negara mereka dan dipulangkan semula kepada rakyat untuk sama-sama “merasainya” tanpa merompak untuk kepentingan sendiri.

Harapan kami pula, jikalau tidak tersenarai dalam kalangan negara terkaya di dunia sekalipun tidak mengapa tetapi cukuplah kami mahu melihat :

Sunday, February 26, 2012

BAI'AH SEBAHAGIAN SUNNAH RASULULLAH SAW DAN AMALAN SAHABAT

Berbai'ah dan berjanji setia sesama muslim untuk melakukan kebaikan dan amalan soleh apatah lagi berbai'ah untuk berjihad menentang kezaliman dan penindasan serta memperjuangkan Islam merupakan sebahagian sunnah Rasulullah saw dan para Sahabat serta para ulama terdahulu dan terkemudian.

PAS sebagai sebuah parti yang meletakkan landasan perjuangannya adalah Islam dengan merujuk kepada al-Quran dan Hadis sudah pasti selayaknya melakukan Bai'ah sebagaimana yang disunnahkan.

Adapun UMNO sebagai parti yang tidak menjadikan Islam sebagai matlamat apatah lagi berpendirian bahawa agama tidak wajar digunakan dalam berpolitik tentu sahaja tidak akan merujuk kepada sunnah Rasulullah saw dalam berbai'ah. Maka tidak pelik apabila pimpinan UMNO dan ilmuwan Islam yang sehati dan sejiwa dengan UMNO akan berkokok menafikan kepentingan Bai'ah.

Baiah merupakan istilah al-Quran dan Hadis. Ia bermaksud memberikan janji untuk menunaikan dan melaksanakan sesuatu. Dalam Hadis riwayat Nasaei daripada sahabat Nabi saw bernama Ubadah bin Somit, Rasulullah saw telah menyeru Sahabat-sahabat daripada Madinah pada tahun ke 11 menjadi Nabi untuk berbai'ah yang dikenali sebagai Baiah Nisa'.

Baiah tersebut mengandungi janji untuk menyembah Allah dan tidak mensyirikkan-Nya dengan yang lain, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak lelaki, tidak mereka-reka cerita palsu dan tidak menderhakai Nabi saw dalam perkara ma'ruf.

Sebaik sahaja mereka berbai'ah baginda lantas bersabda bermaksud: "sesiapa yang selepas ini melakukan apa-apa perkara yang dibai'ahkan tadi lalu ditimpa balasan (di dunia) itu adalah kaffarah baginya. Sesiapa yang tidak terkena balasan maka urusannya terserah kepada Allah. Sekiranya Allah mahu Allah berikan keampunan kepadanya, sekiranya Allah mahu Allah boleh membalasnya disebabkan perlakuan tadi."

Hadis ini jelas menunjukkan bahawa orang yang melanggar Bai'ah boleh dihukum dan dibalas di dunia oleh Allah.

Bai'ah terbahagi kepada dua. Pertamanya Baiah kepimpinan dan pemerintahan atau Bai'ah kepada Khalifah dan pemerintah Islam seperti Bai'ah Sahabat kepada Nabi saw di Madinah dan Bai'ah sahabat-sahabat kepada Abu Bakar untuk menjadi Khalifah selepas wafatnya Rasulullah saw.

Keduanya, Bai'ah untuk melakukan ketaatan dan amalan soleh seperti solat dan jihad. Dalam Hadis Sahih Bukhari, Muslim, Ibn Hibban dan Abi Dawud terdapat hadis yang sangat banyak menceritakan Bai'ah antara Nabi saw dan sahabat antaranya Bai'ah untuk saling menasihati sesama Muslim, berbaiah untuk tidak lari dari medan perang, berbai'ah untuk melakukan lima solat yang wajib, bai'ah untuk menunaikan zakat, bai'ah untuk berjihad, bai'ah untuk menyatakan kebenaran di mana sahaja kita berada dan bai'ah untuk mati bersama dalam perjuangan Islam.

Oleh itu sangat tersasar dan tersilap mereka yang menempelak PAS berbai'ah dalam urusan pencalonan pilihanraya dengan hujah kononnya Bai'ah hanyalah merujuk kepada Bai'ah Kepada pemerintah sahaja dengan menafikan bai'ah dalam melakukan amalan soleh.

Menyertai pilihanraya sebagai calon wakil rakyat dengan matlamat untuk menegakkan agama Allah dan prinsip Islam dalam pemerintahan negara merupakan sebahagian amalan soleh. Oleh itu, bai'ah antara calon pilihanraya untuk tidak meninggalkan parti PAS yang memperjuangkan Islam selepas terpilih menjadi wakil rakyat atas tiket PAS adalah sunat dilakukan untuk menjamin tidak berlakunya sebarang pengkhianatan terhadap amanah Parti Islam Semalaysia.

Amat malang sekali kedapatan sebahagian yang menasabkan diri kepada ilmu termasuk berjawatan mufti berbicara tentang Bai'ah tanpa ilmu, hanya dengan hawa nafsu dan pemikiran sendiri tanpa merujuk kepada al-Quran dan Sunnah Rasulillah saw. Kita menyeru mereka untuk bertaubat kepada Allah kerana bercakap tanpa ilmu dan tanpa merujuk sunnah Rasulillah saw.

Ust Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat

Friday, February 24, 2012

LUAHAN HATI NAJIB????


Walaupun aku selalu tidur,namun ahli umno tetap meningkat banyak...lu orang tengok le dah 3.34 juta...kali ini memang kalah le PR dalam pilihanraya ni nanti.....hahahahaaaaaa


dan korang selalu mengata2 bini aku....tapi realitinya rakyat tetap nak jadi ahli umno....kakakakakhhhhhh,
sebab rakyat tahu yang bini aku tu seorang pompuan yang baik,tak suka beli barang2 mewah ,lagi pun dia dah jadi Hajah dan dapat anugerah Doktor




Tengok kat bawah ni ramainya ahli umno...mesti PR takutnya.....semangat diorang nak pertahan Putra jaya...............


Jumlah keahlian Umno sehingga tahun berakhir 31 Disember 2011 meningkat kepada 3.34 juta orang.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jumlah tersebut melibatkan pertambahan sebanyak 113,116 ahli.

"Jumlah keseluruhan ahli Umno ialah sebanyak 3,335,875 dengan pertambahan seramai 113,116 ahli," katanya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dekat sini, Khamis.

Bercakap kepada pemberita, Najib turut mengumumkan sambutan Majlis Ulangtahun Umno ke-66 yang akan diadakan secara besar-besaran pada 11 Mei ini.

"Kita akan buat sambutan di Stadium Merdeka. Sambutan yang lain daripada biasa dan meriah," katanya.

Monday, February 20, 2012

TAK BERFAEDAH KE PENAKUT???


Debat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dicadangkan pembangkang tidak memberi sebarang makna dan faedah kepada kepentingan rakyat.

Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata gesaan pembangkang supaya Najib berdebat dengan Anwar mengenai ekonomi negara hanya helah politik semata-mata.

Syed Ali mendakwa, Anwar yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh itu bukannya pakar ekonomi untuk berdebat soal ekonomi dan beliau patut terlebih dahulu membersihkan dirinya berhubung sokongan beliau kepada rejim Zionis.

"Anwar (melalui cadangan debat itu) sengaja nak alihkan perhatian umum apabila dirinya dikecam hebat oleh rakyat termasuk daripada kalangan pemimpin PAS kerana menyokong rejim Yahudi," kata Syed Ali dalam blog Umno Cheras, Isnin.

RUNDINGAN KERUSI PR HAMPIR SELESAI-MAT SABU

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata bahawa rundingan kerusi untuk ditanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 di kalangan Pakatan Rakyat telah hampir selesai, malah seandainya diumumkan pembubaran parlimen pada minggu depan pun, beliau yakin ia dapat diselesaikan oleh PAS, DAP dan PKR.

"Boleh kata kalau dia panggil bubar parlimen minggu depan pun kita boleh selesaikan perkara ini. Insyaallah," katanya dalam satu sidang media selepas satu forum berjudul "PRU 13: Peranan Strategik dan Kritikal PAS menjayakan Roadmap Pakatan ke Putrajaya", anjuran Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) di Hotel Midah.

Beliau yang lebih dikenali dengan nama Mat Sabu (gambar kiri), mengakui wujud beberapa pertindihan kerusi yang ingin ditandingi, antara PAS dengan ADIL dan DAP dengan ADIL. Bagaimanapun, ketika ditanya sejauh manakah rundingan itu telah selesai, beliau memberi jawapan lebih kurang 80%.

Malah, beliau berkata PAS mungkin bertanding lebih berbanding 66 kerusi parlimen ketika PRU 12, melonjak ke angka sekitar 80 kerusi parlimen, dengan pertambahan kerusi dari Sabah dan Sarawak. Menjawab soalan wartawan yang khusus kepada negeri Johor, beliau berkata Pakatan Rakyat tidak banyak mengusik status quo di negeri itu, dengan PAS bertanding lebih banyak kerusi di peringkat DUN, sementara PKR dan DAP lebih bertanding di peringkat parlimen.

Mat Sabu sendiri tidak pasti sama ada beliau akan bertanding, malah mendakwa dirinya bersedia untuk akur seandainya parti memutuskan beliau tidak bertanding. Ketika menjawab sama ada Dewan Himpunan Penyokong PAS akan diberi peluang untuk bertanding atas tiket PAS, beliau berkata perkara ini masih dalam perbincangan, sambil menjelaskan bahawa penyokong PAS semakin menerima calon bukan Islam untuk mewakili PAS, berbanding tahun-tahun yang lalu. Tambahan pula, perubahan senario di Timur Tengah, menyaksikan bagaimana calon kristian yang diletakkan bertanding untuk Ikhwan Muslimin menang dalam pilihan raya di Mesir, akan memudahkan penerimaan muslim kepada calon bukan Islam dari PAS.

20 ribu dijangka hadir Himpunan Hijau 2.0


Di samping itu, Mat Sabu selaku Timbalan Presiden PAS, menyeru agar ahli PAS turut serta dalam satu perhimpunan pada pagi 26 Februari (Sabtu) di Kuantan, untuk menyatakan bantahan terhadap kilang pemprosesan nadir bumi Lynas, tentang bahayanya industri itu kepada penduduk setempat dan rakyat Malaysia.

Beliau menjangka lebih 20 ribu orang akan hadir pada hari itu, dan berisytihar bahawa PAS akan bersama dengan badan-badan NGO yang menganjurkan perhimpunan ini pada 26 Februari 2012.

DAFTAR PEMILIH SUKU KEEMPAT 2011 PELIK!!!!

Parti pembangkang mempertikai daftar pemilih tambahan untuk suku keempat 2011 yang dikesan tidak menyertakan senarai pemilih yang telah meninggal dunia dan juga nama yang telah dikeluarkan dari daftar pemilih induk.

Ketua biro pilihan raya pemuda PAS Johor, Mohd Faizul Mohd Salleh berkata, kesemua daftar pemilih tambahan untuk sesuatu penggal tertentu sebelum ini biasanya menyenaraikan nama pemilih yang telah meninggal dunia.

Selain itu, daftar pemilih tambahan itu juga biasanya menyenaraikan pengundi yang baru didaftarkan, pengundi yang bertukar alamat dan juga pengundi yang dilucut taraf kerakyatan.

Mohd Faizul berkata, daftar pemilih tambahan itu kali ini agak ganjil kerana tidak disertakan dengan senarai pemilih yang telah berubah status seperti itu.

Amalan itu juga tidak selari dengan prinsip ketelusan yang ingin ditonjolkan SPR, katanya dalam satu kenyataan.

Beliau telah menyemak dengan biro pilihan raya pemuda PAS di negeri lain yang turut mengadu mengenai perkara sama, katanya lagi ketika dihubungi.

Semakan dengan biro pilihan raya PKR Perak dan juga DAP Pulau Pinang juga menunjukkan perkara sama berlaku.

Suruhanjaya Pilihan Raya mempamerkan daftar pemilih tambahan untuk suku tahun terakhir 2011 itu untuk pemeriksaan orang ramai bermula 8 Februari hingga 14 Februari lalu.

Thursday, February 16, 2012

MEMANG 'HARU' PUNYA MUFTI NI....

Harussani ZakariaMufti: Najib di Batu Caves tak menyalahi hukum syarak
Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini tidak menyalahi hukum syarak, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata sebagai seorang pemimpin tidak salah untuk perdana menteri bersama-sama dengan bangsa lain dalam perkara yang berkaitan dengan adat.

"Sekiranya tiada niat untuk merayakan atau redha dengan perbuatan agama lain tidak mengapa tetapi kalau sama-sama merayakan baru tidak boleh," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Profesionalisme Penceramah Agama Umno Bahagian Pekan 2012 oleh perdana menteri hari ini.
Harussani yang hadir pada seminar itu berkata perdana menteri memaklumkan kepadanya bahawa beliau hanya berada di dewan untuk menerangkan polisi kerajaan dan tidak terbabit dengan perarakan keagamaan dan tidak masuk ke dalam kuil atau dalam gua Batu Caves.

Mufti Perak itu sebelum ini dipetik sebagai berkata orang Islam yang merestui dan turut serta dalam upacara keagamaan lain melakukan perbuatan syirik.

Mengenai Najib yang memakai Kurta iaitu pakaian tradisional kaum India ( Baca SINI ) pada sambutan itu, beliau berkata ia hanya budaya sahaja kerana orang Islam di India pun memakai pakaian yang sama.

Oleh yang demikian, Mufti Perak itu menasihatkan pihak yang cuba memutarbelitkan isu kehadiran Najib pada sambutan Thaipusam itu supaya menghentikannya kerana mereka membuat tuduhan tanpa usul periksa sehingga boleh menjadi fitnah.

"Masalahnya dalam keadaan sekarang orang Melayu berpecah, masing-masing mencari peluang untuk menghentam orang lain terutamanya menghentam sesama bangsa, pantang silap sikit.

"Saya harap semua orang kita (Melayu) balik pada asal, balik pada musyawarah...soal politik berbeza itu bukan menjadi masalah," katanya.

Sebaliknya, Harussani lebih kecewa dengan tindakan PAS di Perak semasa majlis sambutan Thaipusam dengan mengadakan gerai dan khemah serta mengibarkan bendera PAS seolah-olah menyokong dan redha dengan orang yang melakukan kufur.

Tuesday, February 14, 2012

NAZRI SURUH SAMBUT HARI VALENTINE

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini berkata, orang Islam seharusnya dibenarkan untuk menyambut Hari kekasih.

"Kenapa tidak boleh disambut? Saya tidak bersetuju ... ia bukannya satu bentuk sembahyang," katanya.


Menteri berkaitan undang-undang ini turut mengulas kenyataan menteri berkaitan Islam Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berkata pihak berkuasa agama Islam akan melancarkan kempen besar-besaran seluruh negara bagi mencegah umat Islam menyambut Hari Kekasih hari ini.

"Apa salah Hari Kekasih? Masyarakat hanya menyatakan rasa kasih sayang kepada orang lain.

"Apa beza hari itu dengan hari-hari yang lain, bila kita boleh lakukan perkara yang sama?" soal Nazri.

Malah, beliau turut mengkritik PAS kerana melaksanakan kempen menetang Hari Kekasih, dan menambah usaha seperti itu adalah "mengarut."

Jumaat lalu, Khutbah Jumaat turut melarang umat Islam meyambut sambutan Hari Kekasih kerana Jabatan Kemajuan Islam Jakim) menyatakannya bertentangan dengan ajaran Islam.

Berdasarkan teks khutbah berkenaan yang bertajuk "Awas jerat Valentine", umat Islam dinasihatkan agar tidak mempelawa seseorang individu menjadi Valentine mereka kerana ia akan menjadikan seseorang itu syirik.

Pemuda PAS turut menyebarkan kempen anti-Valentine sejak beberapa tahun lalu.

Tahun ini, parti Islam itu mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas mengawal iklan-iklan dan promosi berkaitan sambutan Hari Kekasih bagi mencegah gejala sosial daripada berleluasa.

Sunday, February 12, 2012

HARUSSANI YAKIN KEMAMPUAN TG NIK AZIZ

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yakin Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih mampu untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13, menambah agar jangan mempersoalkan kelebihan Mursyidul Am PAS itu.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sebelum ini mengumumkan akan menyertai pilihan raya umum ke-13 walaupun didesak berundur oleh Umno.

Pemimpin veteran PAS berusia 81 tahun ini mula bertanding sejak pilihan raya umum 1967 dan mengetuai pentadbiran Kelantan selepas pilihan raya umum 1990 sehingga kini.

Menurut Harussani, Nik Aziz (gambar) masih mampu untuk meneruskan perjuangan Islam walaupun dianggap “sudah terlalu uzur” untuk terus melibatkan diri dalam arena politik negara.

“Masalah perjuangan tidak kira umur, kalau beliau (Nik Aziz) mampu untuk teruskan mengapa perlu dihalang?

“Walaupun beliau lebih berusia daripada saya tetapi saya sudah tidak mampu untuk menyertai politik...saya juga tidak larat untuk melawat kawasan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Justeru Harussani menegaskan semua pihak termasuk pemimpin Umno tidak mempersoalkan kesediaan Nik Aziz untuk terus terlibat dalam politik dan pilihan raya umum ke-13.

“Selagi beliau mampu (untuk berpolitik), itu terpulang kepada beliau,” katanya.

Akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia minggu lalu menyifatkan kesediaan Nik Aziz untuk terus bertanding pada pilihan raya umum ke-13 membuktikan beliau tidak memahami realiti bahawa sudah uzur.

Mengambil contoh umur Nik Aziz, akhbar milik Umno itu mendakwa pemimpin berusia 81 itu masih “ghairah untuk berkuasa” walaupun sudah memimpin Kelantan selama empat penggal atau lebih 21 tahun.

“Tidak sangka dalam keadaan yang agak uzur, Nik Aziz masih mahukan jawatan tersebut. Khabarnya, hendak menyampaikan taklimat kepada beliau juga sukar atas masalah pendengaran dan fikirannya yang tidak lagi tajam,” kata akhbar itu dalam ruangan Awang Selamat.

Thursday, February 9, 2012

KALAU LE BETUL RAMALAN NI...????

Datuk Chua Jui Meng meramalkan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akan bertanding di kerusi majoriti Melayu pada pilihan raya umum ke-13, mendakwa presiden MCA itu tidak mampu mendapatkan sokongan pengundi Cina.

Bekas naib presiden MCA ini, yang menyertai PKR pada 2009 terlebih dahulu mencabar Dr Chua untuk bertembung dengan beliau pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Dr Chua bagaimanapun menjawab sebagai presiden, “Saya mahu menjadi contoh yang baik dan akan bertanding di kawasan yang tiada sesiapa mahu pergi atau tiada calon yang boleh menang.”

Tetapi Chua (gambar) membalas kenyataan dengan mengajak bekas Ahli Parlimen Labis itu bertanding di kawasan campuran, berkata “tiada kerusi yang selamat untuk beliau” di kawasan majoriti Cina.

“Beliau (Dr Chua) akan bertanding di kawasan majoriti Melayu kerana presiden MCA tidak mampu menarik sokongan pengundi Cina lagi,” kata Pengerusi PKR Johor ini kepada The Malaysian Insider.

Chua, bekas Ahli Parlimen Bakri, berkata kawasan majoriti Cina kini dikuasai DAP dan menambah undian untuk DAP juga merupakan undian untuk PAS.

“Ia jelas kepada semua bahawa undian untuk MCA bermakna undian untuk Umno. Melayu, India dan Cina semua tahu. Tetapi hanya beliau yang tidak nampak perkara ini.

“Saya pula akan bertanding di mana sahaja parti saya letak, beliau presiden jadi beliau boleh buat pilihan dan lawan dengan saya jika berani,” tambah Chua.

Dr Chua juga mengejek kegagalan Chua pada 2005 dan 2008 untuk menjadi presiden MCA menambah ia juga sebab bekas menteri kesihatan itu menyertai PKR.

Datuk Seri Ong Tee Keat menewaskan Chua untuk jawatan presiden pada pemilihan MCA selepas pilihan raya umum 2008, yang menyaksikan wakil MCA di Parlimen berkurangan dari 31 kepada 15 orang.

Parti itu kemudian menyingkir Dr Chua pada Ogos 2009 kerana skandal video seks pada 2007, menyaksikan undi tidak percaya diadakan dalam mesyuarat agung luar biasa parti itu.

Dr Chua memegang jawatan presiden MCA pada Mac 2010 dalam pemilihan parti yang baru di mana beliau menewaskan Ong dan bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting.

Walaupun meletakkan jawatan selaku presiden dan menteri kesihatan selepas penyebaran video seks yang membabitkan dirinya pada 2007, Dr Chua tetap menegaskan beliau adalah “calon boleh menang di mana sahaja saya pergi.”

Tuesday, February 7, 2012

Friday, February 3, 2012

DR M NASIHAT NAJIB ....TANGGUH PRU DULU SEBAB NANTI BN KALAH

Barisan Nasional (BN) perlu menangguhkan pilihan raya bagi memberi ruang untuk memenangi sokongan pelbagai pihak termasuk kaum cina, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak boleh mendapatkan kemenangan mudah tanpa memenangi kembali kehilangan majoriti dua pertiga pada 2008 sekiranya pilihan raya diadakan sekarang.

Katanya lagi Najib perlu berusaha keras untuk memenangi semula negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.

"Jika ada masa, guna masa itu untuk terus mendapatkan sokongan," katanya dalam wawancara bersama agensi berita Bloomberg.

Tambah Dr Mahathir lagi, BN tidak boleh kehilangan sokongan daripada mana-mana kelompok dalam negara kerana menurutnya wujud persepsi bahawa orang Cina tidak akan mengundi kerajaan.

Najib yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri pertengahan 2009 mempunyai tempoh untuk mengadakan pilihan raya menjelang 2013.

Bagaimanapun najib mencetuskan spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan lebih awal apabila pada Disember lalu mengumumkan bahawa persiapan telahpun diadakan.

Thursday, February 2, 2012

KHALID SAMAD VS HASAN ALI

alt

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mendakwa bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Hasan Ali adalah 'budak suruhan UMNO' dan jurucucakap tidak rasmi bagi parti tersebut.

Khalid juga mendakwa Hasan sebenarnya sudah menjadi alat UMNO apabila membuat kenyataan supaya para pengundi di Parlimen Shah Alam agar tidak mengundinya lagi pada pilihan raya umum akan datang.

"Kalau tidak beri undi kepada Khalid Samad, kepada siapa lagi? Sudah tentu kepada UMNO. Ini bukti Hasan sudah menjadi budak suruhan UMNO," katanya.

Beliau juga mendakwa Hasan tidak memahami maksud sebenar parasit dan menganggap bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu adalah parasit sebenar parti.

"Parasit adalah jenis yang tinggal atas induk macam pokok asing tinggal atas pokok besar tetapi saya tidak boleh menjadi parasit kerana saya merupakan sebahagian daripada batang tubuh parti.

"Tidak seperti orang yang hidup dengan isu Pas tetapi dia adalah orang asing yang mana jika tidak ada isu Pas, dia tidak boleh hidup, dia menjadi popular atas isu Pas," kata Khalid.

Khalid bagaimanapun tidak menjawab dakwaan Hasan berkaitan dengan beliau adalah pengkritik tegar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika agensi agama itu menyerbu sebuah premis yang dikatakan sebagai Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Wednesday, February 1, 2012

MB KEDAH DAH BERSUARA...


Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat untuk tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran Kolej Universiti Insaniah (KUIN), menegaskan “mahu mempertahankan Kedah dan menentang Umno-Barisan Nasional (BN) bukan parti perikatan itu.”

Beliau juga menyifatkan cadangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mengambil pendekatan berunding dengan lima mahasiswa KUIN yang digantung pengajian mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebagai pandangan peribadi.

Azizan (gambar) juga turut menegaskan cadangan itu sepatutnya ditujukan kepada rektor KUIN dan bukan beliau yang hanya bertindak selaku pengerusi lembaga pengarah pusat pengajian tinggi itu.

“Apa yang beliau (Anwar) campur tangan dalam perkara ini, mengapa saya yang perlu berunding? Bukan saya yang berunding dengan mahasiswa itu tapi KUIN.

“Lagipun (kalau berunding) nak cakap pasal apa lagi, perkara ini dah lama...empat daripada mereka sudah masuk semula (sambung pengajian), selain itu nak berunding apa lagi sebab perkara ini dah dibawa ke mahkamah,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Pada Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti itu dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, KUIN.

Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.

Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.

Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu. Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan.

Selain mendapat kecaman dari kumpulan mahasiswa, Azizan turut dikritik pemimpin Pakatan Rakyat kerana masih melaksanakan AUKU walaupun parti pembangkang mahu memansuhkannya seperti yang terdapat dalam Buku Jingga.

Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari pula mencadangkan agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan ke atas Azizan.

Azizan turut menegaskan tidak mahu terlibat dalam pentadbiran KUIN dan menyerahkan urusan itu rektor.

“Saya sudah cakap saya tidak campur tangan dalam urusan KUIN, saya hanya pengerusi lembaga pengarah...saya bukan rektor, saya serahkan kepada KUIN,” katanya.

Dengan nada tegas Azizan mengingatkan Pakatan Rakyat fokusnya adalah untuk mempertahankan Kedah dan menentang Umno-BN pada pilihan raya umum ke-13.

“Kita Pakatan Rakyat, bukan BN...fokus kita untk tumbangkan Umno-BN.

“Saya nak pertahankan kerajaan negeri Kedah, saya mahu kalahkanj Umno-BN...sebab itu saya tidak campur tangan urusan KUIN, biar KUIN selesaikan,” katanya.

Related Posts with Thumbnails